Featured By: Shaidah Shafie July 5, 2019 @ 12:00pm

Guna duit bonus suami untuk ke London

Nasib manusia tidak siapa pun yang tahu kerana semuanya sudah diatur Tuhan. Bagi jurumekap Mea Sukri, 35, menjadi jurusolek adalah impian sejak kecil dan bukan bermaksud melawan takdir, dia mahu lebih daripada itu.

Ketika ditanya kenapa mahu lebih daripada itu, dia menegaskan sesiapa sahaja boleh menjadi jurumekap, namun dia mahu menjadi jurumekap yang mempunyai akademik solekan dan produknya sendiri.

Dugaan Mahu Jadi Jurusolek Bertauliah

Berpegang kepada falsafah berkenaanlah dia mula ‘bekerja’ ke arah itu dengan mencari dana dan akademik solekan yang boleh dikunjungi demi mencari ilmu tatarias selain ingin membuktikan bahawa kerjaya ini mempunyai kelas yang tersendiri.

“Saya bercadang ke Bangkok untuk mempelajari seni menyolek di sana memandangkan yurannya lebih murah, tapi dana yang dicari tidak juga diperolehi kerana mereka mempersoalkan siapa saya untuk dibiayai.”

Mea sanggup berjauhan seketika dengan suami dan anak demi mengejar cita-cita menjadi jurumekap bertauliah.

“Selepas berbincang dengan suami dan berasa sedih kerana saya tidak dapat meneruskan impian menghadiri akademik solekan di Bangkok, suami membuat kenyataan bahawa dia sanggup memperuntukkan kesemua duit bonusnya untuk saya tebang ke luar negara bagi menyertai akademik solekan di London,” katanya sedikit emosi ketika ditemui pada Bengkel i-Skil Kursus Tatarias anjuran Hijab & Heels NSTP – ASNB yang dikendalikannya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Baginya, berat rasa hati untuk meninggalkan anak dan suami lebih-lebih lagi menggunakan duit suami untuk membayar kos kursus dan biaya hidup di London selama enam bulan, keseorangan pula di tengan kota raya besar itu.

“Menangis itu usah dicakaplah ketika saya mahu berlepas ke sana, terharu mengenang pengorbanan suami dan anak yang akan ditinggalkan, namun saya pergi dengan tekad membara dan akan balik dengan semangat yang bakal saya jadikan azimat menjadi jurumekap bertauliah dan ada akademik solekan saya sendiri,” katanya tersenyum manis.

Ditipu pemilik premis

Dugaan dihadapi belum berakhir kerana ketika tiba di London, rumah sewa yang sudah dibayar pendahuluannya melalui perbincangan dalam talian dengan pemilik, tiada, dia ditipu sebenarnya.

Sekali lagi dia menghubungi suami dan berasa hampir putus asa mengenang nasib diri ketika itu, namun suami menenangkan dirinya menerusi telefon dan berjanji untuk mencuba sedaya upaya membantunya mengharungi segala cabaran yang sedang dilalui ketika itu.

“Jadi, dengan duit bonus suami itulah saya membeli tiket penerbangan ke London dan membiayai hidup selama enam bulan di sana untuk menghadiri kelas solekan setiap hari tanpa gagal kerana kelas diadakan secara intensif dengan seorang tenaga pengajar hanya mengendalikan seorang pelajar sahaja. Saya belajar dengan empat orang  tenaga pengajar  yang pakar dengan sijil masing masing.”

“Jika tidak hadir satu sesi, keseluruhan perjalanan sesi akan jadi tidak tersusun dan oleh sebab itulah saya sangup menapak setiap hari dari rumah sewa di Marylbonne Street ke akademik di Totenham Road.”

Akui pemilik Akademik Solekan Mea Sukri yang terletak di Seri Kembangan ini, cabaran kental yang diharungi amat berbaloi kerana kini dia sudah memiliki akademik dan produk kecantikannya sediri.

Play! Cosmetics

Menyentuh mengenai produk yang dikeluarkan, dia menggunakan label Play! Cosmetics dan mengambil nama play kerana dia gemar bermain dengan warna kala menatarias wajah.

Sehingga kini Play! Cosmetics sudah menghasilkan empat produk iaitu bedak asas Faker Than You HD Foundation, Bedak Polos Loose Your Fake Micro-Fil , Seting Spray dan Bulu Mata Better Than Lash 3D.

Bedak asas Faker Than You HD Foundation keluaran Play! Cosmetics

“Play! Cosmetics dalam usaha mengeluarkan satu lagi produk pelembab wajah dan saya mengambil kira bahan yang digunakan dalam produk seperti sweet almond oil yang ada dalam kebanyakan produk kami.”

“Selain sweet almond oil, kami mengambil kebaikan minyak jojoba dan pati camomile yang sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dengan bekas istimewa yang ada span bagi memudahkan pengguna supaya tidak perlu menggunakan jari untuk meratakan bedak asas pada wajah,” katanya.

Bedak asas Faker Than You HD Foundation itu memiliki tekstur yang lembut dan ringan, mudah diratakan pada kulit wajah tanpa perlu menggunakan jari. Anda tidak perlu menyental dengan kuat bagi meratakan cecair bedak asas yang terlekat lembut pada hujung span, cukup sekadar dilayang manja pada kulit.

Mea melakukan dmeonstrasi mekap untuk pelajar akademiknya.

Katanya, produk dihasilkan juga disertakan dengan bahan pelindung cahaya suria SPF50 dan hampir keseluruhan produk dihadirkan dalam bekas bersifat mesra pengguna dan mudah dibawa atau dikendalikan.

 

Bedak polos Loose Your Fake Micro-Fil Play! Cosmetics.

4 Fakta Menarik Mengenai Play! Cosmetic

# Penjualan produk Play! Cosmetic bermula di dapur rumahnya kerana ketika itu, dia belum memiliki akademik solekan.

# Antara artis yang pernah menggunakan kepakaran Mea dalam solekan ialah Anuar Zain dan David Foster.

# Produk Play! Menggunakan vitamin C yang diimpot dari Jepun.

# Produk Play! Menggunakan bahan asas seperti sweet almond oil, jojoba dan camomile yang sangat bermanfaat untuk anti penuaan.

# Idea menghasilkan produk bedak asas bermula apabila Mea mengajar di kelas solekan dan penuntut bertanya di manakah mereka boleh mendapatkan produk yang berkualiti dan mudah dikendalikan.

# Setiap kali ke luar negara, Mea akan  berhubung dengan jurusolek tempatan bagi bertukar idea dan mendapatkan ilmu terkini dalam bidang solekan dan tatarias.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 13 Jan 2023
Featured Mon, 29 Jan 2024

Individu Wanita Dituduh Pecah Amanah, Dakwa Pelakon Wanita Popular ‘Spin’ Banyak Cerita?

Panas! Agak-agak siapa pelakon wabita popular tu?🔥🔥🔥

Featured Wed, 6 May 2020

Cetakan eko rakam keindahan alam pada fabrik

Unik dan tanda sokongan pada alam

Featured Fri, 27 Mar 2020
Featured Tue, 17 Jul 2018

Tak Suka Makan Durian? Anda Mungkin Ubah Fikiran Selepas Ketahui Khasiat Raja Buah Ini

Anda boleh mula ‘jinak-jinakkan’ diri dengan meminati dan makan buah durian selepas membaca manfaatnya.