Featured By: Shaidah Shafie January 14, 2020 @ 11:38am

Hindari influenza, ketahui bagaimana mengelakkan diri daripada dijangkiti

Kematian seorang murid Tahun 1 di Johor akibat jangkitan Influenza A, semalam menimbulkan kebimbangan banyak pihak. Kanak-kanak perempuan itu yang dikatakan dikesan menghidap Influenza A sejak minggu lalu mulai tenat beberapa hari kemudian, namun imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) yang dilakukan ke atas kanak-kanak itu kelmarin menunjukkan otak mangsa sudah mati, sebelum pihak hospital mengesahkan si kecil meninggal dunia jam 10.41 malam tadi.

Perunding Dalaman Perubatan dan Penyakit Berjangkit Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Dr Muhamad Yazli Yuhana, berkata bagi mengelakkan jangkitan Influenza A, ibu bapa perlu mengetahui gejala Influenza A dan mendapatkan rawatan segera sekiranya anak mereka menunjukkan gejala berkenaan.

“Antara gejala utama Influenza A ialah demam panas diikuti batuk, gatal-gatal pada badan, sakit tekak dan hidung berair, namun sesetengah penghidap Influenza A tidak mengalami demam

“Satu lagi gejala yang paling mudah dikesan ialah jika mengalami  sakit tekak kerana virus influenza akan merebak melalu tekak selain demam dialami juga semakin melarat,” katanya ketika sesi perkongsian  Wabak Influenza: Kurangkan Penyebarannya! pada majlis ABC for Health anjuran Antabax dengan kerjasama Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Pengurus Kanan Jenama Antabax, Vivian Lee. Kempen ABC for Health dimulakan oleh Antabax pada tahun 2018 untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid prasekolah dan sekolah rendah. Ia telah melibatkan lebih 6,000 orang murid di seluruh negara.

Dr Yazli dan wakil Antabax serta kakitangan hospital membuat demonstrasi membersihkan tangan sempena kempen ABC For Health Antabax dengan Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Gambar NSTP/AMIRUDIN SAHIB.

Influenza A ialah penyakit berjangkit yang disebabkan jangkitan virus Influenza A. Terdapat tiga jenis influenza, iaitu influenza A, B dan C, namun Influenza A lebih kuat berbanding Infuenza B dan C, selain paling kerap menjangkiti manusia kerana setiap tahun virus ini bermutasi untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Difahamkan, ketika ini sekolah yang melaporkan kes murid dijangkiti Influenza A akan mendapat pemantauan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan saringan bagi semua murid lain.

Dr Muhamad Yazli berkata, Influenza A boleh memudaratkan terutama jika virus berkenaan menjangkiti penghidap asma, individu yang sudah berusia atau kanak-kanak, justeru mereka yang termasuk dalam kategori berkenaan perlu peka dengan tahap kesihatan diri.

“Influenza A merebak menerusi pelbagai cara, namun penjagaan kebersihan diri terutama mereka yang sudah dijangkiti dapat mengelakkan penyakit ini daripada merebak. Virus influenza akan merebak melalui titisan seperti batuk atau bersin yang menyebabkan titisan air keluar daripada mulut atau atau hidung.

“Jangkitan boleh berlaku menerusi titisan air dan sekiranya penghidap menutup mulut menggunakan tangan ketika bersin atau batuk, sekali gus menyebabkan tangan itu menjadi tempat untuk menyebarkan virus berkenaan,” katanya.

Kanak-kanak, warga tua dan pesakit kronik berisiko dijangkiti virus Influenza A. Gambar hiasan/NSTP

Antara langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan virus berkenaan daripada merebak adalah bermula dari rumah, umpamanya ibu bapa perlu memastikan anak supaya menjaga kebersihan dengan kerap membasuh tangan trutama apabila bersin atau batuk. 

Selain itu, beliau berkata, pengambilan vaksin Influenza A dalam kalangan individu berisko juga penting bagi mencegah daripada dijangkiti, malah penghidap Influenza A dan keluarga perlu dikuarantinkan di rumah supaya tidak menyebabkan virus berkenaan kepada orang lain.

