Featured By: Yanie Baharom June 4, 2019 @ 10:00am

Figura Lebaran 2019: Berhabis RM40,000 untuk Lebaran – Noryn Aziz

Salam Aidilfitri buat semua pembaca budiman Hijab & Heels. Bersempena Syawal yang indah dan mulia ini, kami tampilkan penghibur Noryn Aziz sebagai penghias muka depan edisi Jun 2019.

Tidak keseorangan, figura dilahirkan dengan nama Norazmahwati Abdul Aziz, 42, turut ditemani anaknya yang sangat bijak dan sporting, Raja Bariq Umar Raja Kamarul Bahrin, 5 tahun.

Biasanya bila bercerita mengenai Hari Raya, suasana di kampung yang paling meriah! Justeru, kami ingin singkap bagaimana pengalaman penyanyi Fantasi dan Realiti ini beraya sebagai town girl?

Jangan terkejut, walaupun beraya di bandar Shah Alam, Noryn Aziz berupaya mengumpul duit raya lebih RM1,000 ketika kecil dahulu. Khabarnya dia juga handal menganyam ketupat bawang tapi bukan mengumpat ya!

Bukan itu saja, Noryn juga pernah membelanjakan wang lebih RM40,000 hanya untuk memenuhi gaya Lebaran! Wow apakah barangan yang dibelinya itu?

Kalau hendak tahu, kenalah baca temubual penuh penulis NORHADIANI BAHAROM di bawah ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!

Hijab & Heels (H&H): Memori paling diingati mengenai Lebaran?

Noryn Azizz (Noryn):  Lebaran sebenarnya paling meriah ketika zaman kanak-kanak dahulu. Apabila dah meningkat usia ni, tak adalah berapa sangat. Feeling-feeling menghabiskan duit sajalah.

Tapi Hari Raya paling meriah dan sinonim dengan kanak-kanak. Ketika itulah mereka mahu merasa kemeriahan bermain bunga api, berpakaian baru dan nak kutip duit raya.

Zaman saya, kutip duit rayalah paling seronok sekali!

Lepas beberapa hari, kira jumlah wang yang kita dapat sementara mak ayah berpesan simpan dalam  bank. Rasanya semua keluarga pun macam itulah.

H&H: Duit raya paling banyak Noryn pernah kumpul?

Noryn: Seribu lebih! Haa..saya memang rajin pergi cari duit raya. Saya dulu menetap di Shah Alam. Jadi di sana terdapat banyak seksyen, satu seksyen saja ada beratus buah rumah dan itu belum lagi seksyen sebelum dan selepasnya.

Jadi kita beramai-ramai (bersama rakan-rakan), paling tidak 10 orang secara gerombolan pergi beraya dari rumah ke rumah. Daripada jauh dah jerit Assalamulaikum! Assalamualaikum!

Yang kelakarnya, bila orang tak buka pintu rumah boleh pula kita marah. Siap merungut “Ish! apalah tuan rumah ini, kita nak beraya tutup pintu pula,” sebabnya kita tahu tuan rumah sebenarnya ada di dalam rumah.

Jadi memang boleh dapat seribu lebih kalau rajin berjalan! Lagipun Raya kan sebulan!

Tapi dulu duit raya tak banyak, paling banyak pun M5. Kalau dapat RM5 tu, mesti cakap pada rakan “Eiiii…mesti dia orang kaya kan.”

Budak-budak kan sangat lurus dan naif. Tapi itulah yang seronoknya, bila beraya bersama rakan-rakan.

H&H: Beraya sebagai town girl?

Noryn: Dulu beraya sebagai town girl saya berasa sedih dan sunyi terutamanya tiga hari pertama menyambut lebaran. Sebabnya bila tanya kawan-kawan semuanya balik kampung di Johor, Terangganu dan Kelantan juga!

Sampaikan saya bertanya pada ibu, kita saja ke beraya di Shah Alam? Berbeza dengan keadaan sekarang, perayaan di bandar semakin meriah mungkin kerana faktor orang tua kita sendiri menetap di bandar,  mungkin juga yang dulunya di kampung sudah lama meninggalkan kita.

Jadi kalau masa kecil dulu saya rasa sedih, sekarang ini balik beraya dah ramai gang!

