Featured By: Yanie Baharom March 1, 2019 @ 9:00am

Figura Mac : “Jadi ‘supir’ anak di usia 51 tahun” – Ziana Zain.

Angka 8 di bulan Mac adalah hari yang cukup istimewa buat golongan wanita tidak kira sama ada yang masih gadis mahupun sudah bergelar isteri, andartu, ibu, janda, balu, nenek atau apa juga status selagi anda tergolong sebagai kaum hawa!

Because you’re worth it! maka sebab itulah wujudnya Sambutan Hari Wanita yang diadakan saban tahun setiap kali menjelang 8 Mac.

Ziana Zain, permata seni yang berkilau di era 90-an hingga sekarang, menjadi pilihan Hijab & Heels (H&H) sebagai penghias muka depan Figura kali ini.

Dilahirkan dengan nama Siti Roziana Zain (Ziana), 51, pelantun lagu Madah Berhelah ini bukan saja ikon arena seni suara dan layar perak, malah beliau juga adalah  ‘superwoman’  dimata empat  cahaya matanya, termasuk peminat juga insan yang mengenali beliau secara dekat.

Membicarakan pelbagai topik menarik antaranya perjalanan seni beliau di zaman analog, kehidupan selepas fasa penceraian, wanita dan adab media sosial sehinggalah kepentingan wanita dan aset!

Selanjutnya, ikuti temubual penuh NORHADIANI BAHAROM bersama figura kelahiran Merlimau Melaka yang dilahirkan pada 2 May 1968 ini.

 

 

H&H: Memandangkan 8 Mac berlangsungnya  Sambutan Hari Wanita, kami ingin bertanyakan kepada anda beberapa soalan yang berkaitan dengannya.

Ziana: Silakan!

H&H: Soalan pertama, lagu apakah yang menyeru semangat wanita yang disukai anda? Kedua, filem tentang wanita yang pernah mengagumkan anda, sama ada lokal mahupun antarabangsa?

Ziana: Kalau lagu, saya suka One Moment In Time dendangan mendiang Whitney Houston kerana setiap kali menyanyikan lagu itu ia memberikan saya tenaga dan kuasa yang sebarang masa sahaja akan meledak!

Filem pula, saya suka Sense and Sensibility. Ia mengisahkan tiga beradik kesemuanya perempuan, tinggal di kampung dan salah seorang daripada mereka bercita-cita menjadi novelis terkenal.

Mereka sentiasa menyokong antara satu sama lain dan bersama-sama di saat kesusahan. Semangat kekeluargaan dan kasih sayang yang dipaparkan menerusi filem ini sukar untuk kita temui di dalam kehidupan realiti.

Demi mengejar impian, saudara yang paling muda bertekad untuk berpindah ke England demi menjadi penulis novel sehinggalah novelnya menjadi kenyataan dan terjual.

Filem ini membuktikan dengan kerja keras tiada yang mustahil untuk dikecapi wanita!

 

 

H&H: Tokoh wanita yang anda kagumi?

Ziana: Siapa lagi kalau bukan Tan Sri Rafidah Aziz. Beliau punya semangat ketika berucap dari hari pertama melihatnya sampai sekarang tak pernah luntur.

Kata-kata beliau, kita mendengar ini ikut semangat!

 

H&H: Bergelar ibu tunggal dan kembali menjalani kehidupan solo selepas 20 tahun tahun menjalani kehidupan berkeluarga, bagaimana anda melihat stabiliti diri anda sekarang?

Ziana: Dari dulu pun, saya biasa buat sendiri sebenarnya jadi tidak banyak yang berbeza.

Cuma dalam menempuh proses setahun ini, kadang ada pasang surut. Ada masa sedih dan ada masa gembira. Ini adalah fasa proses penyembuhan yang biasa dilalui sesiapapun yang mengalami perpisahan.

Paling penting, kepala tak semak. Alhamdulillah hati pun semakin gembira, asalkan anak ada depan mata, tiada masalah!

 

 

H&H: Boleh kongsikan rutin harian anda selepas berpisah dengan suami?

Ziana:  Semenjak dua menjak duduk dengan emak, tidak perlu masak! (ketawa). Kebiasaannya, rutin harian saya setiap hari bermula jam 5.40 pagi.

Seterusnya jam 6 pagi, saya akan kejutkan si kembar, Siti Nur Qaseh dan Muhammad Airil, kemudian siapkan mereka.

Sekitar jam 6.30 pagi, sebelum bertolak ke sekolah saya pastikan anak bersarapan terlebih dahulu di rumah.

Jam 6.50 atau paling lewat 6.55 pagi, saya dah bersedia untuk hantar mereka ke sekolah. Perjalanan menghala ke sekolah si kembar dulu, kemudian baru abang mereka, Muhammad Ammar, 15.

Sekitar 8 pagi, saya sudah tiba di rumah. Sementara menunggu jam 12.30 tengah hari, saya buat apa yang patut sebelum jemput anak balik dari sekolah.

1.20 petang, saya pastikan Qaseh dah siap mandi dan makam kemudian jam 2 petang keluar lagi dan kali ini hantar Qaseh ke sekolah agama pula.

