Featured By: Yanie Baharom November 20, 2019 @ 2:56pm

Gaya individu mengikut zodiak. Agak-agak betul tak?

Zodiak dikatakan mempengaruhi personaliti seseorang itu. Misalnya individu yang lahir di bawah naungan zodiak Capricorn dikatakan seorang yang peramah dan mempunyai personaliti yang ceria, manakala mereka yang lahir antara 19 Febuari hingga 20 Mac, berbintang Pisces dikatakan seorang yang agak sensitif.

Meskipun ramalan bintang dan zodiak dilarang keras dalam Islam dan hukumnya syirik jika mempercayainya, namun pelbagai pemerhatian serta kajian yang dilakukan terhadap personaliti individu yang lahir dalam bulan tertentu menunjukkan sesetengah huraian menepati tingkah laku yang dinyatakan.

Bagi menghasilkan ciri personaliti yang berdasarkan zodiak itu, ahli astrologi mengkaji ribuan responden dan mengumpul data yang mendapati mereka yang lahir pada bulan tertentu mempunyai personaliti hampir sama. Begitu pun, jangan terlalu serius atau terikat dengan kepercayaan ini, kerana yang harus kita percaya cuma satu iaitu Allah SWT.

Sekadar hiburan, Hijab & Heels ingin berkongsi maklumat mengenai perkaitan antara zodiak dengan fesyen berdasarkan ciri personaliti yang dinyatakan dalam setiap zodiak.

Penulis bernaung di bawah zodiak Capricorn, malangnya tidak menyukai jam tangan. Saya membelinya tetapi tidak memakainya. Saya lebih cenderung memilih kasut, beg tangan, baju dan pewangi.

Nah, ramalan tidak semestinya tepat!

ARTIKEL BERKAITAN: 15 Gaya Penampilan Beyoncé Yang Paling Mempersonakan Dalam Dekad Ini

1. Libra (23 September – 22 Oktober)

Sering mengikut aliran fesyen terkini terutama daripada pentas peragaan. Selalu ingin kelihatan anggun setiap kali bergaya. Rona hijau pastel warna sesuai untuk Libra.

Foto: Elle

2. Scorpio (23 Oktober – 21 November)

Warna bertuah untuk Scorpio adalah warna ungu. Rona yang penuh ghairah ini dapat menyerlahkan sisi seksi zodiak ini. Cuba celana berpinggang tinggi.

Foto: Pinterest

3. Sagittarius (22 November – 21 Disember)

Gaya segar, kasual dan selesa sesuai untuk zodiak ini. Cuba gaya sporty seperti celana denim lusuh, kemeja-t atau kemeja saiz besar.

Foto: Pinterest

4. Capricorn (22 Disember – 19 Januari)

Jam tangan merupakan item aksesori pilihan Capricorn. Gemar memakai outerwear dan rona nude rona kegemaran zodiak ini. Capricorn juga cenderung memilih penampilan mahal dan profesional. Wanita Capricorn cerewet dalam pemilihan fabrik dan gemarkan potongan mewah. Jadi tidak hairanlah penampilan mereka selalu jadi tumpuan ramai!

5. Aquarius (20 Januari – 18 Februari)

Rona biru langit atau biru lembut sesuai dengan Aquarius kerana sama dengan lambang zodiak ini iaitu air. Gaya bohemian menjadi pilihan wanita berbintang Aquarius.

Cuba skirt berbunga-bunga, baju renda dan gaun berpotongan unik.

6. Pisces (19 Februari – 20 Mac)

Warna hijau menggambarkan keceriaan, kebebasan dan fantasi yang secocok dengan perawatakan Pisces. Pakaian dan aksesori yang unik dan feminin amat sesuai dipakai oleh gadis Pisces. Cuba rantai yang memberi kenyataan fesyen untuk melengkapkan gaya anda!

Foto: Us Weekly

7. Aries (21 Mac – 19 April)

Pakaian kasual seperti kemeja-t dan celana denim mampu membuatkan Aries kelihatan menawan. Rona merah merupakan warna yang sesuai untuk bintang ini.

Foto: Elle

8. Taurus (20 April – 20 Mei)

Mementingkan keselesaan dalam bergaya. Amat menggemari potongan klasik seperti little black dress dan suka bermain dengan skaf. Warna hijau secocok dengan Taurus kerana ia menggambarkan sifat Taurus yang penyayang, ramah dan merendah diri.

Foto: verilymag

9. Gemini (21 Mei – 20 Jun)

Warna yang membawa tuah kepada Gemini ialah kuning. Item yang selalu menjadi pelengkap gaya adalah jaket kulit dan beg tangan.

Foto: PopSugar

10. Cancer (21Jun – 22 Julai)

Sering mengikut mood dalam pemilihan helaian yang mahu digayakan, begitu dalam pemilihan warna. Cancer juga mementingkan keselesaan saat bergaya.

11. Leo (23 Julai – 22 Ogos)

Warna emas sesuai dengan personaliti Leo yang ramah dan berkeyakinan. Tidak perlu memakai rona emas dari hujung rambut hingga hujung kaki. Misalnya, cukup dengan satu anting-anting sahaja.

Foto: Pinterest

12. Virgo (23 Ogos – 22 September)

Individu di bawah naungan zodiak Virgo sememangnya mementingkan penampilan yang kelas dan praktikal. Menggemari gaya anggun dalam penampilan sederhana, akan tetapi mereka sangat menggemari aksesori.

 

 

 

Sumber:

1. Press Reader

2. Brilio net

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 26 Aug 2022
Featured Fri, 2 Jul 2021

Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke -10, Mizz Nina Beri Ucapan Istimewa Buat Noh Hujan

Pasangan selebriti, Mizz Nina dan Noh Hujan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kini sudah memasuki usia 10 tahun. Dalam postingnya di Instagram, Mizz Nina meluahkan rasa tidak percaya sudah hampir 10 tahun berkongsi kehidupan […]

Featured Wed, 1 Feb 2023
Featured Sat, 3 Sep 2022
Oh Lawa Mon, 8 Jan 2018

Rahsia Kulit Cantik Dan Berseri-Seri Ala Pelakon Bollywood. Guna Kunyit Je Tau!

Setiap kali tengok filem Bollywood, mesti akan ada adegan dimana wanita akan meletakkan mask kunyit yang dibuat sendiri di muka kan? Tambah pula kalau sebelum majlis perkahwinan, bakal pengantin lelaki pun akan dipakaikan dengan mask […]

Featured Tue, 21 Apr 2020

Ketahui 5 helah makan sedap tanpa garam

Garam berlebihan jejas kesihatan

Featured Wed, 13 Apr 2022
familuv Mon, 13 Apr 2020

Bunuh ibu kerana ketagih permainan dalam talian

Ketahui tanda-tanda ketagihan gajet!

Featured Fri, 10 Apr 2020

Tempoh PKP dilanjutkan sehingga 28 April

Fasa tiga bermula 15 April 2020