H&H: Bagaimana anda melihat sambutan Hari Raya Aidilfitri pada zaman anda dan generasi Umar (anak) sekarang?

Noryn: Sebagai ibu saya memang terapkan pengetahuan mngenai Ramadan terhadap Umar, itu yang paling penting sekali.

Dia akan tanya, apa itu puasa Ummi? Dan saya akan terangkan berpuasa tidak boleh minum dan makan, selain beberapa perkara yang perlu dijaga bagi memelihara ibadat puasa.

Kenapa? Nanti Umar akan tanya. Saya jawab, kerana kita kena menurut perintah Allah (obey).

Nanti ‘I die’ macam mana? Haha! Umar biasalah mesti ada saja jawapan diasebagai ibu saya perlu sampaikan mesej dan kepentingan Ramadan kepada Umar.

Sama ada dia faham mahupun belum memahami sepenuhnya, sekurang-kurangnya pengetahuan ini sudah ada dalam mindanya.

Soal berpakaian baru di Hari Raya, Umar faham itu salah satu excitement meraikan Aidilfitiri.  

Cuma situasi di zaman sekarang, dulu kalau ramai-ramai berjalan pergi beraya emak ayah kita tak risau sangat soal keselamatan.

Sekarang ini agak sukar sikit nak lepaskan anak macam itu sahaja, dengan macam-macam berita penculikan. Tambah pula dengan adanya sosial media cepat sahaja tular mesej yang membuatkan kita sebagai ibu bapa berasa terancam.

Keadaan seperti ini mengganggu, iyalah ibu bapa mana yang tidak risaukan keselamatan anak-anak. Itulah salah satu sebab yang paling saya utamakan sekali dan melihat mengapa perayaan Aidilfitri  pada zaman saya dan sekarang, jauh berbeza.

 

H&H: Umar sudah lima tahun, adakah dia sudah pandai membuat pilihan baju raya yang diinginkan?

Noryn: Umar seorang anak kecil yang sangat easy going dan relaks orangnya. Berinya apa sahaja dia akan pakai. Umar jenis tak kisah.

Yang over tu sebenarnya ummi dia.. Baju nak kena sedondon, paling tidak raya pertama wajib berpakaian sedondon.

Bagi saya, raya pertama itulah adalah momen Hari Raya yang sebenar.

 

H&H:  Tahun paling worst berbelanja raya jika anda ingat?

Noryn: Pernah satu tahun ini, saya teringin sangat hendak memiliki  beg tangan berjenama ini. Kalau tak silap empat tahun lepas.

Tapi damage berbelanja untuk saya hanya akan berlaku jika membeli kasut atau beg tangan. Sebabnya kalau baju saya masih boleh kawal dan tak pernah pula beli baju raya sampai sepuluh pasang atau harga yang terlalu mahal.

Tapi kasut dan bag tangan, saya memang tewas duit pun melayang! Oleh kerana mengidam sangat bag tangan berjenama tadi untuk digayakan di pagi Lebaran, saya kehabisan lebih RM40,000 gara-gara bag tangan itu. Guna duit yang saya kumpul sendiri ya!

 

 

 H&H: Kuih raya paling anda suka dan kuih tradisi yang anda handal hasilkannya?

Noryn: Saya tak berapa pandai buah kuih tradisional, tapi masa kecil-kecil dulu nenek saya selalu buat rempeyek.

Dia beli apa tau, dapur gas dan masak diluar rumah. Masa itulah kami buat rempeyek secara berjemaah di samping itu buat bedak sejuk.

Saya pun tak fahamlah kenapa bila tiba hari raya sahaja, nenek saya buat bedak sejuk! Haha!

Bercakap mengenai penyediaan juadah, biskut raya saya tak mahir tapi kalau anyam ketupat itu sememangnya menjadi kebanggaan saya sehingga hari ini!

Ketupat bawang boleh buat dalam masa satu minit, siapa berani challenge! Anyone?

 

H&H: Juadah Hari Raya yang paling anda suka?

Noryn: Sebenarnya kuih raya saya tidak berapa gemar kerana saya kurang gemar benda yang manis melainkan coklat. Tapi kalau juadah, wajib ada.

