Featured By: Yanie Baharom August 7, 2018 @ 12:16am

Gelaran Puteri Muslimah Asia 2018, Dedikasi Cinta Uyaina Kepada Negara

Salam Merdeka untuk semua! Apa yang menarik, Ogos menjadi pilihan Hijab & Heels untuk memperkenalkan segmen terbaru kami buat julung kalinya iaitu Figura.

Figura yang menghiasi ruangan ini, bakal bersilih ganti wajah-wajah popular dan insan ternama dari pelbagai cabang arena untuk membicarakan variasi topik dan semestinya eksklusif.

Figura menerusi edisi perdananya bersempena bulan Kemerdekaan Negara yang ke-61, menampilkan gadis dengan nama yang cukup unik Naseha Uyaina Arshad, 25, atau lebih dikenali sebagai Uyaina sebagai cover girl.

Mengapa Uyaina menjadi pilihan kami? Imej pengacara program bual bicara Wanita Hari Ini (WHI) sebagai wanita muslimah moden itu sendiri menepati branding web portal Hijab & Heels. Ditambah pula paras rupa menawan dan personalitiya yang menarik.

Diperhebatkan pula dengan kisah kejayaan Uyaina, sebagai juara pertama di dalam pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018  (PMA2018) yang berlangsung di Jakarta Indonesia pada Mei lalu. Sekaligus mengukuhkan profilnya sebagai entiti seni yang wajar dicontohi dan diidolakan anak muda.

Ikonik jalur gemilang, putih melambangkan kesucian negara, merah (keberanian), biru (perpaduan rakyat) dan kuning (kemuliaan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja sebagai Ketua Agama dan Ketua Negeri bagi seluruh negeri di Malaysia), paduan empat warna ini diguna pakai dalam styling Uyaina membangkitkan semangat jiwa merdeka di dalam diri gadis yang sarat dengan energi positif.

Merupakan graduan jurusan Undang-Undang dari Universiti Malaya, Uyaina yang selesa membahasakan dirinya sebagai Yana akan berkongsi pengalamannya saat menyertai PMA2018 juga cabaran dunia pengacaraan dan banyak lagi.

Foto: Aziah Azmee

 

Hijab & Heels (H&H): Menyandang gelaran Puteri Muslimah Asia 2018 (PMA2018) yang pertama, perasaan anda?

Uyaina: Tentu saja berbangga apabila dapat mengharumkan nama negara tambahan pula pertandingan itu turut disertai dua lagi peserta Malaysia,  Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Turki dan Timor Leste, yang mana setiap negara menghantar  3 wakil.

Terus-terang saya langsung tidak menjangkakan kemenangan ini. Menyertai pertandingan inipun atas saranan seorang kawan dan selepas menjalani ujibakat yang diadakan di Universiti Malaya, saya dipilih di antara tiga peserta Malaysia yang layak ke final.

Bayangkan hadiah yang apa ditawarkan juga saya tidak tahu. Masa itu saya fikir, nak kutip ilmu dan luaskan pengalaman saja. Sama macam niat saya menyertai Pencarian Nona Manis pada 2015 dulu dan akhirnya dipilih sebagai juara.

Foto: Aziah Azmee

Foto: Aziah Azmee

Foto: Aziah Azmee

H&H: Anda rasa apa yang melayakkan anda menang?

Uyaina: Semua peserta mempunyai personaliti dan background pendidikan yang baik . Mungkin bonus untuk saya kerana saya satu-satunya peserta yang diuji dengan soalan cukup mencabar daripada juri.  Bukan untuk pusingan bahkan ketiga-tiga pusingan. 

Soalan pertama memang saya takkan lupa. Soalan diberikan Mama Dede itu lebih kurang begini, macam mana kamu ingin menyingkapi perbezaan antara mazhab? Saya rasa jantung saya jatuh ke lantai kak. Isu mazhab ini tidak boleh sembarangan cakap kerana ia isu sensitif.

Saya pula dua tahun lepas pernah ke Egypt dan membuat kunjungan di Masjid 4 Mazhab iaitu Masjid Sultan Hassan. Allah SWT nak tolong saya, supaya saya dapat menjawab soalan melalui pengalaman sendiri. Bercakap melalui pengalaman sendiri membuatkan cerita kita itu kedengaran sedap. Memperkemaskan lagi hujah, saya masukkan elemen toleransi dan hormat.

Soalan bagi pusingan kedua yang saya terima adalah Islam dan terrorism?. Disebabkan Islam dikaitkan dengan terrorist, maka wujudnya istilah Islamofobia. Begitulah lebih kurang soalannya.

Untuk pusingan ini hanya 10 peserta saja yang layak dan saya adalah salah seorang daripada mereka. Semasa menjawab soalan saya memang fikir, saya mungkin tidak lepas untuk ke pusingan final. 

