Featured By: Yanie Baharom October 4, 2018 @ 10:26am

Meet Malaysia’s New Beat! – Atur Strategi Dan Perancangan Kreatif Senjata Untuk Kekal Relevan!

Bonding antara tiga figura ini, sangat kuat dan sarat dengan gelak tawa. Menyerlahkan aura positif dan sisi eksklusif mereka yang tidak diketahui ramai.

Anda pasti tidak percaya Wany Hasrita sebenarnya seorang yang gila-gila dan sangat lucu! Sementara Hael Husaini a very talented and versatile artist sentiasa menghiburkan teman-teman dengan usikan bersahaja. Sementara Nabila Razali,  di sebalik perwatakannya yang cool sesekali keselembaannya mengundang tawa sahabat!

Bakal bersaing di pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) bertemakan Infiniti pada 7 Oktober ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Nabila dan Wany berentap dalam kategori sama iaitu Penyanyi Wanita Popular, sementara Hael pula disebut-sebut sebagai calon yang bakal mendominasi kategori Penyanyi Lelaki Popular. Selain diberi mandat sebagai penyampai hadiah pada acara gilang-gemilang itu nanti.

Teruja menantikan malam berprestij ABPBH31, ketiga-tiga figura arena seni suara ini turut berkongsi impak populariti dalam kehidupan mereka. Ikuti temubual penuh Hijab & Heels bersama Malaysian New Darlings ini!

Foto: Nizarhafiz Mustafa

Hijab&Heels (H&H): Tahniah kepada semua di atas pencalonan ABPBH31. Menjadi tumpuan dalam kategori masing-masing, adakah anda meletakkan sebarang harapan untuk menang?

Hael: Sebenarnya menjadi anak seni, keyakinan mesti ada sebab itu makanan kita hari-hari. Kalau tidak yakin macam mana kita hendak berdepan masyarakat, ‘jual diri’ kita tambah-tambah lagi kepada peminat yang menyokong karier seni kita. Artis perlu yakin atas bakat dan kelebihan yang mereka ada.

Kalau kita sendiri tak yakin bagaimana peminat akan yakin dengan kita. Dalam keyakinan itu kita juga perlu percaya rezeki. Rezeki ada, adalah. Kalau tiada cuba lagi tahun hadapan!

H&H: Pesaing sengit anda Hael?

Hael: Pada pendapat saya, kesemua 20 calon mempunyai kelebihan masing-masing.  

Rezeki siapa malam itu kita tak tahu. Mungkin Allah SWT berikan rezeki  kepada saya di Anugerah Juara Lagu tempoh hari, tetapi belum tentu di ABPBH31 boleh menang!

Bercakap dari segi voting, saya melihat Khai Bahar sebagai pesaing sengit. Khai Bahar ibarat jelmaan Datuk Seri Siti Nurhaliza versi lelaki. Disayangi dan mempunyai penyokong yang ramai.

Foto: Nizarhafiz Mustafa

Nabila: Ini kali pertama saya dicalonkan menerusi ABPBH31 dan lebih indah pastinya, apabila tercalon di dalam dua kategori iaitu Penyanyi Baharu Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular.

Tercalon saja sudah satu perkhabaran yang menggembirakan saya, soal kemenangan saya serah pada rezeki Allah SWT. Yang penting pencalonan ini adalah momen yang membahagiakan kerana memperoleh support tidak berbelah bagi daripada peminat yang menyokong karier seni saya selama ini.

Wany: Tahun lalu, saya dicalonkan dalam dua kategori iaitu Artis Baharu Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular. Malah pada masa itu, saya sangat berharap terutamanya untuk kategori Artis Baharu Wanita Popular bagaimanapun ianya tidak menjadi.

Justeru itu untuk kali ini, saya tanam dalam otak kalau ada apa-apa saja anugerah yang saya tercalon, jangan berharap lebih kerana apapun boleh berlaku selain tidak mahu kecewa.

