Featured By: Ad Ops October 3, 2019 @ 2:00pm

Gara-gara ingin solat ketika kerja, tawaran kerja wanita Muslim ini ditarik balik

Diskriminasi bukan sahaja berlaku disebabkan oleh perbezaan jantina mahupun warna kulit, perihal agama juga dijadikan sebab oleh sesetengah pihak untuk tujuan tertentu seperti yang berlaku terhadap wanita di Amerika Syarikat ini.

Hanya kerana ingin menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim, impian seorang wanita untuk diambil bekerja terus musnah.

Insiden ini berlaku tahun lalu kepada Shahin Indorewala dari Virginia, Amerika Syarikat ketika dia ditemuramah untuk mengisi kekosongan jawatan yang ada di syarikat Fast Trak Management.

Semuanya berjalan dengan lancar apabila dia bercakap dengan seorang pembantu pengurus yang bernama Josie.

Dia dimaklumkan mengenai tanggungjawabnya, waktu kerja (11 pagi hingga 8 malam) dan bagaimana untuk maju dalam kerjayanya di situ. Turut diberitahu ialah waktu rehat tengah hari di syarikat itu yang berlangsung selama dua jam.

Shahin, 26, merasakan tempoh itu sangat lama. Jadi dia bertanya jika dia boleh memendekkan waktu rehatnya dan pada masa yang sama turut mengambil masa lima minit sebanyak dua kali sehari untuk menunaikan solat.

Menurut Shahin, Josie terus menghentikan temuramah mereka dan berkata, “Itu tidak mungkin boleh berlaku. Di syarikat ini kami mengamalkan waktu kerja yang tetap.”

Shahin merasakan dirinya didiskriminasi oleh Fast Trak Management. Sumber: NBCNews

Tidak ingin berputus asa, Shahin ingin bercakap dengan orang lain di Fast Trak. Dia berpeluang untuk bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Ramses Gavilondo.

Tetapi sebelum dia boleh berkata apa-apa, Josie terus menyatakan kepada Ramses bahawa waktu kerja di Fast Trak tidak sesuai untuk Shahin. Ramses pula terus meneliti resume Shahin dan menandakan ‘X’ di beberapa bahagian.

Shahin mengambil kesempatan itu dan bertanya mengenai permintaannya agar diberi pelepasan untuk solat setiap hari.

Menurutnya, Ramses bertanya balik, “Apa?” seperti dia tidak faham, tetapi nadanya berbunyi menyindir. Shahin pun menerangkan semula mengenai tuntutan agamanya.

Ramses menjawab, “Agama? Kami tidak mahu sebarang kekacauan sebegitu di sini.”

Menurut Shahin lagi, Ramses mula menuding jari ke hijabnya dan membuat pelbagai pergerakan tangan serta meninggikan suara.

Semestinya Shahin berasa terkejut dan pada masa yang sama, malu dan kecil hati kerana ramai pekerja lain di syarikat itu menyaksikan perbualan mereka. Kerana tidak ingin memperbesarkan hal ini, dia mengambil keputusan beredar dalam diam.

Kini, Shahin ingin membawakan hal ini ke mahkamah atas tuduhan didiskriminasi.

Apabila dihubungi oleh Associated Press (AP), Ramses berkata dia tidak mengambil Shahin bekerja kerana Shahin “ingin menyebarkan agamanya.” Shahin pula memberitahu AP, kenyataan itu tidak benar sama sekali.

Susah juga untuk memohon kerja di Amerika Syarikat bagi orang Muslim. Hakikatnya masih ada banyak pihak yang tidak bertimbang rasa atau tidak boleh memahami situasi yang dialami oleh sesetengah orang.

Jika anda berada di dalam situasi ini, adakah anda akan memfailkan saman juga?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 23 Nov 2023

Beli-Belah Sambil Berhibur Dalam WOW Dah Gaji! Tampil Persembahan Hebat Dari Artis Popular Tanah Air

Jangan lupa membeli-belah sambil berhibur bersama WOW Dah Gaji!🤩🤩🤩

Eat Travel Fri, 29 May 2020
Featured Sun, 11 Apr 2021

KKM Diminta Umum Keputusan Rentas Negeri Lebih Awal Sempena Aidilfitri

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diminta untuk melakukan keputusan membenarkan Pergerakan rentas negeri lebih awal sempena Hari Raya Aidilfitri. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengumuman lebih awal akan memudahkan orang ramai membuat […]

Eat Travel Thu, 13 Dec 2018

Asyik Berangan Untuk Memiliki Kediaman Mewah Di Tepi Pantai? Ini Lokasi Ideal Untuk Anda!

Logde mewah ini dilengkapi sebuah bilik yang menghadap terus ke pantai.

Featured Wed, 1 Apr 2020
Featured Mon, 15 May 2023

“Bertahun-Tahun Buat Taik Pun Tak Pernah Rasa Salah, Hati Busuk Bau Bangkai!” – Rita Rudaini Tempelak Siapa Tu?

“Hati dah membusuk dan berulat.. babi hutan depan kau pun nampak macam british short hair” – Rita Rudaini

Featured Wed, 27 Apr 2022