Featured By: Fadzlena Jafar April 20, 2020 @ 8:00pm

Hanya 36 kes baharu positif COVID-19, tiada kematian dicatat

Malaysia mencatat jumlah kes jangkitan harian terendah, iaitu hanya 36 kes hari ini sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 April 2020, sekali gus petunjuk awal negara hampir berjaya memerangi COVID-19.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan selain penurunan kes jangkitan harian itu, hari ke-34 PKP ini juga menyaksikan tiada kes kematian dicatat, dengan itu kes kumulatif kematian di Malaysia kekal 89 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian perkembangan jangkitan COVID-19 di Putrajaya. (Gambar NSTP)

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata meskipun jumlah kes jangkitan harian semakin menurun, masyarakat diingatkan penularan wabak COVID-19 boleh kembali meningkat berikutan kes import dan kluster baharu yang dikesan.

“Penurunan kes harian yang dilihat sejak kebelakangan ini adalah hasil tindakan proaktif dan agresif dalam mengesan kes yang dijalankan terutama dalam tempoh dua minggu yang lalu.

“Bagaimanapun, bilangan kes baharu mungkin boleh meningkat dalam tempoh dua minggu akan datang memandangkan aktiviti pengesanan kes masih giat dijalankan terutama ke atas rakyat yang baru pulang ke Malaysia dan di lokaliti yang terlibat di bawah PKP Diperketat (PKPD),” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Sehingga 20 April 2020 jam 12 tengah hari, CPRC melaporkan 36 kes baharu yang dikesan itu menjadikan jumlah kes jangkitan sebanyak 5,425 kes  daripada 113,055 indvidu yang sudah diuji atau sebanyak 4.7 peratus.

Jumlah kes sembuh dan dibenarkan keluar hospital hari ini sebanyak 98 kes, menjadikan jumlah kes yang sembuh sepenuhnya sebanyak 3,292 kes atau 60.7 peratus jumlah kes dengan kes kebolehjangkitan ialah 2,041 kes.

Dr Noor Hisham berkata, semua negara perlu memikirkan perancangan strategi keluar bagi mengawal penularan COVID-19 kerana selagi vaksin belum ditemui, WHO menjangkakan dunia mungkin akan berdepan dengan wabak berkenaan sehingga tahun depan.

Katanya, pelbagai kajian untuk mengenal pasti vaksin yang bersesuaian sedang dilakukan, namun ia akan mengambil masa antara setahun hingga setahun setengah sebelum vaksin berkenaan berada di pasaran.

Penduduk Kampung Baru terpaksa beratur panjang dalam cuaca panas menunggu giliran untuk ujian saringan COVID-19 berikutan Kampung Baru berada di dalam zon merah COVID-19. (Gambar NSTP/KHIS/MUSTAFFA KAMAL)

“Apa yang penting kini ialah kita perlu mengurangkan kes, tetapi kita belum dapat menamatkan kes jangkitan COVID-19 kerana mungkin akan berlaku kluster atau kes terpencil iaitu kes sporadik.

“Selain pengesanan dalam komuniti, KKM juga akan memantau kes penyakit berkaitan influenza (ILI) dan kes Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) kerana selagi kes berkenaan masih dikesan bermakna virus ini masih ada dalam komuniti.

“Oleh itu, KKM perlu menggunakan kaedah kesihatan awam iaitu pencegahan lebih baik daripada rawatan. Ini bermakna masyarakat perlu mengubah cara kelaziman hidup dan tingkah laku walaupun apabila PKP ditamatkan,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 27 May 2019

5 sebab gincu matte terus diminati pada tahun 2019

The Matte Love tonjol bibir lebih mungil

Featured Thu, 19 Jan 2023
Featured Mon, 6 Apr 2020
Featured Sat, 1 Dec 2018
Featured Sat, 31 Dec 2022

Bantu Mangsa Banjir Rantau Panjang, Warganet Beri Penghargaan Kepada Khairul Aming & Pasukan – “Terima Kasih Sebab Prihatin…”

Umum mengetahui, baru-baru ini beberapa negeri telah dilanda banjir teruk sehingga menyebabkan ramai mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS). Tampil menghulurkan bantuan, pempengaruh Khairul Aming dan team Sambal Nyet turun ke Rantau Panjang, Kelantan […]

Eat Travel Thu, 5 Jul 2018

Buat Ais Krim Goreng Anda Sendiri Dengan Resipi Mudah Ini

Jarang jumpa, kan? Tak perlu beli di kedai pun!

Featured Wed, 1 Feb 2023