So, tahun ini saya enggan berharap kemenangan, I just wanna enjoy the show selain meraikan pencalonan saya di dalam kategori Penyanyi Wanita Popular dan Artis Kolaborasi/Dou/Berkumpulan Popular. Khabarnya line up yang membuat persembahan pada malam itu hebat-hebat!

Foto: Nizarhafiz Mustafa

H&H: Sejauh mana populariti penting bagi anda?

Hael: There are many benefits of being famous. Populariti sememangnya penting bagi mereka yang menceburi bidang seni. Anda merisikokan diri untuk memasuki arena hiburan, dan tentunya untuk menjadi popular.

Bila anda dikenali, ia memudahkan urusan kerja anda. Mudah untuk anda berkarya dan berkongsi karya anda dengan masyarakat.

Jika anda bakat tetapi tidak popular, sukar untuk menonjolkan kebolehan yang anda ada. Populariti sememangnya satu kelebihan tetapi harus pandai jaga diri.

Nabila:  Saya tidak merasakan populariti merampas sebahagian freedom hidup saya. Saya masih lagi menjalani kehidupan seperti biasa.

Apa yang bagusnya, populariti dapat membantu golongan artis dan selebriti untuk menyebarkan positivity kepada pengikut mereka yang ramai.

Ada orang berasa terkongkong bila mereka popular dan melihat kehidupan dari satu sudut saja. Saya melihatnya dari konteks yang luas dan sentiasa dikelilingi orang-orang yang positif.

Mareka ini membuka minda saya untuk sentiasa pandang ke hadapan dan melangkah lebih jauh.

Wany: Populariti sangat penting. Saya sangat takut sebenarnya, bila masuk dalam industri hiburan ada yang bagi tempoh lima tahun saja untuk saya bertahan.

Itupun kalau kekal Alhamdulillah dan kalau sebaliknya juga harus terima hakikat. Saya terfikir kalau keadaan seperti itu berlaku bagaimana ya, kerana saya ada keluarga untuk disara.

Bagaimana untuk kekal relevan? Saya percaya attitude sangat penting. Kalau attitude ke laut, orang nak bekerja dengan kita pun susah.

Harapnya saya dapat berkongsi muzik dan bakat saya untuk jangka masa panjang.

Foto: Nizarhafiz Mustafa

H&H: Bagaimana populariti mengubah dan memberi tekanan kepada kehidupan anda bertiga?

Hael:  Pastinya ada tekanan dalam apa jua yang kita lakukan. Masa sendu dulu, tekanan macam mana untuk naik. Bila dah dikenali tekanan bagaimana untuk kekal.

So, there’s always pressure dalam apapun yang kita lakukan. Bagaimanapun terserah sama ada kita ingin menerimanya dengan positif atau tidak.

Bangun pagi dan nak tentukan apa perancangan untuk hari ini juga satu yang pressure bagi memastikan hari-hari kita lebih bermakna dan bukan sia-sia.

Nabila: Sejujurnya pressure juga kekal kedudukan sekarang. Walaupun saya boleh dikatakan baru dalam industri hiburan, namun dalam tempoh 4 tahun baru tahun ini orang mengenali Nabila Razali disebabkan single Pematah Hati yang menjadi.

Bagaimana untuk maintain kedudukan sekarang kerana saya tidak mahu dikenali sebagai one hit wonder!

Pasukan saya selalu memikirkan bagaimana untuk pergi lebih jauh dan memperkemaskan perancangan strategi kami.

Kami tidak mahu stagnant saban tahun dan melihat perlu ada peningkatan. Muzik juga harus berubah bukan terikat dengan satu konsep saja.

Ini kerana, setiap hari ada pendatang baru yang jauh lebih berbakat daripada saya.

