Acara By: Bibi Ramli July 18, 2018 @ 7:00pm

Filem Pulang Menggabungkan Sejarah Malaya Dengan Kisah Cinta Agung

Filem terbaru terbitan Primeworks Studios, Pulang, bukan saja mempertaruhkan elemen drama percintaan yang pasti mencengkam jiwa.

Ia juga menampilkan jalan cerita yang berlandaskan kisah benar tentang orang Melayu yang anda mungkin tak pernah tahu.

Pernahkah anda dengar tentang nelayan-nelayan Melayu yang akhirnya menjadi kelasi yang telah berlayar ke seluruh dunia?

Tahukah anda juga yang ada antara mereka yang tak pulang-pulang ke tanah air?

Itulah foundation untuk filem Pulang, yang berinspirasikan kisah hidup Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar.

Ia berkisar tentang Othman yang berlayar ke serata dunia untuk mengubah nasib keluarganya di Melaka.

Isterinya Thom dan anak mereka Omar pula tak pernah berputus asa menunggu kepulangannya.

Pulang merentasi 3 generasi apabila ia menceritakan perjalanan hidup Othman ketika di perantauan serta usaha keluarganya mencari jawapan untuk ke mana perginya lelaki ini.

Foto: Primeworks Studios

Walaupun filem ini adalah berdasarkan kisah benar datuk kepada Izham yang bernama Othman Haji Alias, anda jangan ingat yang apa yang berlaku dalam Pulang, betul-betul telah berlaku dalam kehidupan sebenar keluarganya.

“Filem ini memang berdasarkan orang-orang yang pernah wujud, tapi kita tak boleh ikuti 100%,” kata pengarahnya Kabir Bhatia.

“Sementara kami sedang membuat penyelidikan, kami telah menjumpai kisah kehidupan yang lain. Oleh itu, kami telah menyelit masuk kisah-kisah tersebut ke dalam plot utama untuk mewujudkan jalan cerita yang lebih berisi dan menghiburkan.

Tambah Kabir, “Pada masa yang sama, kami ingin menekankan tentang kisah kelasi-kelasi Malaya pada waktu itu, dan keluarga mereka yang menanti kepulangan mereka yang tak juga tiba.

“Ia ternyata lebih sinematik daripada hasil kerja saya yang terdahulu, terutamanya dengan adanya elemen CGI. Ia memang satu proses pembelajaran yang berharga.”

Cabaran baru

Filem epik ini membariskan pelakon terkenal termasuk Remy Ishak (Othman), Puteri Aishah (Thom), Azrel Ismail, Erwin Dawson, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Syazuwan Hassan, Juliana Evans dan Sherry Al Jeffry.

Hebat-hebat belaka! Jadi anda boleh bayangkan sendiri persembahan lakonan yang pasti meruntun jiwa.

Selain pengalaman Othman mengembara, satu lagi highlight filem ini adalah kisah percintaan di antara dia dan isterinya walaupun mereka terpisah akhirnya.

Kabir memang dikenali dengan hasil-hasil produksinya seperti Nur Kasih dan Bisik Pada Langit yang betul-betul bermain dengan perasaan penonton.

Untuk Pulang pula, Kabir mengaku yang sebenarnya kalau nak diikutkan, dia tak nak lagi buat filem percintaan.

“Itu dulu, pada tahun 2015. Saya dah berubah sejak itu, jadi saya memang bersyukur kerana saya telah mengambil cabaran ini,” katanya.

Teamwork!

Pulang telah menjalani penggambaran selama 46 hari. Kabir berpendapat ini bukan sesuatu yang senang untuk dicapai lebih-lebih lagi kerana skalanya sebesar ini.

“Semua ini takkan boleh terhasil tanpa kerjasama banyak pihak seperti krew penggambaran, pasukan CGI dan juga kostum. Mereka semua berkemampuan dalam bidang masing-masing.

“Di situlah perginya bajet untuk filem ini – untuk mengupah orang-orang yang berbakat seperti mereka.”

Kabir memang bangga dengan adegan-adegan yang melibatkan CGI, iaitu 70% daripada keseluruhan filem.

