Eat Travel By: Fadzlena Jafar March 21, 2020 @ 10:00am

Ingin menikmati daging barbeku ala Texas dan ramen halal?

Memilih restoran ada kalanya memeningkan. Suami suka masakan kampung, isteri peminat makanan Jepun, anak pula memilih masakan Barat.

Bagi keluarga yang mempunyai cita rasa berbeza, boleh mengunjungi Kafe Beard Brothers BBQ yang bukan sahaja menjanjikan pelbagai hidangan Barat dan Timur, tetapi paling penting berkonsepkan halal.

Baru-baru ini, kafe berkenaan memperkenalkan umami boru, iaitu ramen halal yang menggunakan resipi ramen Jepun. Berbeza dengan ramen Korea yang kuahnya agak pedas, ramen Jepun pula diperbuat daripada sup jernih yang berasaskan tumisan daging atau ayam.

Hidangan umami boru daripada Beard Brothers BBQ. (Gambar NSTP/ROHANIS SHUKRI)

Pengasas Beard Brothers BBQ, Nazri Jameson, berkata hidangan baharu itu menjanjikan rasa yang unik berikutan penggunaan daging salai yang sinonim dengan kafe berkenaan.

“Beard Brothers BBQ terkenal dengan daging bakar yang disalai selama 12 jam, namun kami memikirkan bagaimana hendak memanfaatkan cebisan daging salai itu yang bercerai apabila dipotong.

“Saya terfikir, memandangkan masyarakat di Malaysia hari ini turut menggemari hidangan Jepun, lalu kami menghasilkan menu baharu umami boru yang dihidangkan bersama-sama cebisan daging salai ini,” katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan menu baharu Beard Brothers BBQ, baru-baru ini.

Pemilik Beard Brothers BBQ, Nazri Jameson menunjukkan aneka hidangan popular di kafenya. (Gambar NSTP/ROHANIS SHUKRI)

Bagi penggemar masakan Barat khususnya daging barbeku, nama Beard Brothers BBQ tidak asing lagi. Daging barbekunya yang enak dimasak gaya Texas, mengambil masa semalaman disalai bagi memastikan setiap perisanya menyerap ke dalam daging.

Daging dibakar dan dibiarkan di salai selama 12 jam.

Beard Brothers BBQ yang diasaskan pada 2013 menjadi pilihan warga kota yang menggemari hidangan barbeku, namun bagi menggamit lebih ramai pelanggan datang bersama-sama keluarga, menu kafe itu dipelbagaikan.

Ruang yang selesa dan nyaman, selain hidangan menyelerakan membuatkan Beard Brothers BBQ menjadi pilihan warga kota. (Gambar NSTP/ROHANIS SHUKRI).

Selain ramen, menu baharu Beard Brothers BBQ turut membabitkan hidangan berasaskan roti seperti aneka sandwic. Ada juga disediakan snek enak yang diperbuat daripada ayam goreng gaya Beard Brothers BBQ.

Beard Brothers BBQ terletak di pusat beli-belah Tropicana Avenue, Petaling Jaya, hanya 15 minit dari pusat bandar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 30 Dec 2018

Anda Rasa Tak Produktif Di Tempat Kerja? Gunakan Teknik Pomodoro Yang Terbukti Efektif!

Senang saja teknik ini dan anda takkan rasa penat sangat.

Featured Sat, 26 Nov 2022

“Jangan Pandang Rendah Diri Sendiri” – Bicara Comel Mika Buka Mata Netizen

Pempengaruh cilik Mika yang menggunakan akaun Mika dan Daddy di laman TikTok sentiasa berjaya meraih perhatian netizen kerana menghasilkan ‘content’ yang dapat menyuntik semangat warganet. @mika_and_daddy Jangan pandang rendah dekat diri sendiri ya. Kena percaya. […]

Featured Wed, 13 Jun 2018

Jom Layan 10 Lagu Raya Terbaik Pilihan Hijab & Heels

Memanggil-manggil keinginan hati untuk segera pulang ke kampung setiap kali mendengar lagu Raya yang berkumandang di radio.

Featured Wed, 7 Sep 2022
#tilljannah Tue, 6 Dec 2022

Dai Syed Tak Halang Karier Hana Ismail, Ingin Fokus Dalam Perniagaan

Pendakwah selebriti, Dai Syed tidak menghalang isterinya, pengacara Hana Ismail untuk terus aktif dalam bidang seni. Menurut Hana, selepas ini mereka berdua juga akan fokus dalam bidang perniagaan dan mengambil apa sahaja peluang yang ada […]

Eat Travel Wed, 8 May 2019
Featured Wed, 22 Feb 2023

“Manusia Mudah Rapuh” – Filem Imaginur Beri Impak Mendalam Pada Fatimah Abu Bakar 

Bila cakap soal ibu bapa ni, auto jadi sebak 😭😭😭