familuv By: tex_admin November 23, 2018 @ 9:00am

Ini Teknik Bancuh Susu Anak Supaya Tidak Hilang Khasiatnya

Bagaimana cara anda membancuh susu formula untuk anak? Adakah memasukkan susu formula dahulu barulah air panas? Atau bagaimana?

Sebenarnya, tak susah pun nak bancuh susu formula untuk anak. Tapi, anda perlu tahu teknik bancuhan yang betul supaya khasiat susu tersebut tidak hilang. Jadi, penulis senaraikan cara bancuhan yang salah dan yang betul untuk rujukan anda.

Cara bancuhan susu formula yang salah

1. Masukkan susu formula ikut sukatan di dalam botol.

2. Tuang air panas.

3. Tambah dengan air sejuk hingga menjadi suam.

4. Goncang sehingga sebati.

5. Rasa sedikit untuk memastikan susu tersebut suam dan selamat untuk diminum.

Langkah-langkah di atas adalah salah ya! Untuk pengetahuan anda, air panas dengan suhu lebih 70 darjah Celcius jika dicampur dengan susu formula akan mematikan segala khasiat yang ada dalam susu.

Bukan itu saja, air yang terlampau panas akan bertindak balas dengan botol susu jika botol tersebut buka jenis bebas BPA. Ia akan menyebabkan berlaku pengewapan dan mungkin membebaskan bahan kimia (material susu botol).

Foto: Karangkraf

Langkah yang betul

1. Tuang dahulu air masak yang telah disejukkan ke dalam botol susu anak.

2. Tuang sedikit demi sedikit air panas sehingga air dalam keadaan suam. Contoh sukatan: 4 oz air masak, 1 0z air panas untuk susu 5 oz.

3. Masukkan susu formula mengikut sukatan yang telah diberikan pada tin dengan menggunakan sudu yang dibekalkan.

4. Tutup botol dan goncangkan secara perlahan sehingga larut dan sebati.

5. Uji suhu dengan menuang botol dan biarkan sedikit susu jatuh ke atas tapak tangan anda. Ia seharusnya rasa suam dan bukannya panas.

Awas!

Jangan sesekali menggunakan ketuhar gelombang mikro (microwave) untuk menyediakan atau memanas semula susu bayi. Pemanasan ketuhar gelombang mikro yang sekata boleh menyebabkan ‘titik panas’ (hot spots) di dalam susu. Keadaan ini akan menyebabkan mulut bayi melecur.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Majalah PaMa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Sep 2021
Featured Wed, 15 Jan 2020
Featured Tue, 14 Feb 2023
Featured Mon, 8 Aug 2022

Dakwa Filem Gadis Jolobu The Movie Karya ‘Infinity Sh*t’, Penerbit Bakal Saman YouTuber

Uishh, paling teruk YouTuber ni rate filem Gadis Jolobu 😣🔥 Apa pendapat korang?

Featured Wed, 11 Jan 2023
Featured Thu, 18 May 2023