Featured By: Yanie Baharom May 12, 2019 @ 10:00am

Figura Edisi Hari Ibu: Bagai pelangi muncul selepas hujan, Intan Liana kini lebih bahagia

Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Salam Ramadan Kareem buat seluruh umat Islam segenap pelusuk dunia, semoga Ramadan kali ini memberi kesabaran dan ketenangan jiwa buat kita semua.

Selain Ramadan mewarnai sepanjang bulan Mei, tanggal 12 juga adalah tarikh yang cukup istimewa buat seluruh wanita yang bergelar ibu kerana setiap Ahad kedua dalam bulan Mei, adalah hari istimewa bagi meraikan Hari Ibu.

Bersempena edisi istimewa Sambutan Hari Ibu, Hijab & Heels menampilkan figura media sosial, Intan Liana Salleh, 34, yang suatu ketika dulu pernah menggemparkan industri hiburan apabila diceraikan suaminya setelah bersetuju untuk berpoligami dan menerima seorang pelakon popular sebagai madunya.

Sekadar mengimbas, Intan mula menjadi perhatian umum apabila pemuzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 31, yang ketika itu masih suaminya, berkahwin dengan pelakon, Izreen Azminda, pada Ogos 2017.

Pernikahan mereka yang dilakukan secara tertutup di Damansara, Petaling Jaya, menjadi antara isu paling sensasi pada 2017.

Bagi Intan, yang mula berjinak-jinak dalam bidang peragaan, episod kelam yang dihadapi bukan alasan buatnya terus berduka.

Status ibu tunggal menjadikan beliau lebih positif dan kuat menempuh kehidupan, tanpa disangka beliau mampu berdikari atas kaki sendiri tanpa bantuan insan bergelar suami, malah bertambah bahagia kini dikelilingi kasih sayang anak-anak, Arish Muqri, 5, dan Ariq Muqri, 3 tahun.

Ikuti temu bual penuh penulis, NORHADIANI BAHAROM bersama-sama wanita tabah ini.

 H&H: Selamat Hari Ibu, Intan. Boleh kongsi sedikit bagaimana cara Intan meraikan Hari Ibu?

Intan: Untuk pengetahuan umum, saya sudah tiada ibu. Saya juga tidak biasa menyambutnya ketika hayat emak masih ada memandangkan kami tinggal berjauhan. Perkara wajib yang saya lakukan saban tahun adalah memberikan ucapan kepada ibu dan kalau ada kesempatan barulah kami raikannya bersama-sama. Kali terakhir saya mengucapkan ‘selamat hari ibu’ adalah pada 2012, kerana pada 2013 emak kembali ke rahmahtullah.

 

H&H: Momen terindah anda saat bergelar ibu?

Intan: Saya berkahwin ketika berusia 28 tahun dan menjadi ibu pada 29 tahun. Detik paling berharga menjadi seorang ibu, tentunya saat melahirkan anak yang pertama. Daripada anak pertama kita belajar menjadi seorang ibu, cara hendak menjaga bayi yang masih kecil, ia adalah proses pembelajaran yang mengujakan. Terasa lengkap sebagai wanita apabila mempunyai zuriat sendiri.

H&H: Membesarkan sendirian dua anak lelaki yang masih kecil, bagaimana anda menghadapinya?

Intan: Memang struggle. Walaupun jarak usia mereka dua tahun, tapi saya rasa agak susah juga untuk menjaga mereka sendirian. Tambah pula sekarang ini, anak-anak memang berkepit saja dengan saya, masing-masing nak manja dan kedua-duanya mahukan perhatian lebih.

Kalau beri lebih perhatian pada seorang, yang seorang lagi akan cemburu. Kadang-kadang saya boleh menangis bila melihat wajah mereka sedang tidur.

H&H: Bergelar ibu tunggal, adakah Intan bahagia dengan kehidupan sekarang? kerana kalau kita lihat Intan sangat aktif dan mula membina nama sebagai seorang influencer yang mempunyai jumlah pengikut hampir setengah juta. Bagaimana Intan melihat kehidupan baru Intan sekarang?

