Featured By: tex_admin November 15, 2018 @ 1:00pm

Ikat Rambut Gaya Ponytail Boleh Menyebabkan Sakit Kepala? Ini Puncanya

Anda suka ikat rambut gaya ponytail? Sekiranya suka, adakah tiap kali ikatan rambut tersebut buatkan anda berasa sakit kepala? Jika ya, anda dalam bahaya!

Menurut pendedahan oleh Dr. Denise E. Chou, pakar neurologi dan pembantu profesor neurologi di Pusat Perubatan Universiti Columbia, kekerapan mengikat rambut gaya ponytail atau ikatan ekor kuda ini boleh membunuh secara perlahan. 

Ini kerana, wanita yang mengalami sakit kepala semasa menggayakan rambut ponytail sebenarnya sudah terdedah kepada migrain. 

“Pesakit tidak menyedari bahawa mereka mempunyai migrain kerana ia sering tidak didiagnosis. Gangguan ini membawa kepada hipersensitiviti deria yang membuat saraf di sekeliling muka dan kulit kepala terlalu sensitif pada peringkat awalnya.

Foto: ELLE

“Apabila anda mengikat ponytail, tocang atau sanggul yang ketat, ia akan menarik saraf di kulit kepala. Penarikan saraf tersebut akan mengaktifkan saraf deria dengan lebih banyak.”

“Keadaan itu boleh menyebabkan sakit kepala atau mungkin ianya mula menyerang. Fenomena ini dipanggil utaneous allodynia iaitu persepsi kesakitan akibat rangsangan yang tidak menyakitkan,” jelas Chou.

Mungkin dalam kalangan anda tidak mengalami migrain, tapi sesiapa sahaja boleh terdedah kepada kesakitan ponytail ini yang disebabkan oleh ketegangan sistem saraf deria kepala. Cuba anda bayangkan sekiranya anda memang ada penyakit migrain, pasti bahaya ikatan ponytail ini kan?

Bagi penulis, anda boleh saja mengikat rambut gaya ini tapi anda perlu melonggarkan sedikit ikatan rambut, tidak terlalu ‘kuat’ supaya tidak berlakunya ketegangan sistem saraf. Lagi bagus guna saja penyepit rambut seperti ini:

Foto: Lovisa

Foto: Lovisa

Nak lagi selamat tak perlu ikat rambut!

Semoga bermanfaat!

Sumber: ELLE & Wanista

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 29 Aug 2022

“Letupan Tu Real” – Syafiq Yusof Utamakan ‘Wow Factor’ Berbanding Kos

Fuhhh letupan tu semua real tau! Rugi kalau tak tengok.

Featured Thu, 15 Feb 2024

“Saya Rasa Diri Tak Berguna”- Mimi Lana Menangis Kenang Penduduk Palestin Menjelang Ramadan 

Rasanya semua berfikiran sama macam Mimi😥 Apapun jangan berhenti berdoa untuk saudara kita di sana❤️

Featured Sun, 29 Mar 2020
Featured Thu, 5 Mar 2020

Peragawati ini kekal langsing walaupun sudah beranak tiga

Kurus cara Fadzlun Abas, mudah sahaja

Events Sat, 27 Aug 2022

Kazar Tidak Hadir Malam Gala, Ini Penjelasan Syafiq Yusof – “Kami Invite Dia, Tapi…”

Masing-masing sangat profesional! Tahu untuk bezakan hal peribadi dan kerjaya 😊

Featured Mon, 7 Nov 2022

[VIDEO] Tak Tertekan Soal Jodoh, Elfaeza Ul Haq Syukur Dihindari Maksiat – “Saya Tak Gemar Lelaki Suka Saya..”

Elfaeza tenang belum bertemu jodoh meskipun usia menghampiri 40 tahun ❤️