Featured By: Ad Ops April 20, 2020 @ 2:24pm

Guna ais kiub ajaib ini untuk rawat masalah rambut gugur

Masalah rambut gugur sering menghantui wanita terutama yang mengenakan hijab. Menurut laman The Diagnosa, rambut gugur atau dalam istilah perubatan Alopecia berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya hormon tidak stabil, genetik, penggunaan produk kosmetik dan pengambilan makanan yang kurang protein.

Terdapat banyak petua semula jadi untuk mengurangkan masalah rambut gugur. Salah satunya dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, Ahmad Hunain.

Pemuda itu berkongsi petua menggunakan limau purut dan santan dalam bentuk ais kiub. Caranya mudah iaitu ambil beberapa biji limau purut, potong kecil dan kisar bersama santan.

petua rawat rambut gugur

petua rawat rambut gugur

Kemudian, masukkan dalam ruang sejuk beku dan biarkan kira-kira enam jam sehingga kiub itu beku sepenuhnya. Selepas itu, boleh ambil ais kiub dan lumurkan ke seluruh kulit kepala. Rasanya memang menyegarkan!

petua rawat rambut gugur

petua rawat rambut gugur

Biarkan selama beberapa minit dan bilas rambut sehingga bersih. Lakukan dua minggu sekali dan anda boleh lihat keberkesanannya nanti.

Petua semula jadi itu mampu membuatkan akar rambut menjadi kuat, kulit kepala segar dan rambut harum, sihat dan bersinar.

Lihat video di bawah untuk gambaran yang lebih jelas. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Sep 2023
Featured Mon, 20 Aug 2018

Kenali Jenis Kulit Anda Dengan Hanya Menggunakan Tisu

Kulit wajah terbahagi kepada 4 jenis iaitu kulit normal, kulit kering, kulit berminyak dan kulit kombinasi.

Featured Sun, 14 Nov 2021

Bersyukur Rangkul Trofi Artis Baharu Wanita Popular, Dolla Bakal Keluar Single Baru!

Kumpulan Dolla meraih kejayaan pertama di Anugerah Bintang Popular BH 34 (ABPBH 34) apabila memenangi trofi dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular. Dianggotai oleh Tabby, Angel, Sabronzo dan Syasya, Dolla berterima kasih kepada peminat yang […]

Featured Tue, 9 May 2023
Featured Sat, 16 Mar 2024
Eat Travel Mon, 7 Jan 2019

Nikmati sajian nugget sayuran ini sebagai alternatif untuk diet sihat

Nugget tak semestinya perlu diperbuat daripada daging haiwan.

Oh Lawa Wed, 21 Nov 2018

Jurusolek Saintis, Ciri Istimewa Nuex Rosli Berbanding MUA Malaysia Yang Lain

Nuex Rosli Mempunyai Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Genetik. Gempak!

Featured Wed, 29 Apr 2020