Featured By: Yanie Baharom December 17, 2018 @ 12:26pm

Figura: I Used To Be An Active Student – Sarah Suhairi

Menggemari muzik namun impian menjadi penyanyi tidak pernah wujud di dalam kamus hidupnya sebelum ini.

Sehinggalah ‘passion’ itu datang secara sendirinya sekitar penghujung 2016, itu pun disebabkan kawan-kawan yang mendesaknya untuk membuat cover lagu penyanyi terkenal tempatan dan antarabangsa, selepas mereka mengesan bakat Sarah Suhairi.

Lalu gadis ini mengambil langkah yang lebih berani dengan memuat naik video nyanyiannya di Instagram.

Bertitik tolak
daripada perkongsian itu, Sarah mengumpul ramai pengikut sehinggalah berada di tahap seperti hari ini.

Diangkat sebagai juara program realiti Big Stage, gadis kecil molek yang semakin menjadi perhatian ramai ini,  rupa-rupanya bekas jagoan sukan sekolah. Pernah patah kaki gara-gara bermain kuda, dan semua itu menjadi sebahagian kenangan Sarah ketika di alam persekolahan.

Menggemari subjek Matematik, apalagi memori indah sang Juara Big Stage ini sewaktu bergelar student? Ikuti temubual
penulis bersama Sarah Suhairi, 18.

Foto: Nizarhafiz Mustafa

Hijab & Heels (H&H): Sejauh mana kemenangan di Big Stage merubah kehidupan anda?

Sarah Suhairi (Sarah): Alhamdulillah, selepas menyertai pertandingan Big Stage, rezeki semakin murah. Dulu agak susah untuk membina nama memandangkan terpaksa bersaing dengan ramai artis baru berbakat di dalam industri seni.

Big stage merupakan satu platform untuk saya tonjolkan bakat and to get people notice about me. Saya bersyukur dapat menyertai pertandingan itu.

H&H: Sekiranya tidak menjadi penyanyi, apa yang akan anda lakukan sekarang?

Sarah: Kalau bukan penyanyi, saya mungkin masih student sekarang ini. Umur pun baru 18 tahun dan kalau ikutkan, saya sepatutnya menyambung pengajian di salah sebuah universiti dalam jurusan Quantity Surveyor atau QS.

QS adalah Industri Pembinaan yang sinonim dengan pekerjaan bapa saya. Cita-cita dulu kononnya ingin menyambung legasi bapa. Hihi!

Foto: Nizarhafiz Mustafa

H&H: Sejak bila anda menyedari anda punya bakat nyanyian?

Sarah: Saya memang sukakan muzik tetapi bakat nyanyian hanya saya sedar sekitar usia 16 tahun. Tapi waktu itu bakat menyanyi biasa-biasa saja, suara tak sedap sangat pun!

Actually, saya sakit masa tu malah pergerakan juga terbatas. Jadi saya banyak menghabiskan masa di rumah dengan menyanyi dan bermain gitar.

Kawan-kawan rapat memuji vokal saya. Komen positif yang diberikan mereka, membuatkan saya mula memberanikan diri untuk menghasilkan video lagu cover di Instagram. Tanpa saya sedar, saya jatuh cinta dengan bidang nyanyian.

Bagaimanapun, semasa zaman kanak-kanak iaitu pada usia 9 tahun, saya pernah mengikuti kelas piano. Beberapa tahun kemudian, saya mula bermain dengan instrumen seperti ukulele dan gitar.

Foto: Nizarhafiz Mustafa

H&H: Share dengan kami, kehidupan zaman sekolah anda?

Sarah: I used to be an active student terutamanya dalam sports until 2016 masa di Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang dulu. Tapi bila dah nak masuk tingkatan lima saya berhenti bersukan untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran terutamanya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kebetulan pada penghujung 2016 dan masa itu saya di tingkatan empat, saya pernah patah kaki gara-gara jatuh bermain kuda sampaikan perlu bertongkat ke sekolah. Keadaan diri saya ketika itu membataskan pergerakan saya untuk terbabit dalam sukan sama sekali.

Sebelum patah kaki, apa sukan saya tak masuk. Walaupun fizikal tak berapa nak tinggi…hahaha (ketawa) kita ratu balapan tau untuk acara 400 dan 800 meter!

H&H: Subjek yang disukai anda di sekolah?

Sarah: Matematik. Sebab mata pelajaran ini jarang dikuasai pelajar Melayu!

Foto: Nizarhafiz Mustafa 

H&H: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia?

Sarah: Hahaha! (ketawa)…Alhamdulillah, itu saja boleh saya katakan. Segan nak share!

H&H: Memori paling menjadi kenangan di sekolah?

Sarah: Sampai sekarang saya masih mengingatinya. Pengalaman menyertai pertandingan sukan Kabadi iaitu permainan tradisional India.

Sangat fun kerana syarat permainan ini perlu disertai tiga bangsa iaitu Melayu, Cina dan India. Suasana muhibahnya cukup menyeronokkan!

Foto: Nizarhafiz Mustafa

H&H: Barangkali anda mempunyai formula atau tips ‘the fastest way’ kepada adik-adik yang masih di bangku sekolah untuk menghadam pelajaran?

Sarah: Berikan tumpuan sepenuhnya di dalam kelas selain ulang kaji pelajaran, merupakan dua perkara yang sangat mustahak.

Selain itu, saya akan menulis isi penting setiap subjek ke dalam bentuk nota kecil termasuk menggunakan teknik penceritaan yakni bercakap sendirian seolah kita sedang berbual dengan kawan.

