Featured By: Bibi Ramli April 25, 2018 @ 9:00am

Ini 6 Penyebab Kulit Berkedut Yang Anda Takkan Sangka

Secara semula jadinya, semakin tinggi usia kita, semakin banyaklah wrinkles yang muncul di kulit muka atau badan.

Pakailah sebanyak mana krim rawatan kedutan yang ada dijual di pasaran. Tapi kenapa nak merawat bila anda boleh mencegah?

Ketahui 6 faktor-faktor yang boleh menyebabkan kedutan pada kulit. Ada yang anda tak pernah terfikir pun!

1. Duduk

Foto: Depositphoto

Anda ingat kalau buat banyak aktiviti, lagi senang dapat wrinkles? Sebenarnya tak buat apa-apa pun boleh menjejaskan kulit.

American Medical Society for Sports Medicine ada melakukan sebuah kajian baru-baru ini tentang perkara ini.

Ia menunjukkan bahawa orang yang bersenam selama 30 minit, dua kali seminggu memperolehi komposisi kulit yang lebih baik dan kulit yang kelihatan lebih sihat daripada golongan yang tak aktif.

“Duduk lama-lama di depan komputer pun boleh mendatangkan masalah,” kata pakar dermatologi Dr Sonia Batra. “Setelah penat memandang skrin seharian, anda akan mula squint dan secara tak langsung anda akan berkerut dahi. Lama-lama timbullah kedutan.”

Bukan itu saja! “Bila anda kerap merenung ke bawah ke telefon bimbit anda di dalam tangan, nanti sebuah garisan mendatar akan timbul di leher anda.”

2. Membersihkan kulit dengan terlalu kasar

Foto: GlobalStock/Getty Images

Minyak semulajadi yang timbul di atas permukaan kulit anda boleh melindunginya, mengekalkan kelembapannya serta bertindak sebagai penghadang daripada organisma asing. Jadi anda tak patut bersihkan kulit anda dengan terlalu kasar.

“Bila kulit anda kering atau merekah, ia boleh jadi meradang,” kata Sonia. “Elakkan daripada menggunakan sabun atau cleanser yang kasar pada kulit, jangan menggosok kulit anda dengan terlalu kuat, dan gunakan air suam. Air panas boleh mengeringkan lagi kulit. Dan kulit yang kering boleh menyerlahkan kedutan.”

3. Tidak memakai kaca mata hitam

Foto: www.boots.com

Bila anda berdiri di tengah panas terik, mesti mata anda pedih dan anda akan menyepetkannya, kan? Secara tak langsung anda akan dapat wrinkles di tepi mata dan di antara bulu kening. Itu sebabnya anda perlu pakai kaca mata hitam.

Jika ia datang dengan filter sinar UV, aksesori ini boleh melindungi kulit anda daripada terkena sinaran cahaya matahari yang membahayakan.

Sama jugalah dengan kaca mata biasa. Kalau anda memang rabun, baik pakai.

4. Membuat muka pelik

Foto: gfycat.com

Salah satu cara melayan budak kecil ialah dengan membuat ekspresi muka pelik-pelik. Tapi awas! Kalau anda melakukannya terlalu kerap, gerenti ada wrinkles yang terbentuk.

“Gerakan muka natural yang berulang seperti senyum, berkerut dan mengangkat kening boleh menyebabkan alur timbul pada permukaan kulit.

“Lama-lama alur ini akan menjadi lebih dalam dan kekal apabila anda semakin berusia dan kulit anda hilang kekenyalannya,” kata Sonia.

5. Minum daripada straw

Foto: www.wtskiphire.co.uk

Sila minum banyak air kerana ia bagus untuk kulit dan badan, tapi jangan gunakan straw.

“Sama juga macam berkerut dahi, meminum dengan straw menyebabkan anda memuncungkan bibir dan bila ia dilakukan berulang kali, ini boleh mengakibatkan kedutan,” kata Dr Debra Jaliman, seorang pakar kulit dari New York.

“Garisan kedutan ini akan menonjol sangat dan boleh menyebabkan kulit nampak tua.”

Minum terus saja dari tin atau botol, ataupun tuang ke dalam gelas sebelum minum.

6. Merokok

Foto: Vecteezy

Jangan ingat merokok akan merosakkan paru-paru saja; kulit pun boleh jadi mangsa. “Samalah macam minum pakai straw, anda akan muncungkan bibir bila menghisap rokok, kan? Ini boleh menyebabkan kedutan di bahagian mulut,” kata Debra.

Merokok juga menjejaskan aliran darah ke kulit, dan lama-lama ia akan mematangkan kulit anda.

Dah tau apa yang anda perlu elak? Jom kita praktikkan!

Sumber: PopSugar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 8 Apr 2019
familuv Mon, 24 Sep 2018
Oh Lawa Tue, 22 May 2018
Oh Lawa Fri, 6 Apr 2018

Ikuti 6 Tips Ini Untuk Miliki Ulas Bibir Mungil, Seksi Lagi Menggoda

Mempunyai bibir seksi sememangnya menjadi impian wanita dan kerana itu ramai daripada kaum hawa sanggup mengambil risiko untuk menjalani suntikan semata-mata mahu mempunyai bibir yang lebih sensual.

Sedangkan terdapat pelbagai cara alternatif lagi kreatif untuk mereka mendapatkan bentuk bibir yang mungil. Tinggal lagi hanya perlu mempelajari teknik solekan yang betul.

Oh Lawa Wed, 23 Jan 2019
Featured Wed, 16 May 2018

Jurusolek Kim Kardashian Kongsi Tip Untuk Hilangkan Rupa Kedutan Di Bahagian Mata

Tiada siapa boleh elakkan wrinkles daripada muncul, tapi anda masih boleh “selamatkan” rupa anda.

Featured Sun, 3 Feb 2019
Featured Wed, 10 Feb 2021

Malaysia Negara Ketiga Miliki “Sugar Daddy” Paling Ramai Di Asia

Istilah “sugar daddy” dilihat sebagai satu “taboo” dalam masyarakat kita. Bagi umat Islam, istilah “sugar daddy” adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam. Namun, menerusi portal Free Malaysia Today melaporkan hampir 50,000 individu bergelar sugar daddy […]

| Live TV