Intan: Alhamdulillah, dugaan yang Tuhan bagi pada saya, ibarat Tuhan beri kehidupan kedua yang baru untuk saya sebagai seorang ibu tunggal membesarkan dua orang anak.

Seorang diri, struggle mengangkat diri dari kosong berusaha bangkit dan lebih berdikari dalam kehidupan demi mencari rezeki untuk anak-anak. Alhamdulillah saya dan anak-anak gembira, malah berasa bebas untuk melakukan apa saja tanpa perlu memiikirkan perasaan orang lain. Saya hanya fokus kepada diri sendiri dan anak-anak saja.

 

H&H: Status ibu tunggal menjadikan wanita lebih cekal dan kuat, sehingga pada satu tahap anda menyedari bahawa kehidupan anda lebih baik tanpa lelaki. Pendapat anda?

Intan: Betul tu kak! Pengalaman saya sendiri, saat berasa sangat sedih dengan apa yang berlaku, Tuhan bagi kita ganjaran yang tidak disangka-sangka. Benda yang kita tak pernah impikan, kita dapat.

Paling mengharukan, Allah SWT membuka pintu rezeki yang tak terduga, orang berkongsi rezeki dengan kita, menerima sokongan daripada pelbagai pihak, ada yang menawarkan peluang pekerjaan.

Alhamdulillah saya memang tak sangka dan amat bersyukur. Saya selalu percaya, Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia hadirkan hujan, kemudian Dia munculkan pelangi. Insya-Allah ada rezeki anak-anak saya.

H&H: Dari seorang penari, menjadi suri rumah sepenuh masa dan kembali bekerja, bagaimana Intan bangkit?

Intan: Saya angkat diri saya dari bawah. Daripada seorang suri rumah yang tiba-tiba sekelip mata hilang kebahagiaan dibina selama ini, tanpa saya mempunyai apa-apa mahupun pekerjaan, kena gagah untuk bangkit mencari nafkah sendiri. Semangat saya datang sebab saya fikir anak-anak.

Saya menyibukkan diri selepas bercerai dan terima segala peluang yang ditawarkan. Kesibukan membuatkan saya dapat mengalihkan perhatian dan melupakan kesedihan yang lepas. Tidak dinafikan kadang-kadang itu terfikir juga, tipulah kalau tak sedih langsung, tapi saya rasa lebih cekal untuk terus memandang ke depan. Move on orang kata!

H&H: Apakah perancangan Intan dalam memperkukuhkan kerjaya?

Intan: Saya sedang dalam perancangan untuk menghasilkan produk sendiri. Sekarang ini, saya bergantung sepenuhnya pada tawaran ulasan produk selain wajah ekslusif produk tempatan. Insya-Allah saya mahu meneroka bidang perniagaan yang berkaitan dengan kecantikan.

Kalau ikutkan dulu, saya pernah berkecimpung dalam perniagaan dalam talian dan sekarang ini ingin aktif semula. Sebagai langkah pertama, saya mahu melancarkan koleksi tudung sendiri terlebih dulu.

H&H: Siapakah yang selalu memberi sokongan dan dorongan kepada anda?

Intan: Kakak-kakak saya memandangkan saya tiada adik-beradik lelaki. Semuanya perempuan. Jadi kalau saya sibuk dengan penggambaran, kakaklah yang tolong menjaga anak-anak.

H&H: Pendapat umum, anak-anak yang datang daripada keluarga berantakan ini ketinggalan dari pelbagai sudut kehidupan disebabkan mereka kekurangan kasih-sayang. Bagaimana anda merencanakan kehidupan anak-anak supaya stabil dari segi emosi dan pembelajaran?

Intan: Bagi saya kedua-dua belah pihak harus bekerjasama  demi masa depan anak-anak. Walaupun kita sudah berpisah, jika pihak di sebelah sana memberikan kerjasama, maksudnya sama-sama bertanggungjawab menjaga anak-anak, rasanya tidak ada masalah.

