Eat Travel By: Ad Ops October 30, 2018 @ 5:00pm

Inilah Rasanya Naik Keretapi Laju Berkonsepkan ‘Hello Kitty’ Di Jepun

Adakah anda peminat tegar Hello Kitty? Jika anda betul-betul suka, anda mesti dengar tentang kenderaan kereta api laju Shinkansen yang bertemakan karakter kucing comel ini, kan?

Dilancarkan pada 30 Jun lalu, ia masih sedang beroperasi di Jepun. Anda dah naik ke belum?

Didatangkan dengan 8 buah gerabak, ia bergerak membawa penumpang di antara stesen Shin-Osaka dan stesen Hakata di Fukuoka. Perjalanannya merentasi bahagian barat negara matahari terbit ini bagi mempromosikan pelancongan di kawasan-kawasan yang terlibat.

Kereta api ini disaluti dengan dekorasi bermotifkan Hello Kitty, bukan saja pada badan luar kereta api ini tapi juga di bahagian dalam.

Tingkap, lantai, tandas, serta tempat letak kepala di setiap tempat duduk pun ada juga hiasan gambar kucing ini! Rata-rata warna pink dan putih saja! Bagi yang tak minat dengan warna ini, memang sakit mata.

Foto: CNN

Gerabak pertama dinamakan Hello! Plaza dan merupakan tempat di mana pelbagai produk dan tarikan negara Jepun dipamerkan. Penumpang juga boleh membeli merchandise Hello Kitty di sini.

Of course, ada macam-macam sudut tarikan di mana anda boleh menangkap gambar untuk dimuat naik ke dalam akaun Instagram anda.

Anda nak tahu bagaimana rupanya Shinkansen ini? Dan apa yang anda boleh expect daripada pengalaman menaikinya? Jom tonton video di bawah.

Dengar cerita, servis Shinkansen Hello Kitty ini akan ditamatkan tak lama lagi.

Jadi bagi anda yang tak ingin lepaskan peluang untuk merasai pengalaman ini, jom lawati laman web rasmi kereta api Hello Kitty untuk jadual perjalanannya dan beli tiket cepat-cepat.

Sumber: Insider, CNN

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Sep 2022
Featured Tue, 14 Mar 2023
familuv Wed, 8 Aug 2018

4 Sajian Enak Berasaskan Brokoli Untuk Si Manja

Brokoli antara sayuran yang kaya dengan vitamin dan mineral.

Featured Wed, 7 Dec 2022
Featured Fri, 14 Oct 2022

[VIDEO] Zaidi Tanya Rakyat Malaysia Tentang Simpanan Mereka Untuk Masa Hadapan

Dari kecil, kita telah diajar untuk menabung wang simpanan demi kelangsungan masa hadapan. Tapi korang tahu tak sebuah kaji selidik yang dilakukan Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati 75 peratus daripada penduduk negara ini tidak mempunyai […]

Cahaya Mata Wed, 24 May 2023

Maryam Durian Kimchi Keguguran Anak Kedua – “Kami Percaya Dengan Takdir & Perancangan Allah…”

Allahuakbar… berat ujian Ryzal dan Maryam 😢😢 Insya-Allah, ada rezeki lain suatu hari nanti ❤️