Sudahlah saya merupakan peserta pertama yang dipanggil. Rupa-rupanya ada peserta lain yang lebih panik menjawab soalan sampaikan tergagap-gagap. Jawapan saya mungkin tidak begitu kemas tetapi mujurlah tidaklah panik.

Manakala soalan di pusingan final yang diterima, jika kamu boleh bawa satu nilai Islam untuk disyiarkan, apakah nilai itu dan sebutkan satu nilai saja?

It could be anything, toleransi, hormat-menghormati tetapi saya pilih membawakan kesederhanaan dalam segenap aspek kehidupan. Extremist berlaku disebabkan sikap obses. Jika kita bersederhana, kita tidak akan menjadi seorang yang extremist.

Sikap extremist inilah yang mendorong dan menjadi punca terjadinya peperangan. Sesuatu perkara yang dilakukan tanpa ditimbang tara secara rasional yang akhirnya membawa banyak keburukan dalam kehidupan sejagat. Jawapan diberikan saya itulah yang menobatkan saya sebagai pemenang.

 

  Video disebalik tabir Uyaina Arshad : Youtube

H&H: Apa yang dijanjikan pihak penganjur kepada pemenang?

Uyaina: Ini yang kelakarnya, semua peserta hanya dimaklumkan mengenai hadiah kemenangan pada malam sehari sebelum final iaitu 100 juta rupiah bersamaan RM30,000, trofi, sijil dan tiara. 

Tapi saya bertuah, kerana penganjur tahu saya adalah seorang pengacara di Malaysia mereka memberi tawaran untuk saya mengendalikan sebuah program siaran langsung berdurasi 3 jam iaitu Aksi Asia, Sahur Indonesia sepanjang Ramadhan lalu.

H&H: Impak dari kemenangan di dalam pertandingan PMA2018?

Uyaina: Banyak tawaran mengacara saya terima, baik di Indonesia mahupun di Malaysia. Selain itu ramai yang mula mengenali saya, malah saya turut dapat tawaran berlakon juga.

Di Indonesia saya ditawarkan membintangi satu sinetron tetapi saya terpaksa menolaknya kerana ingin memberi fokus kepada bidang pengacaraan yang baru saja bermula di sana. Apatah lagi sekitar Oktober hingga Disember nanti, saya terbabit di dalam program Akademi Asia sebanyak 70 episod.

Tetapi di Malaysia ada satu tawaran lakonan saya terima daripada Haji Zeel Productions. InsyaAllah pengambarannya akan dilakukan pada September nanti dan drama ini yang belum berjudul ini menampilkan Mira Filzah dan Remy Ishak sebagai pelakon utama.

 

Foto: Aziah Azmee

H&H: Sebagai juara PMA2018, anda terikat dengan sebarang syarat oleh penganjur?

Uyaina:  In term on posting di media sosial memang ada syarat, di mana pihak penganjur akan monitor gambar apa yang dimuat naik oleh peserta. Swafoto dengan wajah duck face pun mereka akan tegur. Ini kerana pihak penganjur ingin setiap peserta menjaga imej wanita muslimah itu sendiri yang seharusnya kelihatan manis dan sopan.

H&H: Jika boleh ceritakan kembali penglibatan anda sebagai pengacara?

Uyaina:  2015, saya di semester akhir jurusan Undang-Undang di Universiti Malaya ketika itu. Ibu nampak iklan Pencarian Nona Manis di TV3 dan menyarankan saya mencuba nasib.

Masa itu, saya tak kisah pun sama ada terpilih ataupun tidak, sebabnya memang nak jadi lawyer pun. Tup-tup! saya dipilih dan menang pula. Melalui pertandingan itulah menemukan kecintaan saya terhadap bidang pengacaraan malah enjoy melakukannya.

Program pertama saya ditawarkan mengacara adalah Wanita Hari Ini (WHI) dan selepas itu Nona yang saya kendalikan selama dua tahun. WHI, adalah sebuah program yang memberi manfaat bukan saja kepada penonton malah pengacara itu sendiri.

Ada sebahagian isu yang dikupas, saya sendiri pun tidak pernah mendengarnya atau tahu tentang kewujudannya tetapi perlu membaca dan membuat rujukan sebelum membicarakan topik yang dikongsikan kepada penonton. Proses ini memberi nilai tambah dari segi pengetahuan buat saya.

Seperkara yang saya belajar, membezakan di antara pengacara dan pengacara yang sebenar,  adalah pengacara yang hebat adalah mereka yang mengendalikan program siaran langsung.

Saya bersyukur diberi peluang menerajui pasukan WHI dan berganding bahu bersama pengacara dengan 15 tahun pengalaman seperti Kak Fiza Sabjahan, Kak Rina dan Abang Fahrin Ahmad. Mereka masuk set relaks saja, tapi memang gempak gila!

