Featured By: Fadzlena Jafar April 10, 2020 @ 11:27pm

Hasil bedah siasat temui COVID-19 pada permukaan badan mayat

Hasil bedah siasat yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) ke atas mayat seorang pesakit yang meninggal dunia disebabkan komplikasi berkaitan COVID-19 menemui virus berkenaan pada permukaan badan mayat.

Bedah siasat oleh Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) itu dijalankan di bawah Seksyen 19, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 iaitu Akta 342.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bedah siasat itu mengesahkan pandangan KKM dalam menentukan tatacara pengurusan mayat pesakit yang positif COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. (Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH)

“Penemuan bedah siasat mendapati terdapat virus COVID-19 dikesan pada permukaaan badan mayat melalui analisa real time polymerase chain reaction (PCR) yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

“Virus juga dikesan dalam organ dalaman, air kencing dan cecair badan mayat berkenaan,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, video dan gambar pengebumian jenazah pesakit yang meninggal akibat COVID-19 mendapat pelbagai maklum balas masyarakat berikutan peraturan yang ditetapkan KKM khususnya waris tidak dibenarkan melihat jenazah sebelum dikebumikan.

Selain itu, video mengenai tatacara pengurusan jenazah pesakit yang positif COVID-19 tular di laman sosial sehingga menimbulkan pertikaian dalam kalangan masyarakat terutama jenazah yang hanya ditayamum selepas dibalut dengan plastik.

Jenazah pesakit yang meninggal dunia akibat COVID-19 hanya dikebumikan petugas kesihatan tanpa kehadiran waris. (Gambar NSTP/IHSAN PEMBACA)

Dr Noor Hisham berkata, hasil penemuan IPFN itu mengesahkan tatacara pengurusan bagi jenazah pesakit beragama Islam yang meninggal dunia akibat COVID-19 dilaksanakan mengikut prosedur yang betul.

“Penemuan baharu itu adalah selaras dengan pandangan yang dikemukakan KKM sebelum ini dan dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam yang bersidang pada 15 Mac 2020 dan Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao pada 16 Mac 2020.

“Tatacara itu merangkumi pengurusan jenazah Islam yang mana hanya dibenarkan untuk ditayamum di atas permukaan beg jenazah, manakala bagi mayat bukan Islam apa-apa upacara keagamaan dan tradisi hanya dibuat di atas permukaan beg mayat,” katanya.

Sementara itu, jumlah kes baharu positif COVID-19 hari ini adalah seramai 118 kes menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan di Malaysia sebanyak 4,346 kes, manakala kes sembuh yang dibenarkan keluar daripada hospital hari ini ialah 222 kes meningkat kepada 1,830 kes.

Bagaimanapun, sebanyak tiga kes kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat COVID-19 sebanyak 70 kes.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 12 May 2023
Featured Wed, 8 Dec 2021

“Ni Kalau Mak Saya Tahu, Habislah Kedai Runcit Semua Habis Stok” – Wanita Ini Kongsi Cara Buat Pokok Subur Pakai Serbuk MSG

Siapa sangka, selain baja, kita juga boleh menggunakan serbuk monosodium glutamat (MSG) untuk menyuburkan tanaman. Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok dengan nama @kakria memuat naik satu video menunjukkan dia sedang menabur serbuk MSG menggunakan sudu […]

Featured Fri, 28 Oct 2022

Merajuk Tak Dapat Lipstick, Celoteh Anak Izara Aishah Raih Perhatian

Tular sebuah video pelakon Izara Aishah bersama anaknya, Irisa Alaia yang pada awalnya ceria bertukar monyok hanya kerana tidak mendapat gincu. Memek muka Irisa yang mencebikkan mulut lalu menangis dalam video berdurasi 17 saat yang […]

Featured Tue, 19 Sep 2023

Polis Mula Siasatan Terhadap Ebit Lew

Moga kebenaran berpihak pada yang benar 🔥

familuv Tue, 12 May 2020

Cara elak si kecil buat perangai depan tetamu

Walaupun di rumah  sendiri, perlu berkelakuan baik

Featured Tue, 23 May 2023

“Tayang Jub*r Hari-Hari, Berlakon Satu Award Tak Dapat!” – Puteri Balqis Tempelak Aktres Muda Wanita Umur 14 Tahun?

Aqish kata aktres wanita muda selalu buat content cringe.. siapa tu ek? 🥵😌