“Langkah paling mudah yang boleh dilakukan jika individu disahkan menghidap influenza adalah menutup mulut apabila bersin atau batuk, bersihkan tangan dengan betul, minum banyak air dan berehatlah di rumah kerana tindakan yang dilakukan ini boleh menyekat virus influenza daripada merebak dan menjangkiti orang lain.

“Bagaimanapun, jika demam dan sakit tekak semakin melarat dan berpanjangan, usah bertangguh untuk ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut mahupun mendapatkan nasihat doktor,” katanya.

Sementara itu, Lee berkata, kerjasama pelbagai pihak penting bagi membendung penyakit berjangkit seperti Influenza A yang kini menjadi ancaman masyarakat daripada merebak.

“Kerjasama semua pihak amat penting dalam keadaan ini, misalnya Antabax mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan kempen kesedaran bagi menggalakkan masyarakat untuk menjaga kebersihan.

“Cara paling mudah adalah dengan sentiasa membasuh tangan. Walaupun kita sering membersihkan tangan dengan air, sangat sedikit yang menggunakan sabun untuk membasuh tangan mereka. Membasuh tangan menggunakan sabun boleh menghilangkan kuman dengan lebih efektif.” katanya. 

Membasuh tangan menggunakan pembersih penting bagi memastikan tangan bebas kuman atau bakteria. Gambar NSTP/AMIRUDIN SAHIB.

Golongan berisiko tinggi dijangkiti Influenza A seperti:

  1. Bayi
  2. Kanak-kanak kecil
  3. Warga emas
  4. Wanita hamil
  5. Pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung 

Gejala awal Influenza A untuk orang dewasa adalah:

  1. Demam dan menggigil
  2. Demam tinggi yang tidak surut walaupun sudah mengambil paracetamol
  3. Sakit kepala dan otot
  4. Sakit tekak dan batuk
  5. Selesema

6 langkah mudah mencegah Influenza A:

  1. Basuh tangan dengan sabun selepas menutup mulut ketika batuk/bersin atau menyentuh permukaan tercemar
  2. Tutup mulut dan hidung dengan tisu ketika bersin atau batuk
  3. Hindari berada di tempat awam atau jauhi tempat bertutup
  4. Jangan menghantar anak ke pusat jagaan buat seketika bagi menghindari anak terkena jangkitan
  5. Gunakan penutup mulut dan hidung sekiranya terpaksa berada di kawasan awam
  6. Pastikan anda dan anak mengambil imunisasi vaksin influenza yang boleh didapati di klinik atau hospital

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Wed, 27 Jun 2018

‘Pulang’ Rapatkan Semula Hubungan Remy Ishak Dengan Bapa

Pulang sedarkan Remy Ishak tentang pengorbanan seorang bapa yang perlu dihargai.

Featured Thu, 17 May 2018

12 Cadangan Hidangan Sahur Yang Sihat, Mudah Dan Bekalkan Tenaga

Tak ada idea nak bersahur dengan apa? Di sini ada beberapa cadangan mudah dan ringkas.

Featured Sat, 14 Dec 2019
Sihat Wed, 1 Aug 2018

5 Minuman Power Yang Boleh Menurunkan Berat Badan Dengan Mudah & Cepat

Minuman ini ternyata membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak dan menurunkan berat badan dengan lebih cepat.

Featured Tue, 4 Feb 2020
familuv Sat, 19 Oct 2019

Panduan mudah menyusu bayi sumbing, barulah bayi kenyang!

Penyusuan lebih lancar jika ikut cara yang betul

Semarak Wed, 23 May 2018

Ikuti Tip-Tip Ini Supaya Anda Kekal Sihat Dan Bertenaga Sepanjang Ramadan

Tak sah kalau tak rasa letih, jadi amalkan beberapa perkara ini agar sentiasa sihat.

familuv Tue, 1 Jan 2019

Bila Jadual Harian Anak Terlalu Padat Dengan Pelbagai Aktiviti, Ini Akibatnya!

Kanak-kanak bukan saja hilang tumpuan untuk belajar tetapi juga selera makan!

Eat Travel Thu, 28 May 2020

| Live TV