Susah untuk dijangkakan jenis gaya fesyen yang manakah yang akan muncul atau dikitar semula. Disebabkan itu, lagi susah untuk kita putuskan baju apa yang perlu disimpan (untuk diguna semula) atau dibuang (kerana dikira ketinggalan zaman).
Nasib baik juga ada sesetengah item pakaian yang boleh dikira sebagai ‘timeless’. Stail ini tidak akan lapuk dek zaman dan boleh dipakai pada setiap peringkat usia dalam hidup seseorang itu.
Salah satu item yang wajar dimiliki semua orang ialah kemeja lengan panjang Breton yang bercorak belang biru putih nipis.
Secara tradisionalnya, ia dipakai oleh golongan kelasi di perairan Perancis. Oleh kerana itu, ia menjadi sinonim dengan imej warga negara itu.
Ia juga dikenali sebagai kemeja Breton kerana ramai daripada kelasi pada ketika itu berasal dari Britanny, Perancis.
Kini, kemeja yang tampak ringkas ini sudahpun menjadi satu item fesyen yang klasik setelah Coco Chanel mempopularkannya pada 1920-an.

Pelakon Hollywood Audrey Hepburn. (Foto: Getty)
Sehingga kini, ia masih dianggap sesuai untuk digayakan dengan pelbagai penampilana fesyen, tidak kiralah berapa usia si pemakai.
Ambil inspirasi daripada gaya-gaya yang dikongsikan oleh Who What Wear di bawah ini.
Warna gelap terang klasik
Corak ini memberi penghormatan kepada pakaian seragam tradisional kelasi pada zaman dahulu serta memberikan ilusi kasual dan cool.
Padanan yang paling mudah ialah dengan seluar denim kosong dan kasut sneakers atau loafers putih.
View this post on Instagram
View this post on Instagram

Foto: Rouje
Letusan warna
Corak belang ini boleh digantikan dengan warna yang lebih menyeronokkan dan moden. Jangan risau, ia masih dianggap bergaya.
Padankan dengan skirt berwarna ataupun seluar denim putih.
View this post on Instagram
View this post on Instagram

Foto: Kule
Variasi leher baju
Kita biasa melihat kemeja ini dengan neckline bulat. Jangan risau, anda masih boleh bergaya dengan bentuk leher baju lain. Setiap satu akan berikan ilusi berlainan kepada si pemakai.
View this post on Instagram

Foto: La Ligne

Foto: Lookastic
Selamat bergaya!