Featured By: Ad Ops August 1, 2019 @ 3:00pm

Ikuti panduan ini untuk padankan warna gincu dengan warna pakaian

Ketika bersiap sedia untuk keluar berjalan, anda bukan sahaja perlu padankan pakaian dengan tudung, malah warna solekan pun anda perlu pilih yang betul supaya sesuai dengan pakaian.

Kadangkala anda perlu cari warna yang matching, kadangkala anda perlu cari yang kontra.

Tidak tahu bagaimana mahu memilih warna yang sesuai dengan warna yang anda suka? Jangan risau, di bawah ini ada panduan yang anda boleh ikuti.

Warna perak dan putih

Foto: Angela Weiss/AFP/Getty Images.

Pengilat bibir berwarna merah jambu berkilat lembut memang bergaya! Bila dipadankan dengan pakaian putih, anda akan tampak lebih lembut dan romantik daripada tembam.

Tetapi jika anda ingin memakai solekan lain yang sama berkilat seperti pembayang mata, pastikan ia tidak terlalu tebal.

Kuning dan maroon

Foto: Steve Granitz/Getty Images.

Walaupun ia kontra, ia tampak chic dan padan, seperti yang dilihat pada Jennifer Lopez.

Warna merah yang lebih terang akan pudarkan warna kuning gaun yang beliau pakai, lebih-lebih lagi kerana kulitnya sedikit sawo matang.

Jika anda berkulit cerah, anda boleh pakai gincu berwarna merah epal klasik.

Fuchsia dan kain bercorak belang

Foto: JB Lacroix/Getty Images.

Jika pakaian anda tak formal, tidak salah jika anda memilih warna gincu yang tak ‘seserius’ warna merah menyala. Sebaliknya, warna merah jambu akan memberikan ilusi ceria.

Biru cerah dan putih atau merah jambu lembut

Foto: Desiree Navarro/Getty Images.

Untuk pakaian berwarna putih, warna yang padan ialah biru berkilat yang akan tampak cool dan ala-ala suci. Padankannya pula dengan gincu berwarna merah jambu lembut untuk lengkapkan padanan ini.

Putih dan coklat

Foto: Mark Sagliocco/Getty Images.

Selain biru dan merah jambu lembut, anda boleh juga padankan pakaian putih dengan warna perang atau coklat. Gincu yang bertekstur pusam akan buatkan anda tampak lebih seksi.

Warna permata dan nude

Foto: Jennifer Lourie/Getty Images.

Warna pakaian anda sama seperti warna permata zamrud, delima atau nilam? Padankannya dengan warna solekan lembut dan ringkas.

Zendaya memilih untuk memakai gincu nude  yang kontra tetapi sesuai dengan dress hijaunya. Memandangkan pakaiannya sudah cukup dramatik, takkanlah gincu pun nak dramatik juga, kan?

Burgundy dan hitam

Foto: Jason Laveris/Getty Images.

Jika anda berkulit cerah dan berani untuk tampil seperti seorang goth, anda bolehlah cuba padankan gincu gelap yang sama warnanya dengan pakaian gelap anda.

Jangan pakai solekan pipi yang tebal. Hitamkan mata dengan maskara dan penggaris mata.

Burgundy dan emas

Foto: Anthony Harvey/Getty Images.

Kombinasi ini tampak mewah dan classy. Jika anda berpakaian warna emas tetapi solekan anda biasa-biasa sahaja, muka anda akan tenggelam.

Jika anda memilih gincu merah menyala pula, nanti anda akan tampak terlalu menyerlah. Penyelesaiannya ialah dengan memakai gincu yang lebih gelap, barulah seimbang!

Biru gelap dan merah jambu nude 

Foto: Jason Merritt/Getty Images.

Ternyata kontra tetapi berpadanan. Memandangkan warna baju anda sudah cukup gelap, padankannya dengan solekan gincu yang cerah, tetapi jangan biarkan sampai pucat. Walaupun nipis, pastikan bibir anda ada warnanya.

Untuk mata, gunakan pembayang mata berwarna gangsa. Teknik solekan mata berkabut tidak akan tampak terlalu berat jika anda menggunakan warna ini.

Merah dan merah

Foto: Alexander Tamargo/Getty Images.

Paling penting, jika anda tidak pasti warna apa yang mahu  dipadankan dengan merah, pilih sahaja warna merah. Tidak salah jika anda memilih padanan yang klasik.

Dah dapat idea? Buat pilihan bijak, ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 Jan 2018

Kawal Marah

Ramai yang tidak sedar atau tahu diri sendiri mempunyai faktor penyebab marah. Daripada kesedaran berkenaan barulah kemarahan boleh dikawal dari semasa ke semasa.

Featured Tue, 3 Jan 2023
Featured Tue, 13 Sep 2022

Terpaling Juara: Didakwa Sengaja Ubah Lirik Jadi ‘Hiasan Sanggul’, Shaz Akui Gementar Bawa Lagu Siti Nurhaliza

Kalau saya memilih untuk menghentikan persembahan atau berdiam diri, saya akan hancurkan hati sendiri dan kapten – Shaz Terpaling Juara

Featured Thu, 18 Nov 2021

“Bukan Biasa-biasa” – Netizen Puji Gadis Berani Ambil Lesen Bawa Lori

Orang perempuan ini biasanya dianggap sebagai lemah lembut dan tidak mampu melakukan kerja berat. Namun, ia tidak bermakna mereka tidak berani dan tidak mampu melakukan kerja orang lelaki. Malah, ada juga di antara mereka yang […]

Featured Tue, 23 Nov 2021

Pemuda Kecewa Barang Yang Diterima Tidak Sama Seperti Dipesan Selepas Sebulan Menunggu

Pembelian barang secara atas talian semakin popular kerana ia lebih murah dan dapat menjimatkan masa di mana orang ramai boleh membeli pada bila-bila masa. Namun, banyak juga kes penipuan yang berlaku seperti barang tidak sampai […]