familuv By: Ad Ops September 27, 2018 @ 2:00pm

Ini Senarai Buah-Buahan Yang Ibu Berpantang Boleh & Tak Boleh Makan

Ketika berpantang, ada banyak jenis makanan yang kita patut makan untuk kembalikan tenaga selepas melahirkan anak.

Salah satu daripadanya adalah buah-buahan, yang semestinya bagus untuk si ibu kerana ia merupakan sumber khasiat yang semula jadi.

Tapi bukan semua buah boleh berikan efek yang positif kerana ada yang bersifat tajam atau sejuk. Memang tak sesuai untuk kesihatan wanita berpantang.

Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak, sebelum anda termakan, baik check dulu buah mana yang selamat dan yang mana yang tak.

Buah yang boleh dimakan

  1. Anggur
  2. Kurma
  3. Oren
  4. Epal merah
  5. Strawberi
  6. Peach
  7. Prun
  8. Kismis
  9. Longan cina
  10. Blueberry
  11. Walnut

Buah-buahan ini berupaya untuk memulihkan kadar tenaga ibu, dan menawarkan zat serta khasiat yang penting dan seimbang agar susu badan yang berkualiti dapat dihasilkan.

Buah yang berwarna terang seperti betik, anggur dan blueberry memang kaya dengan antioksidan yang boleh menguatkan jantung, dan mengurangkan risiko kanser serta jangkitan.

Buah seperti oren yang mengandungi vitamin C pula dapat pulihkan semua tisu dalam badan ibu yang berpantang serta sebarang luka yang ada.

Kalau boleh makan buah-buahan ini dua kali sehari, okay?

Buah yang tak boleh dimakan

  1. Nanas
  2. Limau
  3. Buah lai
  4. Tembikai susu
  5. Tembikai merah
  6. Tembikai cina
  7. Kiwi
  8. Epal hijau
  9. Pear
  10. Pisang
  11. Jambu
  12. Belimbing
  13. Durian belanda
  14. Mangga
  15. Betik
  16. Ciku
  17. Langsat
  18. Nangka
  19. Cempedak
  20. Pisang masak hijau
  21. Pisang nangka
  22. Pisang embun
  23. Pisang udang
  24. Ubi kayu
  25. Ubi keladi
  26. Sengkuang
  27. Manggis
  28. Macang
  29. Kuinin
  30. Binjai

Sebab-sebab sesetengah buah tak boleh dimakan adalah kerana mereka sejuk, tajam atau panas. Ini akan mengganggu proses pemulihan ibu yang baru bersalin.

Mereka juga terlarang kerana anda berpotensi untuk sakit tulang dan otot atau lemah sendi. Mungkin ia tak boleh dirasai dalam masa terdekat, tapi ia semestinya akan memberi kesan pada masa depan.

Jika anda tak mengamalkan petua ini dengan betul, anda cenderung untuk mendapat penyakit seperti artritis dan rheumatisme. Hati-hati!

Walaupun jumlah buah yang tak boleh dimakan lebih banyak, ingatlah yang sesi berpantang ini sementara saja. Kalau anda teringin sangat nak makan buah terlarang ini, bersabarlah ya!

Sumber: theAsianparent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 19 May 2020
Featured Tue, 19 Mar 2024

“Puteri Sarah Menantu Baik, Kebahagiaannya Tergugat Sebab Penyondol Yang Kejam” – Patimah Ismail

Salute! Datin dengan Datuk ni memang contoh terbaik mentua sedunia lah❤️

Featured Sun, 14 May 2023
Featured Thu, 12 Jan 2023

Cara Cakap Kena Tegur, Netizen Terhibur Dengar Maryam Durian Kimchi Mengucap

Comel je Maryam ni! Banyak dah improvement cakap BM

Featured Wed, 15 Mar 2023
Featured Mon, 11 Apr 2022