Featured By: Yanie Baharom July 5, 2019 @ 9:00am

Influencer jelmaan ‘kembar’ selebriti

Pelanduk dua serupa, istilah bagi dua individu yang tidak mempunyai pertalian darah, tetapi memiliki wajah dan paras rupa seakan.

Pasti teruja apabila mengetahui ada orang lain yang seiras dengan kita. Apa tah lagi jika mereka itu pelanduk dua serupa kepada artis popular mahupun insan-insan terkenal!

Jika sebelum ini Hijab & Heels pernah menghasilkan artikel berjudul Influencer Seiras Wajah Selebriti Popular Tempatan, sekali gus membawa pembaca mengenali Nazira Nazrin yang dikatakan ‘kembar’ Nora Danish, Nur Syazana Romli dilihat mirip aktres, Fazura Sharifuddin, Hawa Rizwana (Neelofa), Intan Hanifiah (Betty Rahmat) dan Mysara Muhd (Izara Aishah).

Edisi kali ini, kami ingin memperkenalkan pelanduk dua serupa kepada pelakon dan penyanyi, Sherry Ibrahim; Mira Filzah, Marian Rivera, Hanis Zalikha dan Scha Alyahya.

Anda tidak percaya?, jom kita tengok!

1. Engku Sulwani vs Sherry Ibrahim

Foto: Instagram Engku Sulwani & Sherry Ibrahim

Apa komen setelah melihat gambar ini? Pasti anda menyangkakan foto di sebelah kiri itu ialah Sherry Ibrahim sekiranya tanda nama tidak diletakkan. Untuk makluman, Engku Sulwani ialah model muslimah terkenal yang sudah memperagakan ratusan jenama pakaian dan hijab jenama tempatan. Jangan main-main si cantik ini pernah bergelar doktor, sebelum mengambil keputusan untuk fokus sepenuhnya dalam bidang peragaan.

2. Qasrina Karim vs Mira Filzah

Foto: Instagram Qasrina Karim & Mira Filzah

Sama seperti Engku Sulwani, Qasrina Karim (Kiri) juga seorang model muslimah popular. Jika anda antara pengikutnya di Instagram, terdapat puluhan gambarnya yang saling tidak tumpah seperti Mira Filzah. Namun begitu, jika anda perasan, wajah Qasrina sebenarnya lebih kepada gabungan Mira Filzah dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

3. Nadia Fatma vs Marian Rivera

Foto: Instagram Marian Rivera & Nadia Fatma

Ada yang kata wajah influencer ini seperti Marian Rivera, aktres jelita dan terkenal kelahiran Filipina. Pendapat anda, bagaimana?

4. Atita Haris vs Hanis Zalikha 

Foto: Instagram Atita Haris & Hanis Zalikha

Selalu sangat wajah influencer Atita Haris ini disamakan dengan pelakon, Hanis Zalikha. Hinggakan mereka pernah bergambar bersama-sama dan berkongsi foto itu untuk tatapan peminat.

5. Larra Jassinta vs Scha Alyahya

Foto: Instagram Larra Jassinta & Scha Alyahya

Ini seorang lagi influencer Instagram yang berjaya menarik perhatian ramai kerana kejelitaannya selain wajah yang dikatakan seiras pelakon dan pengacara Scha Alyahya. Untuk pengetahuan anda, Larra Jassinta pernah memenangi beberapa pertandingan ratu cantik tau…Wow!

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 30 Mar 2018

Perghh Lawa Betul Ais Krim Kat Kafe Ini. Nak Makan Pun Sayang

Warga Lembah Klang yang suka tangkap gambar makanan untuk dimuatnaik di Instagram, ada berita baik untuk anda!

Featured Wed, 13 Apr 2022
Featured Sat, 5 Mar 2022
Featured Thu, 12 Mar 2020
Featured Tue, 7 Mar 2023

“Dia Terbuka Untuk Mencuba” – Yazmin Aziz Kongsi Teman Lelaki Minat Kenali Budaya Melayu & Agama Islam

Kekasih saya bukan orang Islam tapi dia sangat menghormati agama Islam – Yazmin Aziz

Featured Thu, 19 Jan 2023

Hidap Sindrom ADHD & Cepat Lupa, Diana Danielle Jadikan Al-Quran Dan Solat Sebagai Sumber Rujukan

Bagusnya dapat suami yang sentiasa mengingatkan perkara-perkara baik💖

Featured Thu, 19 May 2022

Selepas Setahun, Miera Leyana Akhirnya Dedah Wajah & Nama Puteri

Comelnya! Akhirnya Miera Leyana dedah anak perempuannya.