familuv By: tex_admin July 24, 2018 @ 12:30pm

Ini Antara Punca Yang Anda Tidak Tahu Tentang Kenapa Bayi Boleh Tersedak Susu

Kes kematian bayi akibat tersedak susu pasti akan berlaku setiap tahun di negara ini. Kebanyakan kes tersedak susu ataupun tercekik makanan dalam kalangan bayi berlaku di pusat penjagaan kanak-kanak. Tapi, ada juga yang berlaku di rumah.

Disebabkan kelalaian kita, bayi yang baharu sahaja mengenal dunia tidak dapat meneruskan kehidupan. Bukan itu sahaja, emosi ibu bapa juga terganggu kerana tidak boleh menerima hakikat kehilangan anak yang tersayang akibat daripada kecuaian. Saat ini menangis air mata darah pun anak kita tidak akan hidup kembali!

Oleh itu, Hijab & Heels akan berkongsikan kepada anda tentang punca perkara ini berlaku serta langkah keselamatan yang boleh anda praktikkan. Jom semak!

Punca bayi tersedak susu

Tersedak susu biasanya berlaku pada bayi berusia 6 bulan ke bawah, ini kerana salur pernafasan dan makanan bayi ketika itu terletak bersebelahan.

Ia juga berkedudukan secara bersebelahan, apabila bayi kerap jeluak atau muak, ia akan berisiko susu masuk ke salur pernafasan dan peparu. Tersedak susu juga berpunca daripada situasi ini:

1. Apabila seorang bayi tertidur semasa menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka. Ini kerana, injap paru-paru anak yang masih kecil.

2. Tabiat ibu bapa atau pengasuh yang suka meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan.

3. Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah.

Foto: Zuriat.my

Langkah keselamatan untuk kurangkan risiko tersedak susu

1. Jangan silap memilih puting susu

Foto: Allene

Bila menyusukan bayi terutama menggunakan botol, jangan pilih lubang puting yang besar. Terlangkupkan botol berisi susu, kalau susu menitik tanpa ada hisapan, maksudnya puting ni tak sesuai terutama untuk bayi 6 bulan ke bawah.

Bila flow susu terlalu laju, bayi boleh terkejut. Apabila bayi terkejut, salur pernafasannya akan terbuka sikit. Bayi boleh hilang kawalan antara proses bernafas dan menelan. Jadi, susu yang laju tadi boleh mengalir masuk ke saluran pernafasan seterusnya akan menyebabkan tersedak susu.

2. Jangan tinggalkan bayi sendirian apabila menyusu

Foto: Orami

Kadang-kadang sesetengah ibu bapa atau pengasuh tinggalkan botol susu dalam mulut bayi. Bagi bayi 3 bulan ke bawah, disendal dengan kain supaya botol tak jatuh. 

Bagi bayi 4 bulan pulak kadang dibiar pegang sendiri botol susu dalam mulut sampai bayi tertidur. Cara ini sangat bahaya ya! 

Apabila flow susu ni berterusan akan menyebabkan susu terkumpul dalam mulut bayi. Seterusnya, bila bayi nak bernafas, susu tadi boleh termasuk ke dalam peparu dan keadaan ini akan menyebabkan bayi tersedak susu.

Bagi anda yang menyusukan dengan botol, cara betul adalah pegang atau dakap bayi dengan meninggikan sedikit kepala bayi pada 45 darjah.

Manakala, botol susu pula perlu condong sikit untuk memastikan bahagian depan botol dipenuhi susu. Sekiranya botol mendatar, bahagian depannya ada angin, jadi bayi akan hidap susu dan angin.

Apabila bayi menghidap terlalu banyak angin, bayi akan lebih mudah untuk muntah dan seterusnya akan menyebabkan tersedak susu. Lebih membahayakan apabil muntah dan tersedak ketika tidur.

3. Jangan overfeeding

Foto: Alqurtasnews

Untuk bayi yang menyusu badan, boleh bagi breastfeeding on demand. Ini kerana, risiko tersedak susu lebih rendah bagi bayi yang menyusu badan, tapi ia masih boleh berlaku.

Manakala untuk bayi yang diberikan susu formula sebaiknya elak daripada overfeeding. Sesetengah ibu atau pengasuh akan beri susu setiap kali bayi menangis, walaupun belum sampai sejam bayi itu baru lepas menyusu. Berilah susu mengikut jadual yang betul.

Kalau anda nak tahu, overfeeding boleh sebabkan perut bayi terlalu penuh dan meninggikan risiko muntah sehingga boleh tersedak susu.

4. Jangn lupa untuk sendawakan bayi

Sebaiknya, lepas menyusukan bayi, pastikan anda sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin. Anda boleh buat ikut posisi duduk atau dukung atas bahu.

5. Jangan bagi bayi tidur terlentang tanpa pengawasan

Foto: Blog Baby

Apabila bayi sedang tidur, anda boleh mengiringkan sikit badannya. Sekiranya bayi muntah ketika tidur, muntah tersebut terus mengalir keluar dari mulut. Ibu atau pengasuh seharusnya rajin jenguk bayi yang sedang tidur untuk melihat keadaan mereka baik-baik saja.

Kesimpulannya, ibu bapa mahupun  pengasuh perlu sentiasa alert tentang hal ini. Berikan tumpuan yang sepenuhnya apabila bayi anda sedang menyusu. Sayangi nyawa anak anda! 

Sumber: Facebook

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 9 Feb 2024

[VIDEO] DSV Geram Marissa Jadi Penyondol, Dakwa Aslam Tak Ada Duit – “Muka Comel Tapi Otak Dekat Lutut Ke?”

Geram betul DSV ek! Tapi siap doakan moga urusan ibu bapa Marissa dipermudahkan🙄😥

Featured Fri, 30 Nov 2018

Sepasang Mata Besar Memang Menawan, Tapi Risikonya Mungkin…Sindrom Axenfeld Rieger

Sindrom Axenfeld Rieger bukan saja menjejaskan penglihatan tetapi menyebabkan kecacatan fizikal.

Featured Sun, 7 May 2023
Featured Tue, 17 Jan 2023

[VIDEO] Selepas ‘Menunggu’, Meerqeen Rakam Lagu Baru?

Meerqeen nak keluar lagu baru ke? Wahh multitalented lahh, Ayang siapa la ni untungnyaaa 🥰🤪🤪