Semua kena lengkap, sebab dari kecil sampailah sekarang  mak saya akan masak rendang ayam, rendang daging, kari ayam, masak lodeh, kuah kacang dan ketupat.

I tell you what, masa bulan puasa kan beriya-iya diet. Tapi kejadian raya pertama, pagi-pagi lagi dah balun ketupat bersama rendang, kari dan segala macam yang disebut tadi.

Tiba-tiba tengah hari terasa lapar lagi. Pergi ke rumah saudara-mara pula, eh boleh sumbat lagi ya! Berjalan sampai ke petang boleh ulang empat, lima kali makan.

Masuk hari ke-2 raya, cuba timbang mesti naik satu kilogram! Seriously, i do that every year but still doing it!

 

H&H: Sudahkah ada tawaran persembahan yang menanti sempena Hari Raya ini?

Noryn: Saya bila-bila saja ada undangan menyanyi, sentiasa bersedia menerimanya.

Beberapa tahun lalu sebelum adanya Umar, raya pertama saya sudah mulai bekerja dengan memenuhi undangan program dan rancangan siaran langsung. Oleh kerana, kebanyakan artis ramai yang dah balik kkampung, saya saja yang beraya Shah Alam, jadi pihak stesen TV  seringkali mengundang saya ke program mereka. Contohnya Selamat Pagi Malaysia.

Tapi sekarang sudah anak, pagi saja sudah kalut itu dan ini. Jadinya saya pula yang jadi penonton!

 H&H: Khabarnya anda mempunyai lagu raya baru, boleh ceritakan serba-sedikit mengenainya?

Noryn: Betul tu, sebuah lagu bersama Waris berjudul Pulang Rantau. Kolaborasi ini berlaku sebelum konsert Soul Sisters lagi, selepas kami berdua menjayakan sebuah persembahan malam diraja tidak lama dulu.

Waris bertanya kepada saya, adakah saya berminat untuk berkolaborasi dengannya. Sebaik mendengar lagu yang diberikan, saya bersetuju untuk merakamkan lagu ini.

Mengambil masa dua minggu saja untuk disiapkan, sekarang Pulang Rantau sedang dipromosikan. Saya tidak boleh melakukan banyak untuk lagu ini kerana ia adalah hak cipta Waris, bagaimanapun saya menyokong setiap agenda promosi yang disusun.

Apa yang menariknya lagu ini, bahagian yang saya nyanyikan mengambil beat lagu Melayu klasik, Tunang Pak Dukun dimana liriknya diolah sedikit.  Ia sebuah lagu raya yang unik bagi saya.

 

FOTO KREDIT : ROHANIS SYUKRI NSTP

 

PENAJA

Busana Noryn Aziz:  PETRA

Instagram: @petra.rtw

 

Baju Melayu Umar: Kas Tailor

Instagram: @kastailor

 

Solekan: Sheila Mohamad

Instagram: @sheila_mohamad

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 26 Jun 2018

Takut Legam Semasa Penggambaran Pulang, Puteri Aishah Lumur Sunblock Setiap Masa

Lumur sunblock di seluruh kulit wajah dan badan sebegai pelindung kulit daripada terbakar atau menjadi gelap.

Featured Fri, 9 Sep 2022

Izwan Azir Saleh Kesal Warganet ‘Miskin Simpati’ Terhadap Kemangkatan Ratu Elizabeth II

Kenanglah jasa baginda mengurniakan kemerdekaan untuk negara kita – Izwan Azir Saleh

Events Sun, 14 Nov 2021

Siti Nordiana Bakal Tampil Berkolaborasi Dengan Bunga

Penyanyi, pelakon dan pengacara, Siti Nordiana berjaya memenangi trofi kategori Penyanyi Wanita Popular dan Artis Versatil Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34). Menurut Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, dia bersyukur kerana masih […]

Featured Tue, 17 Jan 2023
Featured Fri, 8 Apr 2022
Featured Tue, 16 Aug 2022

Tukar Nama Kepada ‘Azri Alexander’? Azri Iskandar Batal Hasrat Sebab…

Alahai sampai nak tukar nama eh sebab selalu kena kecam 😌 Korang rasa patut ke Azri Iskandar tukar jadi Azri Alexander?