Featured By: Ad Ops October 25, 2019 @ 5:55pm

Ini akibat memakai produk solekan yang sudah melepasi tarikh luput

Bukan bahan makanan sahaja yang mempunyai tarikh luput, sebaliknya produk solekan juga ada! Malangnya, sesetengah produk bukannya mudah dan murah untuk dibeli selalu, justeru mungkin ada yang berasa berat hati untuk membuang produk solekan yang sudah rosak, lebih-lebih lagi jika kandungannya masih banyak.

Hakikatnya, tarikh luput amat penting kerana produk yang sudah tamat tarikh luput bukan sahaja akan hilang keberkesanannya, malah boleh menjejaskan kulit termasuk menyebabkan kerosakan kekal.

Apa akan terjadi pada produk?

Menurut pakar kulit terkenal di New York, Dr Hadley King, konsistensi produk solekan akan berubah mengikut peredaran masa, justeru tarikh luput berperanan penting dalam menentukan keberkesanan fungsi produk terbabit.

“Produk solekan yang sudah melepasi tarikh luput akan bertukar keadaannya, ada yang menjadi kering dan berketul-ketul, serta pemakaiannya tidak lancar atau rata.

“Hal ini juga melibatkan produk yang mengandungi asid salisilik yang melawan jerawat, atau retinol yang mengelakkan garisan halus daripada terbentuk,” kata Hadley dalam temu bual bersama-sama Women’s Health.

Lazimnya, tarikh luput ditentukan berdasarkan penyelidikan yang menentukan tempoh ramuan aktif di dalam sesuatu produk itu mula terjejas. Contohnya, apabila bedak asas yang diformulasikan dengan faktor perlindungan matahari atau SPF (sun protection factor) sudah melepasi tarikh luputnya, elemen perlindungan terhadap sinaran matahari mungkin kurang berkesan berbanding sebelumnya.

Wanita ini mengalami jangkitan kulit akibat penggunaan solekan. Gambar hiasan/Sumber: Makeupview.co

Apa akan berlaku pada kulit anda?

Dr Hadley berkata, perubahan pada formulasi sesuatu produk bukan saja boleh menjejaskan keberkesanannya, bahkan boleh bertukar menjadi ramuan yang berbahaya kepada kulit.

“Apabila sesuatu produk itu sudah melepasi tarikh luput, semua molekul dalam produk berkenaan akan berpecah untuk menjadi satu elemen asing. Penggunaan produk berkenaan boleh merengsakan kulit lalu menyebabkan inflamasi,” katanya

Ada kalanya, inflamasi yang berlaku pada kulit boleh melarat dan bertukar menjadi kemerahan, bengkak, ruam atau melecur.

Selain itu, produk lama juga boleh menjadi tempat pembiakan bakteria. Apabila disapu pada kulit, ia boleh menyebabkan keradangan atau bengkak yang tampak seperti jerawat, dan jika terkena mata, pengumpulan bakteria berkenaan boleh mengakibatkan jangkitan pada mata.

Di samping itu, menggunakan gincu lama yang sudah tamat tarikh luput juga boleh menyebabkan bibir merengsa dan membengkak.

Berapa lama produk mampu bertahan?

Menurut The Healthy, bedak asas cecair secara umumnya akan bertahan selama 12 bulan dari waktu bekasnya mula dibuka, manakala maskara dan penggaris mata hanya boleh dipakai dalam tempoh tiga bulan.

Bagi produk bibir pula, jangka hayatnya adalah selama dua tahun, tetapi ia berpotensi untuk rosak dengan lebih cepat jika sering digunakan atau dikongsi pengguna berbilang.

Bedak padat (compact powder) selalunya bertahan selama kira-kira dua tahun jika disimpan dengan betul, namun lama-kelamaan pigmentasinya juga akan pudar.

Begitu pun, Pengarah Kreatif WarPaint International Beauty Agency, Jessica Mae, berkata dua produk yang perlu dibuang serta-merta apabila mencecah tarikh luput ialah maskara dan bedak asas.

“Setelah dibuka, maskara dan bedak asas akan terdedah pada udara, lalu bakteria boleh masuk ke dalam bekasnya. Lama-kelamaan, lebih banyak bakteria akan membiak dalam produk berkenaan dan menyebabkan risiko jangkitan meningkat,” katanya. 

Sama seperti makanan, produk solekan juga mempunyai tarikh luput. Gambar hiasan/Sumber: YouTube

Apa tanda sesuatu produk itu sudah rosak?

Selain tarikh luput, ada beberapa cara untuk mengetahui sama ada sesuatu produk itu sudah rosak atau masih boleh digunakan.

Menurut Today, petanda paling ketara adalah bau dan keadaan produk itu sendiri. Misalnya, bedak asas boleh diketahui keadaan formulasinya menerusi bau dan melihat keadaan cecair, iaitu jika minyak dalam formula itu terpisah dan berada pada bahagian atas bahagian formula lain, itu bermakna ia sudah rosak.

Petanda lain termasuklah perubahan warna dan tekstur. Jika penggaris mata anda terlalu kering dan tidak lagi mengeluarkan pigmen, buang terus!

Ataupun, apabila anda pakai dan ia menyebabkan keradangan pada kulit, maknanya sudah tiba masa untuk anda membuang produk berkenaan.

Apakah cara untuk memastikan produk solekan tahan lebih lama?

Jurusolek selebriti yang terkenal di Los Angeles, Tasha Brown, berkata antara penjagaan produk solekan yang disarankan adalah dengan menyimpan produk berkenaan di tempat yang sejuk dan kering.

“Cahaya matahari boleh mengasingkan cecair di dalam formula solekan, manakala menyimpan produk di dalam bilik air yang lembap boleh menyebabkan bakteria membiak,” katanya.

Selain itu, pastikan berus solekan yang digunakan sentiasa bersih. Langkah itu akan mencegah pendedahan produk terhadap minyak muka atau bakteria.

Bagi memudahkan pengguna untuk mengingati tarikh penggunaan sesuatu produk itu, gunakan pen dan tuliskan tarikhnya pada bekas produk berkenaan.

Semoga bermanfaat! 

Hendak tahu apa maksud simbol yang ada pada bekas produk solekan anda? Baca artikel ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Mar 2023
Eat Travel Mon, 14 Oct 2019
Featured Mon, 16 Jan 2023

Duan Naga Bogho Angkat Martabat Jati Diri Orang Kelantan

Cerita ni best! wajib tengok okay….👍👍👍

Events Mon, 18 Dec 2023
Featured Tue, 5 Apr 2022
Oh Lawa Thu, 5 Apr 2018

Penangan Gelekan Memukau Izara Aishah, Buat Penonton Terlupa 60 Koleksi Lebaran Rizalman For Zalora 2018

Seperkara yang tetamu sukar untuk ‘move on’, adalah segmen finale menyaksikan gelekan mempersona daripada oleh Izara Aishah mempersembahkan tarian Bollywood.

Featured Fri, 17 Mar 2023