Wany: Populariti merampas sedikit freedom seseorang itu memang benar. Sebelum dan selepas dikenali, menuntut seorang artis sentiasa menjaga tingkah laku dan attitude mereka kerana setiap inci perbuatan menjadi perhatian umum.

Bukan bererti kita menjadi hipokrit kerana tidak menjadi diri sendiri. Sebaliknya sebagai public figure kita menjadi contoh kepada orang ramai terutamanya golongan remaja.

Hal-hal yang tak baik eloklah kita hindarkan dan simpan untuk pengetahuan peribadi saja.

Terkadang memang susah untuk kita handle. Contohnya saya sendiri seorang yang gila-gila dan masuk air sebenarnya.

Tetapi orang menilai saya sebaliknya. Iaitu seorang gadis yang lemah lembut dan sopan santun walhal saya seorang yang kasar.

Maklum sajalah seorang saja anak perempuan di rumah. Semua kerja orang lelaki, tukar mentol bagai saya buat. Pokoknya kerja bertukang yang ayah buat, saya pun turut buat.

Contohnya saya pernah buat video yang sedikit gila-gila tetapi ada netizen bilang saya gedik.

Susah pada awalnya untuk take it tetapi sekarang saya tidak begitu ambil pusing tentang komen orang.

Sebagai manusia tiada salahnya kita menjadi diri sendiri kecuali perkara yang tidak sesuai dikongsi atau ditonton umum, sebaiknya usahlah dipamerkan.

Foto: Nizarhafiz Mustafa

H&H: Sejauh mana anda mengenali antara satu sama lain?

Hael:  Nabila dan Wany, dua wanita kental yang ‘tak hidup dek pujian, tak mati dek cacian’. Mereka menjadi diri mereka sendiri dan itulah menguatkan branding mereka.

Nabila: Hael sorang yang sangat berbakat. Dia bukan saja pandai buat lagu, pandai menyanyi malah lagu yang dihasilkan pasti punya magis dan unik.

Dia antara rakan seindustri yang saya paling rapat, bahkan songwriter yang boleh pergi jauh dan mempunyai masa depan cerah dalam industri hiburan tanah air.

Manakala Wany, dia sangat pandai menyanyikan lagu tradisional. Tidak ramai penyanyi muda boleh menyanyikan lagu asli sesedap Wany Hasrita.

Saya adore dengan kebolehannya menyanyikan irama Melayu!

Wany: Hael, saya nak lagu daripada dia tapi belum dapat-dapat! (berseloroh). Hael pada saya seorang singer songwriter yang kreatif dan berani.

Masa dia keluarkan Jampi dulu, saya rasa wow kerana melodi yang diciptanya adalah satu beat baru malah sangat segar dalam industri muzik. Of course kolaborasi menjadi bersama Ezra Kong.  

Nabila pula yang saya kenal, seorang yang tahu apa yang diinginkannya selain seorang kuat semangat.

Kami berdua terlibat di dalam Festival Toyota Gazoo Racing 2018. Walaupun ada ketika dia rasa down, she picked herself up untuk terus mengharungi cabaran.

Sebenarnya apabila masuk dalam industri hiburan kita jadi kurang kawan, jadi  harus kekalkan hubungan baik sesama kita.

Foto: Nizarhafiz Mustafa

H&H: Kemaskini latest projek anda?

Hael:  Lega apabila mendapat tahu lagu Anta Permana yang ditulis saya bersama Ezra Kong untuk Datuk Seri Nurhaliza mendapat sambutan yang cukup baik selain world trending dalam tempoh 24 jam ia dilancarkan!

Selain itu, saya juga teruja menantikan kemunculan single terbaru Ayda Jebat di mana lagu ini kami melakukan explorasi dari segi sounds dan beat-beat baru.

Nabila: Saya akan mengeluarkan single baru yang setakat ini belum berjudul selain masih mengekalkan Hael dan Ezra Kong selaku komposer.

