Eat Travel By: Yanie Baharom May 14, 2020 @ 3:21pm

IKEA dedah resipi bebola daging, boleh buat sendiri dan dijamin halal

Sebelum koronavirus melanda dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan,
ramai yang meluangkan hujung minggu mereka di IKEA.

Sesaknya IKEA seakan pusat beli-belah, walhal ia adalah gedung barangan perabot dan hiasan rumah yang mengenengahkan konsep praktikal dengan harga berpatutan.

Selain cuci mata, tinjau-tinjau atau memang mahu membeli kelengkapan rumah, ramai juga yang berkunjung ke IKEA untuk menikmati hidangan lazat di kafenya.

Bercakap mengenai kafe IKEA, hidangan Swedish Meatball atau bebola daging Sweden, antara hidangan popular yang menjadi kegemaran ramai.

Memandangkan keadaan sekarang memerlukan kita berada di rumah, pihak IKEA telah mengeluarkan resipi dan cara membuat bebola daging IKEA.

Berikut adalah resipi yang dikongkisan pengguna Facebook, Zan Zafirah Zainal yang diperoleh daripada laman sesawang rasmi IKEA Australia dengan beberapa perubahan yang dibuat oleh Zafirah:

1) Di luar negara, mereka menggunakan daging khinzir. Justeru Zarifah mengolahnya dengan menggantikan daging lembu cincang 750 gram.

2) Tak guna stok sayur dan stok daging, sebaliknya diganti dengan 2 kiub pati daging dan 300ml air.

3) Untuk kicap, Zafirah menggunakan kicap lemak manis.

Bagi mereka yang tidak dapat baca resipi dalam gambar, berikut ialah resipi yang Zahirah sertakan:

Bahan bebola daging:

750 gram daging cincang
100g serbuk roti
1 biji bawang besar , dicincang halus
1 ulas bawang putih, dicincang halus
1 biji telur
5 sudu besar susu krim penuh (full cream milk)
Garam dan lada hitam

Bahan sos krim:

40g mentega
40g tepung gandum
2 kiub pati daging
300ml air
2 sudu kecil kicap lemak manis
1 sudu kecil Dijon mustard
150ml krim masakan/krim putar Dairy

Cara memasak bebola daging:

1. Campur semua bahan di atas sampai sebati. Bulatkan jadi bentuk bebola daging. Kemudian, simpan dalam peti beku selama 20 minit sebelum masak.

2. Goreng sebentar atas kuali sampai sedikit perang.

3. Selepas itu, masukkan dalam oven selama 30 minit, suhu 180 darjah Celsius (oven biasa) atau 160 darjah Celsius (fan force oven)

Cara memasak sos krim:

1. Cairkan mentega dan masukkan tepung, kacau selama 2 minit.

2. Masukkan kiub pati daging, hancurkan.

3. Masukkan air sambil kacau perlahan untuk elak teksturnya jadi berketul.

4. Masukkan kicap, dijon mustard dan krim.

5. Kacau sampai pekat dan tidak berketul.

Hidangkan dengan bebola daging yang sudah siap dimasak tadi. Letak sikit jem. Kalau ada lingonberry jem, memang sama 100 peratus sama macam bebola daging IKEA.

 

Sumber: Facebook Zan Zafirah Zainal

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 May 2023
Featured Thu, 1 Jul 2021

Moratorium Automatik : Tiada Faedah Terkompaun & Penalti Lewat Bayar, Tarikh Permohonan Dibuka Mulai…

Moratorium automatik selama 6 bulan bermula Julai telah diumumkan oleh Perdana Menteri untuk semua peminjam Individu B40, M40 & T20 di bawah Pakej Bantuan PEMULIH hari ini. Moratorium 6 bulan diberikan kepada semua peminjam individu, […]

Featured Tue, 10 Dec 2019
Eat Travel Tue, 11 Sep 2018

Ada Sebab Penting Restoran Fast Food Menggunakan Warna Merah & Kuning Untuk Logo Mereka

Anda perasan tak banyak kedai fast food mempunyai logo berwarna ini?

Featured Sat, 18 Jun 2022

“Saya Bukan ‘Pelakon’ Macam Awak” – Bekas PA Fify Azmi Bersuara Apabila Dituduh Meroyan

Harapnya dua-dua pihak dapat selesaikan isu ini dengan baik 😊

Featured Sat, 5 Oct 2019
Featured Tue, 4 Jul 2023