Featured By: Ad Ops February 2, 2018 @ 9:00am

High Heels Cantik, Tapi Undang Bahaya

High heels atau kasut tumit tinggi memang cantik digayakan, tetapi tahukah anda bahawa pemakaian item fesyen ini punya kesan negatif kepada tubuh badan. Antara risiko atau efek yang mungkin menyerang penggemar kasut tumit tinggi jika terlalu kerap atau lama menggayakannya ialah sakit lutut, sakit saraf, tubuh melengkung, sakit tulang belakang, betis memendek dan kulit mengeras.

Selain itu, si pemakai juga berhadapan dengan risiko bunion (hallux valgus) iaitu ibu jari kaki masuk ke dalam ke arah jari kedua sehingga menyebabkan benjolan pada bahagian luar kaki di sebelah ibu jari kaki. Risiko lain yang biasa didengari ialah sakit leher, sakit bahu, kencing tak lawas, pembesaran tulang di belakang tumit dan juga jari bengkok.

Namun, tahukah anda bahawa pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menjadi faktor payudara kendur. Menurut hasil laporan daripada saintis New York, salah satu punca kekenduran payudara wanita adalah pemakaian kasut tumit tinggi secara berterusan. Amalan ini boleh melemahkan otot- otot di bahagian dada dan boleh menyebabkan payudara kendur dan kelihatan tidak menarik.

Kasut tumit tinggi akan menyebabkan otot dari bahagian belakang tumit sehingga ke bahagian belakang badan menjadi tegang. Ini membuatkan posisi badan secara tidak langsung akan membongkok ke depan. Akibatnya, postur badan akan membongkok, sakit dan payudara akan mengendur serta melurut ke bawah.

Selain payudara kendur, kasut tumit tinggi juga ada kaitan dengan kanser. Menurut buku Dr David Agus, seorang pakar kanser terkemuka dan profesor perubatan di University of Southern California berjudul ‘A Short Guide to a Long Life’ mendakwa pemakaian kasut tumit tinggi yang tidak selesa boleh mencetuskan tahap keradangan kerana tubuh bergelut untuk menyesuaikan diri dengan postur badan yang luar biasa.

Pakar Kesihatan dan Kecergasan, Dax Moy pernah berkata pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menjejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita sekaligus menjejaskan peluang untuk mendapatkan zuriat. Tambah Moy, pemakaian kasut tumit tinggi juga boleh menganggu kitaran haid dan membuatkan rambut gugur.

Sumber: Aplikasi Wanita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 21 Nov 2021

“Bila Mengamuk, Tahu Pun Mahu Diam” – Wanita Bengang Perniagaan Sering Diganggu Hantu

Sebuah klip video memaparkan seorang wanita bertindak berani memarahi makhlus halus kerana sering mengganggu perniagaannya viral di aplikasi TikTok. Menerusi video tular yang dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @beaufit04, berkongsi mengenai seorang wanita yang […]

Featured Thu, 8 Dec 2022

Risau Anak-Anak Kurang Kasih Sayang, Aeril Zafrel & Wawa Zainal Tak Rancang Tambah Zuriat – “Syukur Ada 4, Kalau Lebih Tu Bonus”

Keluarga bahagia ni ❤️ Aeril kata akan berlakon semula selepas 2 tahun berehat! Fuhh tak sabar

Featured Wed, 14 Nov 2018

14 Simptom Lazim Yang Menunjukkan Anda Menghidap Penyakit Kencing Manis

Sesetengah pesakit tak tahu pun mereka menghidap penyakit ini!

Eat Travel Wed, 7 Nov 2018

Muzium Ais Krim Di San Francisco Ini Memang Unik & Colourful!

Foto anda mesti ‘manis-manis’ semuanya!

Featured Thu, 2 Dec 2021

Umur 18 Tahun Kini Layak Mengundi, Pendaftaran Automatik Pengundi 18 Tahun Ke Atas Dilaksana 15 Disember

Penguatkuasaan pendaftaran automatik bagi pengundi berumur 18 tahun ke atas akan diwartakan bermula 15 Disember ini. Perkara ini disiarkan oleh Jabatan Peguam Negara menerusi Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 1 Disember yang turut mengandungi nama Setiausaha […]