Featured By: tex_admin March 22, 2018 @ 1:53pm

Jangan Ambil Mudah Batuk Berpanjangan, Mungkin Virus Tibi Sedang Menyerang!

Pernahkan anda mengalami batuk yang berpanjangan? Keadaan ini mesti mengganggu kehidupan seharian anda kan? Dah la tak dapat tidur nyenyak, anda juga akan rasa tak selesa apabila batuk tak henti-henti. Seksanya rasa! 

Tetapi jangan menganggap batuk ini sebagai satu masalah kecil ya, batuk yang berterusan dan teruk boleh menyebabkan kerumitan kerana tekanan intratoraks dan intraabdomen kepada sistem badan kita. 

Batuk terbahagi kepada dua iaitu batuk kering dan batuk berkahak. Batuk kering biasanya tidak menghasilkan mukus (kahak), tetapi batuk berkahak akan kedengaran seperti berair dan menyebabkan pengeluaran mukus. 

Ingat ya, sekiranya anda mengalami batuk berpanjangan melebihi daripada tiga minggu cepat-cepat jumpa doktor tau! Jangan biarkan begitu lama kerana batuk yang berpanjangan tersebut antara salah satu tanda penyakit Tibi sedang menyerang anda!

Foto: Thefitglobal

Anda tahu tak apa itu penyakit Tibi? Punca penyakit ini dan cara nak atasi? Jika anda masih keliru jom baca tentang penyakit Tibi ini okay! 

Apakah penyakit Tibi ini?

1. Sejenis penyakit berbahaya yang boleh membawa maut jika tidak dirawat.

2. Ianya disebabkan oleh kuman Tibi Mycobacterium Tiberculosis.

3. Kuman Tibi biasanya menjangkiti paru-paru tetapi ia juga boleh menyerang organ-organ penting lain seperti tulang, otak, kelenjar, kulit, buah pinggang dan sebagainya.

4. Kebanyakkan orang yang dijangkiti, tidak akan mendapat penyakit Tibi kerana sistem pertahanan badan yang kuat menghalang jangkitan.

5. Tetapi kuman Tibi ini akan berada dalam badan dalam keadaan tidak aktif dan jika sistem pertahanan badan terjejas atau menjadi lemah, kuman Tibi tersebut akan menjadi aktif dan membiak sekaligus menyebabkan jangkitan Tibi yang aktif!

Faktor Penyumbang

1. Pendatang asing yang masuk secara haram dan tidak disaring daripada penyakit ini.

2. Pesakit lambat atau tidak mendapat rawatan kerana tidak mengetahui info tentang penyakit Tibi ini.

Cara Penyakit Tibi Merebak

Foto: Myliferia

1. Penyakit Tibi boleh dijangkiti melalui titisan cecair mulut dan hidung yang mengandungi kuman Tibi apabila pesakit Tibi batuk, bercakap atau bersin.

2. Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi cecair ini akan menghadapi risiko dijangkiti kuman Tibi.

3. Penyakit Tibi diluar paru-paru (EPTB) tidak akan menjangkiti orang-orang disekelilingnya. 

Tanda-Tanda Penyakit Tibi

Foto: CoughingUpBlood

1. Batuk berpanjangan melebihi dua minggu

2. Batuk berdarah atau berkahak

3. Sakit pada bahagian dada

4. Lemah dan keletihan

5. Susut berat badan 

6. Hilang selera makan

7. Menggigil

8. Demam

9. Berpeluh waktu malam

Golongan Yang Mungkin Diserang Tanda Penyakit Tibi

1. Mereka yang dijangkiti AIDS (virus HIV)

2. Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan penyakit Tibi yang tinggi

3. Mereka yang kekurangan zat dan vitamin

4. Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV

Golongan Yang Berisiko Tinggi Mendapat Jangkitan

1. Pembawa HIV

2. Mereka yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, buah pinggang

3. Pesakit yang mengambil ubat steroid dalam jangka waktu yang lama

4. Warga emas

5. Perokok tegar

Langkah Pencegahan

Foto: Getty Images

1. Bayi yang baru dilahirkan mestilah diberi suntikan imunisasi BCG.

2. Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada kesan parut dan pada umur 12 tahun.

3. BCG diberikan secara percuma di semua Hospital dan Klinik Kesihatan Kerajaan untuk mereka yang berumur 20 tahun ke bawah. 

4. Sekiranya batuk berterusan lebih daripada dua minggu, segeralah berjumpa doktor untuk menguji kahak anda.

5. Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pesakit dalam tempoh yang lama hendaklah tampil menjalani pemeriksaan doktor.

Jadi, lepas ini anda perlu berjaga-jaga ya dan jangan ambil mudah kalau mengalami batuk yang tak baik-baik tu. Cepat-cepat jumpa doktor agar orang sekeliling tidak dijangkiti virus yang anda bawa itu okay!

Sumber: Diet-diet Sihat, Kosmo Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 28 Nov 2018

3 Sebab Anda Patut Tambahkan Serangga Ke dalam Diet Anda

Cuba tahan rasa geli-geleman apabila membaca artikel ini ya!

Eat Travel Fri, 17 Apr 2020

Mahu ikan goreng rangup dan sedap? Ini rahsianya

Bukan sekadar garam kunyit biasa!

Featured Mon, 23 Mar 2020

Senaman ringkas untuk bahu elak tekanan akibat duduk terlalu lama

Sesiapa sahaja boleh lakukan 4 langkah mudah ini

Featured Mon, 9 May 2022
Featured Wed, 12 Feb 2020
Featured Thu, 6 Jan 2022

Kes Omicron Pertama Kini Dikesan Di Tawau

Semoga negara & orang yang kita sayang dalam lindungan Tuhan

Featured Thu, 20 Oct 2022
Featured Thu, 12 Jan 2023

‘This Is Ernie Zakri Showcase’ Berjaya Menambat Hati 200 Peminat Bertuah

Kelunakan dan lontaran vokal mantap Ernie memang tak dinafikan power! Looking forward for next concert berskala besar! Axiata kan? Janjiiii 🤣🤪

error: Content is protected !!