Featured By: Fadzlena Jafar March 22, 2019 @ 12:03pm

Ingin membeli barang kemas pada harga mampu milik? Nazrin Jewellery ada jawapannya

Pemilihan cincin emas atau barang kemas yang bersesuaian pastinya menjadi keutamaan bagi setiap bakal pengantin untuk mengabadikan hari istimewa mereka.

Antara faktor yang diambi kira dalam memilih cincin dan aksesori pertunangan atau perkahwinan adalah harga yang mampu milik, selain rekaan yang menepati cita rasa setiap pasangan.

Kedua-dua faktor ini penting kerana dalam keadaan ekonomi yang tidak begitu memberangsangkan, ramai bakal pengantin perlu memikirkan kos bersesuaian dengan kemampuan kerana untuk melangsungkan majlis hari ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

Bagi pasangan yang sedang mencari cincin pertunangan atau pernikahan, Nazrin Jewellery menawarkan pelbagai rekaan cincin istimewa pada harga mampu milik.

Nazrin Jewellery

Majlis pelancaran kedai Nazrin Jewellery disempurnakan oleh Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Banting, 14 Februari lalu. Foto: NSTP/Jim

Pengurus Nazrin Jewellery, Mohd Nazree Abd Rahman, berkata jenama yang mula berada di pasaran sejak 2015 itu menyediakan aneka rekaan istimewa selain sedia menerima tempahan bagi pelanggan yang mengimpikan rekaan tertentu.

“Nazrin Jewellery mengambil barang kemas dari kilang di Pulau Pinang, namun pihak kami sendiri yang menghasilkan rekaan, selain rekaan sedia ada di kilang itu.

“Kami juga sedia menerima tempahan aksesori emas daripada pelanggan yang mempunyai rekaan diingini mengikut cita rasa mereka pada harga berpatutan,” katanya.

Anak muda berusia 33 tahun itu mula terbabit dalam perniagaan itu dengan menjual barang kemas yang diperbuat daripada emas tulen secara dalam talian bersama-sama beberapa rakan kongsi daripada kerabat diraja Selangor dan Negeri Sembilan.

Jualan dalam talian

Mohd Nazree (kanan) bersama-sama rakan kongsi iaitu dari kiri, Tengku Munazirah Tengku Abdul Samad Shah, Tengku Nur Carleena dan Penolong Pengurus Nazrin Jewellery, Nurin Hafilah Juhari. Foto: NSTP/Jim

Meskipun bermula secara kecil-kecilan, Mohd Nazree yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakauan daripada Universiti Teknologi MARA melihat potensi perniagaan itu apabila jualannya meningkat saban tahun.

Katanya, beliau dan rakan kongsi mengambil inisiatif menjual secara dalam talian bagi pelanggan yang ingin membeli emas, tetapi tiada masa untuk mencari dan membeli di kedai emas.

“Kami mendapati perniagaan dalam talian adalah cara terbaik untuk menambah pendapatan dan mengikut arus semasa kerana kebanyakan masyarakat di negara ini lebih banyak menghabiskan masa dengan gajet mereka.

“Jualan dalam talian ini juga dimanfaatkan untuk mendidik pelanggan kelebihan membeli emas dan mengajar mereka cara menyimpan emas dengan betul,” katanya.

Jongkong emas

Selain barang kemas pada harga mampu milik, Nazrin Jewellery turut aktif membekal emas 24k, 23k, 22k, 21k, 20k dan 18k termasuk membekal jongkong emas di beberapa syarikat ternama dan menerima tempahan jongkong emas mengikut rekaan yang dipersetujui.

Mohd Nazree berkata, pihaknya turut menawarkan peluang perniagaan kepada usahahawan yang berminat dalam jualan emas sama ada barang kemas mahupun jongkong emas,

“Selain menjual sendiri barang kemas dan jongkong meas, Nazrin Jewellery memberi peluang kepada usahawan baharu yang berminat dalam bidang ini menerusi kaedah pesanan hantar (dropship).

“Menerusi cara ini, kami berharap dapat membantu usahawan baharu yang ingin mencari duit lebih, tetapi tiada modal permulaan, Orang ramai tidak perlu bimbang kerana setakat ini penghantaran tidak pernah bermasalah,” katanya.

Kedai pertama Nazrin Jewellery

Nazrin Jewellery

Nazrin Jewelllery menyediakan pelbagai rekaan barang kmeas daripada emas tulen dengan rekaan menarik pada harga berpatutan. Foto: NSTP/Jim

Terkini, Nazrin Jewellery membuka kedai barang kemas di Banting, Selangor bagi memudahkan pelanggan setianya yang ingin melihat sendiri pelbagai rekaan aksesori emas yang ditawarkan jenama itu.

Pembukaan kedai itu disempurnakan oleh Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Yang turut hadir ialah kerabat diraja Selangor, Tengku Munazirah Tengku Abdul Samad Shah dan kerabat diraja Negeri Sembilan, Tengku Nur Carleena.

Mohd Nazree berkata, beliau menyasarkan akan membuka beberapa cawangan lagi dalam tempoh lima tahun akan datang jika mendapat sambutan orang ramai.

“Kami ingin mencabar diri dengan membuat sesuatu yang lebih nyata. Membuka kedai emas adalah impian kami. Kami ingin lebih dekat dengan pelanggan dan pelanggan kami lebih meyakini jenama ini,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Sep 2021

Bantuan Wang Ihsan Dinaikkan Sehingga RM1,000 Kepada Setiap Isi Rumah – PM

Alhamdulillah, ini untuk persediaan lah kiranya…

Featured Mon, 12 Jun 2023
familuv Fri, 14 Jun 2019

Fahami erti dan perbuatan nusyuz termasuk penyelesaiannya, mohon hadam betul-betul!

Jaga tingkahmu wahai isteri jangan sampai jatuh nusyuz!

Featured Fri, 27 Jan 2023
Oh Lawa Wed, 13 Mar 2019

Berhenti guna produk kosmetik untuk tutup jerawat!

Beri peluang kepada kulit untuk bernafas.

Oh Lawa Thu, 31 May 2018

Kempen ‘Jakel Barulah Raya’ Tampilkan Koleksi Raya Daripada Duta Selebriti Terkenal

Anggunkan lagi penampilan Syawal anda dengan koleksi lebaran daripada Jakel.