Balik rumah sekejap dan keluar lagi ambil abangnya pula jam 3.30p petang. Itu kalau si abang tiada kelas tambahan. Kalau ada, jam 5 petang ambil Ammar dulu kemudian barulah Qaseh jam 5.30 petang.

Jawabnya ‘akak’  jadi supir anak di usia 51 tahun!

 

 

H&H: Apakah isu atau permasalahan wanita yang anda rasakan sehingga kini tiada sebarang penyelesaian?

Ziana: Keadilan dalam rumah tangga. Kadang-kadang tengok pada negeri sebenarnya.

Sebagai contoh, penderaan atau penceraian. Kalau kita tengok ada sesetengah kes penceraian, ambil masa sampai 10 tahun masih tidak selesai di mahkamah syariah.

Apabila sudah viral, baharulah ada pendekatan  undang-undang baru  yang dibuat untuk percepatkan proses tuntutan hak wanita.

Ada sesetengah kes itu,  suami sudah berkahwin lain tetapi bekas isteri masih berjuang di mahkamah demi menuntut hak serta nafkah anak.

Kalau ikutkan bukan nafkah anak saja, malah wanita juga berhak menuntut nafkah sebelum dan selepas edah. Bila tanya tentang nafkah, bekas suami bagi alasan belum bekerja walhal sudah bekerja sebenarnya.

Sembunyi untuk apa? Mahkamah di dunia bolehlah tipu tapi mahkamah Allah SWT tak boleh!

 

H&H: Ketika era kebangkitan anda, ia merupakan zaman yang memerlukan kerja keras untuk dikenali. Boleh kongsikan pengalaman anda?

Ziana: Artis zaman saya dulu perlu kerja keras untuk membina nama dan sukses ke tahap seperti hari ini. Saya sentiasa percaya pada niat dan tahu apa yang kita mahukan dalam hidup.

Macam saya sendiri, menyanyi kerana saya minat. Mungkin juga kerana darah seni yang mengalir.

Dari zaman sekolah saya aktif menyertai pertandingan sekitar Selangor, menjadi penyanyi kepada band Polis sampaikan meratalah kami buat persembahan termasuk memenuhi jemputan istana.

Masa zaman saya mula menyanyi dulu, bukan senang orang nak kenal kita. Mungkin disebabkan ketika itu teknologi dan media sosial seperti YouTube belum ada.

Kalau bertuah dan bintang anda bersinar, kebetulan ada pihak menyaksikan persembahan dan berminat dengan anda, kalau ada untung dapatlah tawaran kontrak rakaman.

Itupun masih lagi kena kerja keras. Apalagi pada zaman saya, yang ketika itu kita ada nama besar seperti Amy Search, Wings, Ramlah Ram, Fauziah Latiff, Zaiton Sameon, Aishah, Datuk Sheila Majid dan Nora.

Anda rasa boleh lawan mereka? Pada saya mereka ini sudah berada pada level tersendiri. Tetapi saya sentiasa ingatkan diri saya, rezeki sentiasa ada selagi kita berusahan dan bekerja keras.

Ikhlas dalam pekerjaan, tahu makna pekerjaan anda, InsyaAllah anda akan berada di tahap yang anda inginkan. Jangan sesekali merungut.

Berbeza dengan orang zaman sekarang semuanya senang. Cukup ada satu lagu hit di YouTube, sudah boleh bertanding di Anugerah Juara Lagu.

Sedangkan zaman saya, kalau tiada album penuh tidak boleh bertanding!

Bukan itu saja menyanyi key kena tepat dik! masuk tempo pun sama. Sesedap mana sekalipun lagu itu, salah sikit saja kena tolak markah.

Bukan saja pada masa itu masih menggunakan sistem analog yang menuntut kesempurnaan dalam nyanyian malah penjurian juga sangat terperinci.

Tak macam zaman sekarang, kadang-kadang terperanjat melihat keputusan juri!

Minta maaf cakap, sebagai artis senior, kualiti sangat penting!

 

H&H: Sebagai salah seorang pengguna media sosial, bagaimana wanita harus mempamerkan diri mereka di media sosial memandangkan ada segelintir wanita menggunakan landasan ini untuk mengkritik (netizen) dan mempromosikan barangan dengan mengeksploitasikan diri mereka?

Ziana: Perkongsian yang baik seperti tip kecantikan, penjagaan anak-anak, fesyen, motivasi dan ilmu agama, saya tabik!

Tetapi bila bercakap mengenai sesetengah wanita sengaja mengeksploitasi diri mereka untuk mempromosikan produk sampai ‘nampak lurah dendam’ kadang kita sendiri pun naik segan. Apalagi mereka itu sebangsa dan seagama dengan kita.

Allahuakhbar saja yang mampu diucapkan! Sebab kita sendiri pun tidak tahu tempat kita di mana.

Apa yang mampu kita harapkan ialah pihak yang layak untuk memperkatakan tentang hal ini menegur mereka.

