Featured By: Fadzlena Jafar March 18, 2020 @ 2:56pm

Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan boleh cetus gelombang ketiga COVID-19 lebih dahsyat

Kegagalan rakyat di negara ini mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin boleh mencetuskan gelombang ketiga penularan COVID-19 yang lebih teruk.

Berita Harian melaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sekiranya masyarakat masih mengambil sikap tidak peduli, kemungkinan gelombang ketiga COVID-19 yang lebih menakutkan boleh berlaku.

“Kegagalan bukan pilihan di sini. Jika tidak, kita mungkin menghadapi gelombang ketiga virus ini, yang seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsunami, lebih-lebih lagi, jika kita mempunyai sikap tidak kisah,” katanya menerusi status di akaun Facebook rasminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Amalina Titip 8 Panduan Hindari Jangkitan COVID-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyeru masyarakat supaya lebih bertanggungjawab dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan COVID-19. – Gambar BERNAMA (2020) 

Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuat kuasa sepenuhnya hari ini antara lain menetapkan larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara dengan semua rumah ibadat dan premis perniagaan ditutup kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

Selain itu, perintah itu juga membabitkan penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terbabit dengan perkhidmatan penting negara.

Dr Noor Hisham berkata, rakyat dapat membantu mengekang penularan COVID-19 dengan pergerakan yang terhad, sekali gus mengurangkan jangkitan baharu COVID-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Hukuman penjara bagi rakyat yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

Jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sehingga 17 Mac 2020.-  Sumber Infografik Kementerian Kesihatan.

Sehubungan itu, beliau merayu orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dan tidak keluar rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan itu.

“Saya merayu kepada semua rakyat Malaysia, sila ambil perintah kawalan pergerakan ini secara serius. Duduk di rumah dan jangan keluar. Kita mempunyai peluang yang tipis untuk memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19.

“Bantulah KKM dengan memainkan peranan anda, kerana setiap individu bertanggungjawab untuk mengambil segala langkah, berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga,” katanya.

Kejayaan China mengekang penularan COVID-19 wajar dicontohi. Sehingga Selasa, kes keseluruhan positif COVID-19 di tanah besar China adalah sebanyak 80,894 kes dengan jumlah kematian sejak penularan wabak berkenaan direkodkan sebanyak 3,237.

Bagaimanapun, sejak China melaksanakan Perintah Berkurung bulan lalu khususnya di Wuhan yang terletak di wilayah Hubei, menyaksikan penurunan mendadak kes baharu COVID-19.

Kelmarin, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China melaporkan Tanah Besar China merekodkan hanya 13 kes baharu jangkitan COVID-19, turun berbanding 21 kes pada hari sebelumnya.

Daripada jumlah kes baharu itu, 12 daripadanya membabitkan pelancong yang tiba dari luar negara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Sep 2019

Kasut sniker ‘nasi lemak’ lambang perpaduan negara

Edisi terhad Asics Malaysia ilham tempatan

Featured Tue, 12 Mar 2019

Malu dagu berlapis? Ikuti teknik mudah senaman ini, anda pasti terkejut dengan hasilnya!

Mudah, murah, berkesan dan boleh dilakukan di mana sahaja!

Featured Mon, 25 May 2020

Dua rakyat Malaysia kongsi sambutan Syawal di Taiwan ketika COVID-19

Hari Raya disambut dengan lebih berhati-hati

Featured Mon, 29 Oct 2018

Gara-Gara Beri Anak Minum Coca-Cola, Bapa Dipenjara 3 Bulan!

Anaknya tak cukup makan sebab bapanya habiskan duit beli minuman keras!

Featured Sat, 15 Dec 2018

Lihat 12 Watak Kartun Haiwan Popular Apabila Dibandingkan Dengan Haiwan Yang Sebenar

Ada yang sama, ada juga yang pelukis dah “ubah suai” rupanya.

Featured Tue, 14 Sep 2021

Kerajaan Selangor Benarkan Majlis Akad Nikah Mulai Esok

Kerajaan Selangor bersetuju membenarkan pelaksanaan majlis akad nikah bertempat di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Pejabat Agama Islam Daerah dan masjid mulai esok. Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi JAIS, majlis itu boleh dilangsungkan setiap […]

Featured Sat, 1 Sep 2018

Tambah Nilai Prabayar Dikenakan SST 6% Mulai Hari Ini. Jangan Terkejut Ya!

Jangan terkejut kalau penambahan nilai prabayar anda kurang ya!

Featured Tue, 12 Jun 2018
Featured Thu, 3 Jan 2019
Featured Fri, 20 Mar 2020

Ubat selesema yang dibangunkan Jepun berkesan merawat koronavirus

Kajian klinikal di China tunjuk kesan positif

| Live TV