familuv By: Ad Ops August 13, 2019 @ 2:00pm

Jangan biar anak main di sekitar 5 jenis pokok hiasan yang merbahaya ini

Lebih elok sebenarnya jika anak anda diberi peluang untuk bermain di dalam persekitaran semula jadi daripada terperangkap di dalam rumah.

Udara yang segar ternyata memang bagus untuk kesihatan. Anak anda yang aktif pastinya akan rasa lebih puas jika dia boleh bermain di tempat yang lebih luas.

Tetapi apa-apa pun, di mana jua anak anda berada, bahaya boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja jika anda tidak mengawasinya.

Apabila anak anda bermain di luar, salah satu ancaman boleh datang daripada tanaman pokok yang ada di sekelilingnya. Sesetengah pokok ialah beracun dan boleh membahayakan kesihatan.

Satu kejadian melibatkan sejenis pokok ini telah berlaku kepada anak Husnolkhotimah Fahmi yang beliau kongsikan di Facebook.

Anaknya Nashwa telah menggigit sehelai daun yang berupa daun keladi yang ada ditanam di rumah mereka. Tidak lama kemudian dia menangis sakit seolah-olah ada luka di mulut.

Husnolkhotimah membuat pencarian di Google dan mendapati pokok yang Nashwa gigit dipanggil Dieffebachia, sejenis pokok hiasan yang sering ditanam di halaman rumah. Getahnya mengandungi Calcium Oxalate yang boleh menyebabkan rasa gatal serta kejang bibir dan lidah. 

Nashwa menangis dengan mulutnya ternganga kerana dia tidak boleh menutup bibirnya yang kejang dan bengkak. Menurut doktor, jika Nashwa menelan sedikit sahaja pun daun itu, saluran pernafasannya boleh tersekat. Menakutkan!

Jom kita ambil pedoman daripada kejadian ini dan ketahui tumbuhan mana yang anda patut jauhkan daripada si kecil, menurut theAsianparent.

Dieffenbachia

Foto: Crocus

  • Getah tumbuhan ini digunakan oleh penduduk Amazon sebagai racun bagi anak panah ketika memburu.
  • Toksin di dalam pokok ini, Calcium Oxalate, juga boleh merosakkan buah pinggang, perut dan arteri serta menyebabkan gastrik.

Anthurium Spp

Foto: PlantVine

  • Ia juga mengandungi toksin Calcium Oxalate yang membahayakan kanak-kanak di bawah umur enam tahun.
  • Walaupun racunnya berkategori sederhana, jika termakan dalam jumlah yang banyak, ia boleh menyebabkan kecederaan yang serius ataupun membawa maut.
  • Antara simptom racunnya ialah seperti sakit kulit, mulut, lidah dan tekak, serta sukar bernafas.

Nerium Oleander

Foto: Seeds Gallery

  • Tampak sahaja cantik tetapi kandungan racunnya tinggi! Ia bukan sahaja membahayakan kanak-kanak tetapi juga haiwan peliharaan anda.
  • Ketika mengendalikan pokok ini, seelok-eloknya pakailah sarung tangan atau topeng muka supaya anda tidak terhisap bau getahnya.

Zamioculcas Zamiifolia

Foto: Plantshop.ae

  • Ia juga dikenali sebagai Zanzibar Gem, Money Plant, Succulent Philodendron, Chinese New Year Festive Plant dan arum fern.
  • Daunnya tebal dan batangnya berkilat, mirip pokok tiruan yang diperbuat daripada plastik.
  • Setiap bahagian pokok ini mengandungi racun dan patut dijauhkan daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan.
  • Ketika mengendalikan pokok ini, pakai sarung tangan dan selepas itu, cuci betul-betul dengan hati-hati.

Caladium bicolor

Foto: My Garden Life

  • Kandungan toksin di dalam pokok ini dinamakan Calcium Oxalate Crystals dan asparagine.
  • Jika anak anda termakan, dia akan terasa seolah-olah mulut dan tekaknya terbakar atau melecur.
  • Simptom lain termasuklah cirit-birit, muntah, sakit mulut, lidah bengkak dan mata kemerahan.
  • Segera lap mulut mangsa dengan kain bersih yang dibasahkan dengan air sejuk. Kemudian berikan minum susu. Jika berlarutan, hantarkannya segera ke hospital.

Anda pernah lihat pokok-pokok di atas? Jangan disangka ia tidak membahayakan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 6 Aug 2022

‘Bisik’ Pasal Crush, Irfan Haris Hasil Single Ke-8 – “Saya Harap Dia Tahu Lagu Ini Untuk Dia”

Korang yang ada crush tu mungkin boleh BISIK macam Irfan Haris jugak 😂 Apapun tahniah Irfan sebab lagu berjaya masuk carta RIM 👏 Dah jom sendu sama-sama!

Featured Wed, 1 Mar 2023
Featured Thu, 25 Feb 2021
Featured Mon, 18 Jul 2022

Naqiu Tolak Tawaran Menyanyi Jika Bukan Bersama Boboy – “Tak Adil Minta Saya Nyanyi Lagu…”

Ini baru betul ketua kumpulan yang hebat! 👏🏻 Naqiu kata nak tebus semula peluang Boboy yang hilang 15 tahun dahulu. Yass, Min suka lagu Episod Cinta 🤩👏🏻

Featured Wed, 13 Oct 2021

Hadir Ke Mahkamah Syariah Bersama Suami, Siti Saleha Fail Tuntutan Cerai

Pergolakan rumah tangga aktres jelita, Siti Saleha menjadi persoalan ramai apabila pelakon itu didakwa hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada pagi Rabu bagi sebutan kes perceraiannya. Menurut laporan sebuah portal, prosiding dilakukan di […]

Featured Wed, 10 Aug 2022
Featured Fri, 19 Aug 2022

[VIDEO] Netizen Dakwa Mia Sara Berubah Kerana Berkawan Dengan Kasih Iris Leona?

Eh, kenapa tu Mia Sara? Betul ke dah berubah sebab pengaruh rakan sebaya?

familuv Mon, 13 Jan 2020

Foto keluarga bahagia TMJ, alahai comelnya gambar nombor 5  

Keluarga diraja Johor ini menjadi kesayangan bangsa Johor