Nak tak nak, saya kena pick up! Setiap hari ada saja kesalahan yang saya lakukan dan setiap hari juga saya pelajari perkara baru.

Foto: Aziah Azmee

H&H: Bagaimana wanita muslimah perlu membawakan imej mereka bersesuaian dengan peralihan zaman?

Uyaina: For me, tidak salah menjadi moden tetapi dalam waktu yang sama perlu menjadi modest (sopan dan bersederhana). Mereka yang membawa imej wanita muslimah, tetapi melakukan perkara yang tidak bersesuaian dengan personaliti lebih-lebih lagi mereka yang bergelar public figure, tersilap tingkah laku, boleh mencalarkan imej seorang wanita muslimah yang lain.

Saya bersyukur, kerana kemana-mana saya pergi ibu akan teman. Ibu saya macam polis, dia akan pantau penampilan saya dari hujung rambut hingga hujung kaki. Malah, pesan ibu buat saya lebih berhati-hati dan cuba mengelak sedaya mungkin perkara yang boleh menjerat saya dengan kontroversi.

Sesetengah gadis mungkin mereka tidak ada orang yang guide mereka. Justeru cara yang paling baik adalah berpegang pada konteks kesederhanaan tadi supaya tingkah laku kita sentiasa bersederhana dalam apapun.

Foto: Aziah Azmee

H&H: Pendapat anda tentang gadis berhijab obses dan sanggup mengeksploitasikan diri mereka dengan membuat rakaman video viral untuk menjadi terkenal?

Uyaina: Tular dengan perkara-perkara yang baik misalnya berkongsi tentang kejayaan mereka, membantu masyarakat juga perkongsian ilmu agama dan sebagainya, bagi saya itu tidak salah.

Tetapi membikin video yang mengeksploitasi diri mereka sebagai wanita dengan pakaian yang tidak sesuai dengan imej bertudung termasuk pertuturan yang tidak melambangkan wanita Islam itu adalah salah sama sekali.

Sometimes, bila saya tengok video viral membabitkan gadis berhijab saya sendiri jadi malu dan saya tertanya-tanya adakah mereka ini tidak cukup kasih sayang. Apakah mereka ini kekurangan perhatian atau sememangnya kemaruk untuk mendapatkan perhatian?

Kalau video ditularkan oleh orang lain itu, lainlah situasinya tetapi memang ada sejenis orang  attention seeker. Entahlah mungkin ada kaitan dengan latar belakang keluarga mereka.

Saya juga wanita muslimah yang modern person dan modern girl tetapi saya percaya dalam menempa arus kemodenan, wanita muslimah tetap perlu menjaga keperibadian mereka untuk dipandang tinggi oleh masyarakat. Kesederhaan itulah yang terbaik dalam membentuk keperibadian diri. 

H&H: Bagaimana anda mentafsirkan sesebuah kemerdekaan?

Uyaina: Bagi saya kemerdekaan dalam konteks zaman sekarang ini, adalah kebebasan kita dalam berfikir dan melontarkan pendapat untuk kemajuan diri dan juga nation.

Foto: Aziah Azmee (NSTP)

Stylist & Wardrobe: Shereen – THE HASHTAG @hashtagsrihartamas

Solekan: Feiruz Sohor – @feiruzsohor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 17 May 2018

Tampil Sopan & Anggun Dengan Koleksi Eksklusif Ramadan Fazbulous by Fazura

Seindah pengertiannya, Jauharah menampilkan gaya sopan dan minimalis, sempurna untuk digayakan sepanjang bulan penuh keberkatan, Ramadan.

Featured Mon, 20 Feb 2023
Featured Sun, 1 Oct 2023

Konsert Setengah Lima Menuju Senja Parade Hujan X Sore Berjaya Buai Hampir 5,000 Peminat Malaysia!

Terbaik! konsert ni min memang kena hadir❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

familuv Wed, 18 Mar 2020

Cara mengesan gejala COVID-19 mengikut hari. Selamatkan keluarga anda!

Selalu periksa keadaan pasangan dan anak-anak

Featured Thu, 5 Mar 2020
Featured Tue, 16 Oct 2018
Featured Wed, 17 Jul 2019

Kejutan filem Kingdom pasti membuatkan penonton terpaku!

Berdebar jantung dan tak kering gusi dibuatnya!

Featured Thu, 18 Aug 2022

Didakwa Guna Pengaruh Bapa Mertua, Jovian Akui Terkilan

Jovian terkilan dengan sikap netizen

Featured Thu, 27 May 2021

Langgar SOP, Siti Nurhaliza & Datuk K Dikompaun RM10,000

Berikutan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika majlis tahnik anak keduanya, Muhammad Afwa pada 26 April lalu, penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing dikenakan kompaun […]