Featured By: Yanie Baharom July 1, 2019 @ 9:00am

Heart Evangelista, si jelita hartawan berjiwa seni…

Cantik, kaya, berbakat dan berpengaruh, itulah yang boleh digambarkan mengenai kehidupan wanita bertuah ini.

Sangat terkenal di negaranya Filipina, kerana sering menghiasi kaca televisyen menerusi variasi telenovela dan komersil semenjak berusia 13 tahun, Heart Evangelista atau namanya Love Marie Payawal Ongpauco, mencipta populariti tidak hanya bersandarkan rupa paras menawan, akan tetapi bakat seninya.

Dia bukan saja boleh berlakon dan menyanyi, malah berkebolehan melukis juga!

Sedikit latar belakang wanita berjiwa seni ini, Heart dilahirkan pada 14 Februari 1985 di Manila, Filipina, kemudian dibesarkan di United Kingdom sebelum kembali semula ke tanah air ketika usia remaja.

Foto: Instagram Heart Evangelista

Sepanjang lebih 20 tahun bergelar pelakon, bermacam-macam drama, filem dan program televisyen sudah dibintangi selebriti berbakat besar ini. Antara filem yang berjaya menaikkan namanya di pentas lakonan ialah ‘Ay, Ayeng’, Trip dan My First Romance. Dalam pada itu, Heart juga aktif melibatkan diri sebagai hos dan turut dikurniakan bakat dalam bidang nyanyian.

Kerap muncul dalam klip video muzik penyanyi di Filipina selain membintangi video muziknya sendiri, Heart juga menghasilkan empat album kompilasi pada tahun 2002 hingga 2005.

Mewarisi kecantikan ibu dan ayah, bapanya Reynaldo Evangelista Ongpauco ialah pengusaha restoran terkemuka berketurunan Filipina-China.

Sehari selepas menyambut ulang tahun kelahiran ke-30, Heart melangsungkan perkahwinan gilang-gemilang bersama lelaki pilihan yang juga ahli politik Filipina, Senator Francis Escudero pada 15 Februari 2015 di Balesin Island Club secara tertutup.

Foto: Instagram Heart Evangelista

Tidak hanya bersandarkan kepada kekayaan dan populariti suami tersayang semata-mata, Heart bekerja keras untuk memiliki apa yang diimpikan dan mencari peluang untuk mengembangkan potensi dalam bidang seni.

Pernah memenangi puluhan anugerah hasil lakonan mantapnya, Heart kini bergelar usahawan, penulis, ikon fesyen dan pengarah urusan. Tidak cukup dengan itu, dia juga aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan yang mengangkat nasib golongan kanak-kanak khususnya dalam bidang pendidikan. Disebabkan sifat penyayang yang menebal dalam dirinya, Heart tidak kekok turun padang bersama suami bertemu masyarakat.

Puas menjadi pelakon, hos dan penyanyi, Heart turut meminati dunia lukisan dan menyertai pelbagai pameran seni. Karya lukisan yang dihasilkannya cukup mengagumkan!

Foto: Instagram Heart Evangelista

Foto: Instagram Heart Evangelista

Bukan hanya pandai melukis di atas kanvas, wanita berusia 34 tahun ini turut menzahirkan kreativiti seninya dalam fesyen dengan menjalinkan kerjasama dengan pereka handalan.

Sentuhan magisnya melatari beg tangan berjenama mewah, Hermes!

Foto: Instagram Heart Evangelista

 

 

Menyentuh gaya hidup aktres ini, Heart selesa berkongsi rutin harian di laman media sosial. Bahkan dia juga mempunyai saluran YouTube sendiri. Terbaru, jurucakap Philippine Animal Welfare Society (PAWS) ini memuat naik video closet tournya. Tak ubah seperti sebuah butik mewah… video tersebut mencecah hampir 4 juta tontonan!

Dalam video itu juga Heart berkongsi koleksi pakaian, kasut, cermin mata hitam, beg tangan dan pelbagai aksesori mewah lain yang ada di dalam ruang simpanan eksklusif berkenaan.

Lebih menarik bila Heart menayang salah satu koleksi beg tangan mewah yang dimilikinya iaitu Birkin Himalayan Crocodile yang mencecah nilai hingga jutaan ringgit!

Sambil berseloroh, Heart berkata kalau berlaku kebakaran dia akan selamatkan beg tangan itu dahulu.

 

Sumber video: Youtube

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 6 Nov 2018

Memang Cool Habis Koleksi Perabot Rekaan Lenny Kravitz, Se’cool’ Orangnya!

Kravitz mengekspresi bakat beliau dalam dunia hiasan dalaman, produk yang terhasil menjadi glamor dan penuh gaya.

Featured Fri, 22 Feb 2019
Gaya Hidup Thu, 8 Mar 2018

Rasa Sakit Ketika Kencing? Ini Tip Untuk Elak Daripada Masalah Kencing Kotor

Wanita merupakan golongan yang berisiko tinggi terkena jangkitan kuman di saluran kencing atau istilah lainnya kencing kotor.

Gaya Hidup Fri, 29 Jun 2018

Kalau Nak Rambut Kekal Sihat Dan Tak Gugur, Ikuti Tip Penjagaan Rambut Oleh Yuna

Tip penjagaan rambut oleh Yuna ini memang patut anda praktikkan!

Featured Fri, 10 Apr 2020

Tempoh PKP dilanjutkan sehingga 28 April

Fasa tiga bermula 15 April 2020

Gaya Hidup Mon, 9 Jul 2018

Gara-Gara Kerap Bermain Telefon Bimbit Ketika Baring, Tulang Belakang Gadis Ini Melengkong 50 Darjah

Ini padahnya bila syok sangat bermain telefon dalam posisi mengiring!

Gaya Hidup Thu, 25 Oct 2018

Kalau Nak Bibir Lembut Dan Cerah, Lakukan Skrub Bibir Guna Berus Gigi Ini

Skrub bibir berfungsi untuk menyingkirkan sel-sel mati dan menggalakkan pembinaan kolagen.

Featured Fri, 5 Oct 2018
Eat Travel Fri, 29 May 2020
Featured Tue, 6 Nov 2018

Menurut Kajian, Makan Buah Pir Berkulit Merah Boleh Cantikkan Kulit

Lagi banyak makan, lagi cantik kulit anda!

| Live TV