Sebabnya bila ada rakan bukan Islam bertanya kebaikan sesuatu produk itu dan  menunjukkan video promosi yang dilakukan, kita sendiri tak terkata dibuatnya.

Menyentuh golongan netizen pula yang mana sebahagiannya adalah wanita tidak kira sama ada mereka berhijab ataupun tidak, tetapi bila menghina dan mengutuk orang tidak ingat dunia. Sampai sanggup buat akaun palsu!

Tambah lagi yang emak orang. Ingat anda juga ada anak. Hari ini anda menjatuhkan maruah orang, tidak mustahil hal itu akan terpalit ke muka anda sendiri.

 

 

H&H: Bagaimanakah wanita di zaman moden kini harus mempersiapkan diri mereka?

Ziana: Pertamanya semangat kena ada. Bila  ada semangat macam-macam wanita boleh buat.  Semangat juga menjadikan wanita kuat dan kekuatan menggerakkan kita untuk bekerja, punya pendapatan sendiri dan mendapatkan segala yang kita inginkan.

Macam saya sendiri, saya letakkan sasaran tertentu. Ketika usia 17 tahun saya mesti sudah ada ini, 20 pula perlu ada ini, begitu juga ketika 25 tahun dan seterusnya 30 mesti sudah ada rumah.

Asalkan Allah SWT permudahkan. Selain itu wanita juga harus persiapkan diri dengan simpanan sebagai bekalan hari tua kerana zaman sekarang aneh, banyak perkara yang tidak dijangka boleh berlaku.

Kalau boleh beli rumah, dapatkan rumah dulu kemudian baru beli kereta idaman.

 

 

H&H: Soalan terakhir, barangkali ada sebarang perancangan mega untuk kerjaya seni anda tahun ini?

Ziana: Di Malaysia, no such thing perancangan mega! Kalau di Hollywood  itu lain, sekali buat konsert siri jelajahnya makan dua, tiga tahun.

Dalam soal kerjaya, saya tidak terlalu merancang. Di Malaysia bila kita rancang, lain pula jadinya.

Saya lebih suka go with the flow, tak mahu kerja macam dulu, terkejar ke sana ke mari. Bagi saya zaman itu sudah lama berlalu.

Sekarang saya pick and choose yang kualiti saja.

Apa yang ada sekarang adalah untuk maintain. Selebihnya mahu memberikan apa yang terbaik untuk peminat dan masyarakat.

 

 

H&H: Apa lagi impian anda yang belum tercapai?

Ziana: Alhamdulillah, doa saya ketika kecil dulu nak beli rumah dan kereta untuk emak dan abah, dimakbulkan Allah SWT. Malah dapat beli kereta dan rumah untuk diri sendiri juga.

Niat untuk hantar kedua orang tua saya menunaikan ibadah haji, juga dipermudahkan. Saya mahukan zuriat, turut dimakbulkan Tuhan.

Cuma satu saja yang saya belum dapat, hendak menunaikan haji!

 

 

Penaja Lokasi

Hotel Concorde, Shah Alam

No 3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Instagram: @concordehotelsa

 

Foto: Adibah Ahmad Izam (NSTP)

 

Penaja produksi/kenderaan: DTC Motors, Lot 240, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Instagram/Facebook: @dtcmotors

 

Penaja Wardrobe

WHITE POWER SUIT

Instagram: @syafieq_ayman

 

KASUAL OUTFIT

Instagram: @hashtagsrihartamas

 

Penaja Aksesori Kepala/Anting-anting

Instagram: @bremenwong

 

Solekan: Bobo Cinta

Instagram: @bobocinta

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Jan 2023

“Kali Terakhir Saya Jumpa…” – Syafiq Yusof Harap Abang Tabah Hadapi Ujian Rumah Tangga

Semoga Syamsul menjumpai jalan yang terbaik buat rumah tangganya

Featured Fri, 11 Mar 2022
Cahaya Mata Fri, 30 Sep 2022

Adira Suhaimi Selamat Melahirkan Cahaya Mata Keempat

Alhamdulillah.. Tahniah Adira dan keluarga 🥰

Eat Travel Wed, 8 Apr 2020

Buah-buahan beku mudahkan kerja di dapur?

Teknik mudah, senang pula!

Featured Wed, 29 Jan 2020

Bagaikan mayat hidup, mangsa koronavirus di kuarantin dalam ‘keranda’

Tindakan demi keselamatan petugas paramedik dan orang awam!

Featured Mon, 13 Mar 2023
Featured Wed, 5 Oct 2022

Bakal Buat Penonton Imbau Kenangan P. Ramlee & Saloma, TVS Lancar ‘Getaran Jiwa’

Getaran jiwa…. melanda hatiku, tersusun nada irama dan lagu

Gaya Hidup Tue, 10 Apr 2018

Sah! Lelaki Lebih Suka Bergosip Daripada Wanita Bahkan Topik Umpatan Mereka Lebih Bahaya

Gelaran Kiah Propa, Kak Bed, Sis Posto, Kak Nam dan terbaru, Makcik Bawang, menggambarkan sikap kelompok wanita yang suka mengata dan menyebarkan fitnah.