Featured By: Fadzlena Jafar May 12, 2020 @ 8:27pm

Hanya 16 kes baharu positif COVID-19 hari ini, tetapi rakyat tetap bimbang gelombang kedua

Meskipun hanya 16 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan hari ini, sebahagian besar rakyat Malaysia tetap melahirkan kebimbangan kemungkinan berlaku gelombang kedua apabila Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB).

Pengalaman Jepun dan Korea Selatan yang menyaksikan penularan wabak COVID-19 lebih dahsyat apabila kerajaan kedua-dua negara menamatkan PKP antara faktor yang meresahkan rakyat, lebih-lebih lagi apabila kebanyakan pusat beli-belah di negara ini dipenuhi pelanggan sejak Sabtu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berbeza dengan beberapa negara yang dilanda gelombang kedua selepas menamatkan PKP, Malaysia pula mengambil langkah untuk kekal menutup pintu masuk antarabangsa, malah memastikan setiap rakyat yang pulang ke tanah air dikuarantin wajib selama 14 hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. (Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH)

Sehubungan itu, katanya, kepatuhan masyarakat terhadap prosedur operasi standard (SOP) akan menjadi penentu sama ada berlaku gelombang kedua atau sebaliknya.

“Kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mengambil langkah sewajarnya termasuk  tidak membuka sempadan kepada pelancong luar dan memantau penularan tempatan dengan memastikan semua pesakit yang dijangkiti diasingkan serta dirawat di hospital.

“KKM juga memastikan golongan berisiko seperti warga emas dan pesakit termasuk yang perlu menjalani pembedahan disaring, selain meningkatkan keupayaan di semua hospital awam jika perlu berdepan dengan penularan baharu.

“Oleh itu, kini terpulang kepada rakyat untuk memastikan gelombang kedua yang berlaku di negara lain tidak berlaku di Malaysia. Ini termasuk mematuhi SOP ditetapkan KKM dan jangan keluar rumah jika tidak perlu,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan media mengenai kebimbangan rakyat terhadap pelbagai kelonggaran yang diberikan apabila PKPB dilaksanakan.

Orang ramai terus mengamalkan norma baharu dengan melakukan penjarakan sosial ketika beratur untuk membeli barangan keperluan harian di sebuah pasaraya dalam suasana PKPB. (Gambar BERNAMA)

Daripada 16 kes baharu yang dilaporkan hari ini, terdapat tiga kes import dan 13 kes penularan tempatan termasuk sembilan kes membabitkan bukan warganegara Malaysia. Jumlah berkenaan merupakan kes harian terendah yang pernah dicatatkan sejak kebelakangan ini.

Oleh itu, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,742 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,410 kes.

Selain itu, terdapat 110 kes yang pulih dan dibenarkan keluar hospital pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 5,223 kes  atau 77.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sehingga kini, seramai 16 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, hanya tiga kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) turut melaporkan tiada kes kematian berkaitan COVID-19 setakat ini, justeru jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 109 kes (1.62 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Dr Noor Hisham berkata, meskipun COVID-19 kini sudah berada dalam kalangan masyarakat, penemuan kes sporadik membabitkan pesakit tidak bergejala (asymptomatic) menunjukkan tidak sampai 1 peratus daripada persampelan yang dilakukan.

Katanya, dapatan itu berdasarkan tindakan KKM menjalankan survelan klinikal iaitu pengesanan dan persampelan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) di lokasi sentinel (Klinik Kesihatan KKM) seluruh negara serta kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di semua hospital KKM.

“Setakat minggu epid ke-18, sebanyak 9,010 sampel sudah diambil daripada pesakit kes ILI dan SARI. Daripada jumlah keseluruhan itu, hanya 81 sampel disahkan positif COVID-19 iaitu 0.9 peratus.

“Secara keseluruhannya, terdapat penurunan kes positif COVID-19 yang dikesan melalui SARI. Jika dibandingkan, pada minggu epid ke-13, kadar positif adalah sebanyak 8.7 peratus, iaitu 25 kes dikesan daripada 288 sampel SARI, manakala pada minggu epid ke-18 pula, kadar positif adalah 0.13 peratus iaitu satu kes dikesan daripada 772 sampel SARI,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 23 May 2022

Aplikasi Cari Jodoh ‘Punca’ Kanak-Kanak 12 Tahun Dirogol 

Allahuakbar, 12 tahun dah cari jodoh.. Tak memasal hm

Featured Thu, 30 Jun 2022

[VIDEO] Pembantu Pulang Ke Kampung Halaman, Eina Azman Sedih! – “Saya Macam Lost Kejap”

Alahai min pun sebak tengok video tu 😥 Bukan senang nak dapat majikan dan pekerja baik macam tu kan?

Featured Thu, 11 Nov 2021

“Tak Tahulah Pula Ada Sampai Termuntah Darah…” – Terima Pujian & Kritikan, Kekasih Hati Mr Bodyguard Akan Ada Sambungan?

Drama bersiri popular Kekasih Hati Mr Bodyguard lakonan Redza Rosli dan Sharifah Rose yang telah berakhir pada minggu lalu mendapat sambutan hangat orang ramai. Namun, terdapat ramai juga netizen yang memberikan komen negatif berhubung drama […]

Cahaya Mata Wed, 18 Jan 2023

[VIDEO] Comelnya Anak Eyra Hazali Merajuk Nak Makan – “Siapa Ajar Macam Itu…”

Anak kepada pelakon Eyra Hazali iaitu Hayder Qhalish sememangnya sering mencuit hati ramai dengan gelagat dan telatah comel yang membuatkan ramai geram. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok @dhaniahsahrom […]

Featured Tue, 28 Sep 2021

Kerajaan Wajar Tambah Pengeluaran i-Citra, Ubah Bayaran Dividen Kepada Struktur Berperingkat

KWSP disarankan menaikkan pengeluaran i-Citra dan mengubah pembayaran dividen kepada struktur berperingkat. Cadangan itu diutarakan oleh Ahli Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini. “Seperti kita sedia maklum, berjuta-juta […]

Featured Tue, 23 May 2023