Warna putih yang melambangkan kesucian memang cukup sinonim dengan perkahwinan. Tidak lapuk ditelan zaman, warna putih sentiasa menjadi pilihan Raja Sehari sama ada dari segi busana, kasut, bunga tangan, aksesori mahupun kek.
Apa kata sekali-sekala anda lari daripada warna kebiasaan putih untuk menampilkan kelainan pada majlis bahagia anda.
Berikut antara foto yang mungkin akan membuat anda berubah fikiran sekali gus berani tampil elegan dengan rona hitam di majlis perkahwinan anda.