Pihak krew telah merakam babak-babak itu pada hari yang berlainan dan akhirnya mencantumkan mereka mengikut storyboard yang mereka telah sediakan dari awal.

“Kami bekerja dengan orang yang betul-betul tahu tentang apa yang mereka perlu buat. Ini termasuklah research yang dibuat dengan teliti. Jadi semuanya telah berjalan dengan lancar.”

Pulang menelan bajet sebanyak RM6 juta secara keseluruhannya, dengan geran sebanyak RM2 juta oleh Finas untuk kerja-kerja CGI.

Primeworks Studios memang mengambil risiko yang tinggi, tapi syarikat tersebut memang percaya dengan kemampuan semua orang yang terlibat dalam pembikinan filem ini.

Foto: NSTP

Pulang akan berlayar

“Kami di Primeworks Studios memang bangga dengan filem ini serta komitmen yang diberikan oleh para pelakon dan krew di belakang tabir,” kata Pengurus Besar Produksi Filem dan Drama Primeworks Studios, Nor Shahila Harun Shah.

“Kami harap filem ini sedikit sebanyak berjaya mencuit perasaan anda dan agar anda terus menyokong filem dan industri perfileman kami.”

Pada masa yang sama, Primeworks bercadang untuk membawa Pulang ke festival filem dan pasaran di luar negara.

“Pasukan jualan kami sedang pertimbangkan kolaborasi apa yang sesuai,” kata Shahila lagi.

Bonus!

Jangan lupa untuk saksikan rancangan khas ‘Di Sebalik Tabir Pulang’ yang menawarkan sedutan-sedutan eksklusif dari sepanjang waktu pengambaran filem ini.

Ia menampilkan sesi interview dengan Kabir, pengarah eksekutif, tenaga kerja di sebalik filem ini serta barisan pelakonnya.

Lihat sendiri bagaimana kisah percintaan agung ini diserikan lagi dengan teknologi inovatif daripada CGI dan sinematografi yang indah.

Rancangan ini akan ditayangkan di TV3 pada Sabtu (21 Julai) pada 5.30pm, Ahad (22 Julai) pada 6pm dan di platform tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 24 Feb 2020
Featured Tue, 20 Mar 2018

Bila Masa Yang Paling Sesuai Untuk Buang Air Di Atas Kapal Terbang? Ini Jawapannya

Memang tak syok bila anda berada 30,000 kaki di udara dan tiba-tiba terasa macam nak buang air. Kalau flight anda sejam je, bolehlah tahan lagi.

Featured Wed, 8 Apr 2020

Bila yang berduit dikuarantin di hotel, gelandangan di dewan serba guna, netizen tempelak isu keadilan

 Bersyukurlah ada tempat berlindung, Ecuador biar mayat tepi jalan

Featured Fri, 3 Apr 2020

Salsabila jual aneka kuih tradisional Melayu di Belanda

Anak jati Pontian sedia khidmat makanan halal

Featured Mon, 31 May 2021

“Alhamdulillah, Ini Perjalanan Baru Buatnya…” Rizman Doakan Isteri Kekal Istiqamah

Setelah mendirikan rumah tangga dan  memiliki seorang cahaya mata, kehidupan pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin bersama isterinya Nuridaya Suraya sering mendapat perhatian ramai. Pasangan itu juga dilihat lebih bahagia dengan kehadiran cahaya mata […]

Featured Mon, 22 Mar 2021

Bayaran Geran Khas Prihatin Tambahan Mulai 25 Mac Ini, RM 500 Buat PKS Mikro..

Bayaran bagi semua perusaha kecil sederhana di bawah Geran Khas Prihatin Tambahan akan bermula 25 Mac ini. Menurut Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, bayaran tersebut melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM883 […]

Featured Wed, 6 May 2020
Acara Fri, 1 May 2020
familuv Sat, 16 Jun 2018

9 Teknik Urutan Yang Perlu Dipraktikkan Untuk Bayi Anda

Bayi anda akan tidur lena selepas diurut guna 9 teknik urutan ini.

Featured Mon, 15 Jul 2019

| Live TV