Saya juga masih meneruskan pencarian lelaki berambut panjang, nakal dan berparut di wajah sebagai model video klip single terbaru saya.

Termasuk membuat persiapan menghadapi perlumbaan Toyota Gazoo Racing 2018 pada 19 hingga 21 Oktober di MAEPS, Kuala Lumpur.

Wany: Perkembangan boring! Haha!

Anyway, saya juga bakal menghadapi perlumbaan Toyota Gazoo Racing 2018  sama seperti Nabila pada 19 hingga 21 Oktober di MAEPS, Kuala Lumpur.

Pada masa yang sama, sentiasa sibuk memenuhi undangan nyanyian, temubual dan fotografi. InsyaAllah bakal merencanakan single baru tidak lama lagi.

Foto: Nizarhafiz Mustafa

Foto: Nizarhafiz Mustafa

Foto: Nizarhafiz Mustafa

Penaja Lokasi: Movenpick Hotel, KLIA

Kompleks TH Sepang,

Jalan Masjid Klia,

64000 Sepang, Selangor

Instagram: @movenpickhotelklia

Penaja Produksi (Makeup and F&B)

By Putih Gebu D’Bella

Instagram: @izubielazaffmarekan

Wardrobe

Nabila Razali & Wany Hasrita

Penaja: Ezzati Amira

Instagram: @ezzatiamira_

Makeup

Hael Husaini & Nabila Razali

By Deq Sha

Instagram: @makeupbydeqsha

 

Wany Hasrita

By Othong

Instagram: @iamothongfazli18

 

Team Produksi

Penyelaras Cover Story
Yanie Baharom
Instagram: @yaniebaharom

Director & Ketua Penyunting

Fairus Anuar

Instagram: @fairusanuar

Produser
Mazizul Dani
Instagram: @izuldani

Jurugambar
Nizarhafiz Mustafa
Instagram: @nizarhafizmustafa

Jurukamera 1
Khairus Ramli
Facebook: Khairus Ramli

Jurukamera BTS 
Mohd Dzulhijri Zainal Abidin
Instagram: @2ali_ghazali_sufi

Pereka Grafik

Muhammad Muctar

Instagram: @en.jim

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 Sep 2022

Raja Gelek, Datuk M Daud Kilau Kritikal Akibat Paru-paru Berair

Allahuakbar 😢 Sedihnya tengok 😔 Semoga Allah permudah segala urusan beliau 💕

#tilljannah Thu, 29 Sep 2022
Featured Wed, 6 May 2020

KKM pantau 3 kumpulan sasar termasuk warga asing

Pemantauan elak penularan baharu

Featured Mon, 5 Feb 2018

Tips Redakan Kemarahan

Sesabar mana pun kita, semua orang tidak dapat lari daripada perasaan marah. Turun naik emosi yang tidak menentu, apatah lagi ketika berdepan dengan tekanan kerja, rakan sepejabat, keluarga serta gejolak perubahan hormon sendiri, sukar sebenarnya menghindari kemarahan.

Featured Tue, 1 Nov 2022
Featured Sat, 10 Dec 2022

Imran Bard Selar Peniaga Makanan Obses Ikut Trend – “Semua Benda Nak Letak Cheese”

Pempengaruh media sosial, Imran Bard atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin, 21, menerima pujian netizen setelah menyelar tindakan peniaga kerana obses menjenamakan produk jualan mengikut trend terkini. @kucengnanges dia bukan viral eh, dia TULAR […]

Featured Wed, 20 Oct 2021

Gara-gara Cemburu, Lelaki Bunuh Anak Tiri

Seorang lelaki yang dikatakan cemburu bertindak membunuh bekas anak tirinya yang berlaku di Kabupaten Indramayu, Jawa Barat, Indonesia. Kejadian tersebut difahamkan telah berlaku sedikit pertelingkahan antara suspek dan bekas anak tirinya. Sebelum dibunuh, mangsa ada […]