Biasanya cerita yang kita sampaikan kepada kawan-kawan kita akan ingat. Begitulah cara yang saya praktikkan.

Foto: Nizarhafiz Mustafa

H&H: Ada perancangan untuk menyambung pengajian?

Sarah: Bila dengar cerita kawan-kawan yang menyambung pengajian di universiti, kolej dan matrikulasi, memang timbul rasa cemburu. Nanti masing-masing dah dapat ijazah, saya pula mungkin baru terkial-kial nak sambung belajar.

Apapun saya buat masa sekarang rezeki saya di bidang seni dan saya perlu memanfaatkan peluang yang ada sebaik mungkin.

InsyaAllah suatu hari nanti, jika diizin Tuhan saya juga bakal menggenggam ijazah!

H&H: Nasihat kepada adik-adik yang ingin menceburi bidang seni?

Sarah: Pertama-tamanya, belajar bersungguh-sungguh dan sekiranya ingin menceburi bidang seni selepas tamat SPM, pastikan berbincang dan mendapat restu ibu bapa terlebih dulu. Always dapatkan nasihat serta pandangan mereka, malah pastikan buat sesuatu kerja dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. InsyaAllah semuanya akan berada di landasan yang betul.

Foto: Nizarhafiz Mustafa

H&H: Beralih pada topik kerjaya, apa perancangan baru anda?

Sarah: Saya sedang dalam proses mengumpul bahan baru untuk single seterusnya. Bagaimanapun saya ingin mencuba genre yang sedikit berbeza dari apa yang pernah saya lakukan iaitu pop dan balada. Konsep lagu kali ini, saya mahukan sesuatu yang dekat dengan minat serta keupayaan vokal saya.

H&H: Selain menyanyi anda juga nampaknya sudah berjinak-jinak dalam bidang lakonan, boleh jelaskan pembabitan anda di dalam drama lima minit atau kapsul Sunsilk, Sis Cuba?

Sarah: Di dalam drama mini ini, saya memegang watak Nora. Selain saya, Nabila Razali dan Syifa Melvin turut menjayakan drama Sis Cuba ini. Kami bertiga adalah kawan baik!

Foto: Nizarhafiz Mustafa

H&H: Menyanyi atau berlakon, mana satu priority?

Sarah: Of course nyanyian. Apapun saya respect dan salute kepada mereka yang dah lama berlakon dan menjadikan bidang lakonan sebagai sumber rezeki mereka.

Berlakon mengambil masa dan tenaga. Kalau nak berlakon kita kena kuat secara mental dan fizikal. Working hours yang panjang dari 7 pagi sampai 4 pagi keesokan harinya, hanya boleh diatasi dengan passion saja. Respect buat mereka!

H&H: Soalan terakhir, baru-baru ini nama Sarah terpalit dengan gosip, kononnya pernah bercinta dengan Ismail Izzani dan kini Andi Bernadee, betul ke rumours tu?

Sarah: Hahaha! Ini kelakar. Kedua-duanya adalah kawan rapat saya. Memandangkan usia kami lebih kurang sebaya, kami bertiga sekepala dalam banyak benda lebih-lebih lagi bila bercakap soal muzik. So tiada hubungan istimewa ye!

Foto: Nizarhafiz Mustafa

Foto: Nizarhafiz Mustafa

Foto: Nizarhafiz Mustafa

Penyelaras Cover Story

Yanie Baharom

Instagram: @yaniebaharom

Jurugambar

Nizarhafiz Mustafa

Instagram: @nizarhafizmustafa

Pereka Grafik

Muhammad Muctar 

Instagram: @en.jim

PENAJA

WARDROBE

Ezuwan Ismail
Instagram: @ezuwanismail

Solekan

Hilmi Awall
Instagram: @hilmiawall_the_hairstylist

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Mar 2023
Featured Tue, 4 May 2021

PKP 6 Daerah Di Selangor Bermula 6 Mei, Ziarah Hari Raya Dibenarkan Pada 1 Syawal Sahaja

Mulai 6 Mei sehingga 17 Mei ,Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal dilaksanakan di 6 daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Gombak, Petaling Jaya, Klang, Kuala Langat dan Sepang.  Menerusi sidang media harian, Menteri Kanan Pertahanan […]

Featured Wed, 24 Aug 2022
Featured Mon, 3 Apr 2023

Video Tak Pernah Bangun Sahur Dikecam, Reen Rahim Hilang 1.6 Juta Pengikut Di TikTok Gara-Gara…

Haa itulah netizen ni cepat sangat buat andaian sendiri.. Banyak tu 1.6 juta followers hmmm

Acara Wed, 25 Jan 2023

Festival Cahaya Israk Mikraj ‘Seimbang’, Lengkap Dengan Segmen Ceramah & Malam Kemuncak Bersama Raihan

Wahh Alhamdulillah 🥰🥰 Mesti menarik ni ☺️ Save the date korang! 18 Feb, dekat Stadium Melawati, Shah Alam ok!

Drama Sat, 31 Dec 2022

Kerana Cinta Itu Ada Tampil Gandingan Mantap Aedy Ashraf & Nabila Razali

Hanya kerana dengki dan iri hati, Nabila Aulia berdepan dengan pelbagai ujian sehingga mahligai perkahwinannya digadaikan. Apabila kebenaran itu timbul, masihkah ada peluang bagi Nabila Aulia dan Tengku Aisy untuk kembali menemui sinar bahagia? Saksikan […]

Featured Sat, 30 Sep 2023