Featured By: Bibi Ramli December 6, 2019 @ 3:47pm

Ini cara banyakkan bekalan susu badan selepas bersalin

Setiap wanita yang baharu melahirkan anak pasti risau jika badannya tidak mampu menghasilkan susu yang mencukupi untuk si kecil. Hal ini boleh membimbangkan terutamanya selepas dia baharu sahaja bersalin.

Namun  begitu, ramai juga wanita tidak melalui sebarang masalah dalam menghasilkan susu badan kerana proses ini berlaku secara semula jadi. Tetapi ada juga ibu-ibu yang tidak bernasib baik.

Tidak mengapa, ada pelbagai cara untuk memperbanyakkan bekalan susu badan, menurut Insider.

Setiap wanita akan hasilkan jumlah susu yang berlainan

Doktor pediatrik, Lyndsey Garbi berkata, jumlah susu badan yang ibu-ibu perlu hasilkan tidak tetap. “Ia semuanya bergantung kepada badan masing-masing, bayi mereka dan aktiviti yang mereka amalkan selepas bersalin untuk mengaktifkan penghasilan susu badan mereka.”

Secara umumnya, seorang bayi berumur dua ke tiga minggu akan minum susu sebanyak 444ml ke 739ml sehari. Ini meningkat ke satu liter sehari menjelang penghujung bulan pertama.

“Cara terbaik untuk mengetahui jika anda menghasilkan susu yang cukup ialah dengan melihat sama ada bayi anda membesar, berat badan bertambah dan nampak puas hati selepas anda menyusukannya,” kata doktor pediatrik Jessica Madden.

Pastikan bayi anda menyusu dengan betul. Sumber: Harris County Public Library

Cara untuk membanyakkan bekalan susu badan

Hormon yang diperlukan untuk menghasilkan susu, prolaktin, meningkat sebaik sahaja seseorang wanita itu bersalin. Ia akan terus terhasil selari dengan proses menyusukan anak. Tetapi jika ia tidak digunakan, ia tidak lagi aktif atau berfungsi.

Jika anda tidak menyusu dalam bulan pertama selepas bersalin, kadar prolaktin anda akan kembali ke jumlahnya sebelum anda hamil. Selepas itu, anda akan mengalami kesukaran dalam menghasilkan susu.

“Jadi, cara terbaik untuk memastikan prolaktin terus terhasil ialah dengan kerap menyusu atau mengepam susu badan sebanyak sekurang-kurangnya lapan ke 10 kali sehari sepanjang beberapa minggu pertama selepas bersalin,” kata Dr Jessica.

Teknik mengepam pun mesti betul. Sumber: Today’s Parent

Jessica juga mengesyorkan:

1. ‘Kosongkan’ payudara anda pada setiap sesi menyusu

Susu badan mengandungi sejenis ramuan semula jadi yang menghalang badan anda daripada menghasilkan susu.

Itu sebabnya anda perlu habiskan semua susu yang ada supaya badan anda mendapat isyarat untuk menghasilkan susu baharu.

2. Rujuk nasihat perunding untuk pastikan jika bayi anda dapat menyusu dengan betul

Apabila bayi anda menyusu, badan anda mengeluarkan hormon oxytocin yang memberi isyarat kepada payudara untuk melepaskan susu.

Tetapi jika si kecil tidak menghisap dengan betul, mungkin ada banyak lebihan susu yang tertinggal di dalam payudara anda. Hal ini menghalang badan anda daripada mengeluarkan lebih banyak susu selepas itu.

3. Pastikan anda mengepam susu dengan betul

Teknik yang betul akan memastikan payudara anda tidak lagi menyimpan susu. Dengan ini, lebih banyak susu akan dihasilkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Feb 2020

Bekas wartawan kini pengusaha katering berjaya, ini resipi kejayaannya

Kongsi panduan jatuh bangun dalam perniagaan

Featured Wed, 22 Apr 2020
Featured Thu, 8 Mar 2018

Pengeluar Barbie Lancarkan Koleksi Patung Berinspirasikan Ikon Wanita Sempena Hari Wanita Sedunia

Pengeluar barang mainan Mattel meraikan kaum Hawa dengan melancarkan patung-patung Barbie yang berinspirasikan ikon-ikon wanita dahulu dan kini dari seluruh dunia.

Featured Wed, 18 Jul 2018

Tukar Imej Tudung, YB Nurul Izzah Dipuji Netizen!

Memang comel imej terbaharu YB Nurul Izzah ini!

Featured Thu, 22 Aug 2019

Manfaat teh hijau untuk kulit

Senangnya nak cantik!

Featured Thu, 7 May 2020
Featured Mon, 16 Jul 2018

Bau Seperti Klorin & Roti Basi. Ini 5 Bau Vagina Yang Perlu Anda Tahu

Vagina yang sihat memiliki aroma yang sedikit hamis tetapi tidak terlalu kuat.

Featured Fri, 20 Mar 2020

Ubat selesema yang dibangunkan Jepun berkesan merawat koronavirus

Kajian klinikal di China tunjuk kesan positif

familuv Tue, 5 May 2020

Cara tanam uri bayi tanpa dikesan binatang liar, wahai ayah ini caranya!

Panduan berharga buat mereka yang bakal bergelar bapa

familuv Tue, 18 Feb 2020

| Live TV