Featured By: Yanie Baharom April 14, 2020 @ 10:00am

Hari-hari sapu losen tapi kulit macam tu juga. Ini mungkin 6 kesalahan yang kamu lakukan!

Barangkali ramai yang tidak tahu mengenai tip kecantikan ini. Jika anda melancong ke luar negara dan pada masa itu musim sejuk, bagaimanakah cara mandi yang betul untuk memastikan kulit tidak merekah? Selain mandi air panas, apakah seperkara lagi yang perlu dilakukan?

Tip dikongsikan sahabat penulis, Sarah Azlina Nazami yang kini menetap di Victoria, London, mencadangkan supaya mengelakkan daripada menggunakan sabun mandian kerana ia akan menyebabkan kulit bertambah kering.

Sebaliknya, gantikan sabun atau gel mandian dengan losen untuk memelihara kelembapan kulit.

Alang-alang memperkatakan mengenai produk penjagaan kulit yang dimiliki oleh setiap wanita ini, Hijab & Heels ingin menyentuh 6 kesalahan cara penggunaan losen yang sering kita lakukan.

1. Sapuan tanpa belaian

Foto: Freepik

Selembut tekstur dan baunya, begitulah juga cara yang sepatutnya ketika menyapu losen pada tubuh. Bukan digosok dengan kasar. Sebaiknya, sapu dengan gerakan memutar bermula dari kaki hingga ke leher.

2. Terus sapu pada kulit kering

Jika anda mengalami masalah kulit kering, elak menyapu losen pada bahagian bermasalah itu.

Sebaiknya, sental terlebih dulu kulit kering sebelum memakai losen. Jika tidak, losen tersebut kekal pada permukaan dan tidak meresap ke dalam kulit dengan sempurna.

3. Pakai losen badan pada muka

Jika anda sering melakukan hal ini, segera hentikan. Memakai losen pada muka adalah kesalahan dalam rutin kecantikan. Ini kerana kandungan losen badan terlalu berat untuk wajah.

4. Melengahkan pemakaian losen selepas mandi

Foto: Freepik

Untuk penyerapan yang lebih efektif, anda disarankan memakai losyen selepas mandi kerana kulit masih dalam keadaan lembap dan ini memudahkan losen untuk menyerap ke dalam kulit. Pastikan memakainya dalam tempoh 30 minit selepas mandi.

5. Perbezaan jenis losen

Rupa-rupanya tidak semua losen boleh digunakan pada semua bahagian tubuh. Beri perhatian pada hal ini, losen jenis krim untuk bahagian yang terlalu kering seperti lutut dan siku, manakala bahagian lain, gunakan losen jenis gel.

6. Memakai losen terlalu sedikit

Sama seperti memakai krim perlindungan matahari, losen juga perlu selalu dipakai secara kerap pada tubuh kerana kelembapan kulit akan terjejas selama anda berada di luar rumah.

Semakin lama anda terdedah pada matahari atau sejuk dalam satu-satu masa, semakin cepat tubuh menjadi kering dan dehidrasi. Sebaiknya, sapukan losen setiap 6 atau 7 jam sekali.

Sudah jelaskan peraturan memakai losen dengan betul? Mudah-mudahan panduan ini dapat memberikan kelembapan berpanjangan pada kulit anda!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 10 Apr 2023
Featured Thu, 4 Mar 2021

Bantuan Bersasar Tambahan Untuk Golongan Rentan

Semoga nasib gologan ini terbela..

Featured Fri, 27 Jan 2023

‘Inni Tawakkaltu’ Untuk Penguat Semangat, Hafiz Hamidun Muncul Single Baharu

Kesedihan dan kesusahan yang kita alami tidak selalunya difahami oleh semua orang – Hafiz Hamidun

Featured Thu, 10 Jan 2019
Featured Mon, 20 Jun 2022
Gaya Hidup Mon, 7 Oct 2019

Panduan penjagaan rambut bagi wanita bertudung

Dapatkan rambut yang cantik dengan penjagaan yang betul!

Oh Lawa Mon, 21 Oct 2019

Adidas buka butik kanak-kanak pertama di dunia

Pelbagai rekaan disediakan dari bayi hingga remaja