Satu lagi jangan sekali-kali mempengaruhi anak-anak untuk membenci ibu bapa mereka. Harus selalu ingatkan anak-anak, kasih sayang terhadap mereka sedikitpun tidak pernah berkurangan walaupun ibu bapa sudah berpisah. Saya pesan kepada anak saya, siapa orang yang patut mereka sayangi dan hargai termasuk ibu tiri mereka.

<p> 

H&H: Adakah anak-anak anda mulai faham dengan situasi sekarang, ‘ibu dan bapa’ mereka sudah berpisah?

Intan: Ya Allah, yang sulung (Ayish) memang selalu bertanya. Antara pertanyaan Ayish, kenapa babah dah tak duduk dengan bonda lagi? Kadang-kadang saya buntu hendak menjawab soalan itu.

Tapi saya perlu jelaskan, sekarang ini babah ada rumah lain, babah sibuk kerja. Bila dia dah tengok keadaan sekarang, Ayish seolah-olah sudah faham, ayahnya kini ada mama (emak tiri). Cuma kadang-kadang itu, dia ada minta untuk pergi jalan-jalan di pusat beli-belah bersama-sama ayahnya.

H&H: Bagaimana untuk mendapat reda dan menerima takdir yang berlaku?

Intan: Nak mendapat reda itu memang susah. Syukur Alhamdulillah saya boleh melupakan walaupun bukan sepenuhnya, tapi tinggal sikit saja lagi. Insya-Allah!

H&H: Adakah anda kini sudah menemui pengganti?

Intan: Jujur, tak ada lagi kak. Saya single and available!

H&H: Menutup pintu hati awak seketika atau terlalu sibuk untuk memikirkan hal ini?

Intan: Tak ada lah sibuk sangat…Kehidupan saya biasa saja, banyak duduk rumah jaga anak.

Ada orang tanya saya, serik ke hendak berkahwin lagi? Terus-terang saya tidak serik sebab bagi saya jodoh saya untuk perkahwinan yang lepas, setakat itu saja. Insya-Allah mungkin ada jodoh yang lebih baik menanti. Saya terima sesiapa saja yang ingin mencuba tu, cehhhh! (ketawa)

 

PENAJA

Lokasi: Cempaka Suites, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Instagram : @putraworldtradecentre

Pakaian Intan: AINAHARIZ
Instagram: @ainahariz

Pakaian kanak-kanak : Three Little Ahmads
Instagram: @threelittleahmads

Solekan: Feiruz Sohor
Instagram: @feiruzsohor

Foto: NSTP/NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 28 Aug 2019
Featured Thu, 23 Dec 2021

“Memang King of The Road!” – Video Kompilasi Myvi Redah Banjir Trending

Baru-baru ini, satu video kompilasi kereta Perodua Myvi meredah banjir menjadi tular dan ramai yang kagum dengan kebolehan kereta yang digelar ‘King of The Road’ ini. Video kompilasi yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter bernama […]

Featured Mon, 31 May 2021

Toh Puan Julie Faridah, Pelakon Keluarga 69 Meninggal Dunia

Permata seni hiburan tanah air Toh Puan Julie Faridah @ Joria Basir yang terkenal dengan watak ‘Faridah’ menerusi filem Keluarga 69 arahan Tan Sri P. Ramlee yang diterbitkan pada tahun 1967 meninggal dunia pada Ahad. […]

Featured Sat, 28 Apr 2018
Featured Fri, 9 Jun 2023

Hafidz Roshdi Waras! Kes Pukul Isteri Diteruskan Pada…

Tak sabar nak tahu keputusan kes…

Featured Sun, 28 Oct 2018

Ini Cara Yang Betul Untuk Bersihkan Papan Pemotong

Hanya guna lemon dan baking soda saja!

Featured Fri, 7 Apr 2023
Featured Fri, 20 Oct 2023

Tangguh Untuk Ada Anak Dengan Shuib, Watie Mahu Fokus Besarkan Anak Tiri

InsyaAllah semoga dipermudahkan buat pasangan sweet ni!❤️

Events Thu, 16 Jun 2022

[VIDEO] Kini Lebih Selektif, Fattah Amin Tolak Banyak Tawaran Berlakon Kerana…

Saya mementingkan kualiti berbanding kuantiti lakonan – Fattah Amin