familuv By: Fadzlena Jafar April 27, 2020 @ 5:00pm

Hukum puasa Ramadan jika tidak mengerjakan sembahyang

Sepanjang Ramadan adalah waktu terbaik untuk mendidik anak bersembahyang, malah ibu bapa wajib memastikan anak-anak terutama yang sudah akil baligh untuk mengerjakan sembahyang fardu dan sebaik-baiknya sembahyang sunat.

Mengajak anak-anak untuk mengerjakan sembahyang sebaik masuk waktu ketika mereka masih kecil akan menjadikan mereka terbiasa dengan keadaan itu apabila meningkat dewasa.

Bagaimanapun, sepanjang Ramadan, ada segelintir masyarakat yang mungkin terlepas sembahyang Subuh lebih-lebih lagi jika bersahur awal pada jam 3 pagi.

Bagi memastikan anak-anak tidak meninggalkan solat Subuh, amalkan bersahur pada jam 4.30 pagi atau sekurang-kurangnya 30 minit menjelang Imsak supaya anda boleh terus mengerjakan sembahyang Subuh secara berjemaah.

Menerusi perkongsian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam laman sosial Instagram, seseorang yang berpuasa tanpa mengerjakan sembahyang umpama bekerja tanpa gaji.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Reposted from @kisahzakatmalaysia Berpuasa Tanpa Solat Umpama…..

A post shared by JAKIM (@myjakim) on

Dalam erti kata lain, di sisi manusia seseorang yang berpuasa itu tampak mulia, tetapi di sisi Allah amalan berkenaan menjadi sia-sia kerana tidak mengerjakan sembahyang yang juga wajib dilakukan.

Ketika ini terdapat pelbagai pendapat, ada ulama yang menyatakan seseorang yang meninggalkan sembahyang yang juga satu daripada Rukun Islam termasuk dalam orang yang kufur, malah ada juga yang mengkafirkan individu berkenaan.

 

Sumber: Facebook Koleksi Nasihat Ustaz.

Bagaimanapun, menurut kenyataan menerusi laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, jabatan berkenaan mengambil pendekatan berbeza berdasarkan pendapat Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya.

Fatwa Muasirah: “Orang Islam dituntut melakukan semua ibadat, iaitu mendirikan sembahyang, membayar zakat dan berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji jika berkemampuan. Sesiapa yang meninggalkan satu daripada ibadat ini tanpa keuzuran, dia telah melampaui batas terhadap Allah.”

Sehubungan itu, sebahagian ulama berpendapat seseorang yang meninggalkan sembahyang ketika berpuasa itu masih Islam selagi dia mempercayai kebenaran Allah dan juga Rasul-Nya, tetapi individu itu dianggap fasik, iaitu orang yang berdosa besar kerana tidak mempedulikan perintah Allah.

Perkongsian berkenaan turut menyatakan rumusan pendapat ulama berkenaan dengan orang yang puasa, tetapi tidak mengerjakan sembahyang fardu, antaranya:

  1. Mazhab Hambali dan sebahagian ulama masa kini berpendapat mereka dianggap sebagai keluar daripada Islam dan tidak sah puasa mereka. Individu berkenanaan jug perlu bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat.
  1. Mereka yang tidak solat, tetapi berpuasa dianggap puasa mereka sah, namun tidak diberi pahala. Inilah pendapat kebanyakan ulama Azhar seperti ‘Atiyyah Saqar, Dr. Ahmad Syarbashi, Dr. Muhemmed al-Bakri Ismail dan lain-lain.

Pendapat kedua itu berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Siapa yang meninggalkan ucapan yang keji dan beramal dengannya, maka tiada keperluan bagi Allah dengan sebab dia meninggalkan makan dan minumnya”. Riwayat Bukhari & Muslim

Dalam hubungan ini, sewajarnya ibu bapa memastikan anak-anak mengerjakan sembahyang dan cara terbaik adalah dengan sembahyang berjemaah bersama-sama semua ahli keluarga. Jangan sia-siakan puasa anda

KREDIT SUMBER: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 5 Apr 2020
Featured Tue, 22 May 2018

3 Selebriti Wanita Ini Kongsi Tip Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan

Ikuti cara pemakanan selebriti ini untuk kekal bertenanga di bulan puasa.

Featured Fri, 28 Sep 2018
Featured Tue, 25 May 2021

Penampilan Terkini Keluarga Wardina Saffiyah Di Australia Curi Perhatian Ramai

Suatu ketika dahulu nama pelakon Wardina Saffiyah seringkali menjadi kegilaan ramai anak muda terutama peminat sitkom Spanar Jaya. Namun, sejak mendirikan rumah tangga dan berhijrah ke Australia untuk menyambung pengajiannya, Wardina sudah jarang muncul di […]

Featured Fri, 1 Jun 2018

Dinobatkan Sebagai Ratu Cantik Kaamatan, Kemenangan Hosiani Sememangnya Sudah Dijangka

Hosiani sememangnya calon favourite dan sejak awal lagi disebut-sebut mengambil alih gelaran berprestij itu.

familuv Wed, 8 Aug 2018

4 Sajian Enak Berasaskan Brokoli Untuk Si Manja

Brokoli antara sayuran yang kaya dengan vitamin dan mineral.

Featured Wed, 25 Apr 2018

Ini 6 Penyebab Kulit Berkedut Yang Anda Takkan Sangka

Anda boleh pakai krim rawatan kedutan tapi kenapa nak merawat kalau anda boleh mencegah?

familuv Thu, 31 Jan 2019

| Live TV