Featured By: tex_admin June 18, 2018 @ 11:00am

Jangan Guna Putik Kapas Kalau Bersihkan Tahi Telinga. Bahaya!

Berapa kali anda mengorek atau membersihkan tahi telinga? Sudah pastinya ramai di antara kita sangat menitik beratkan soal kebersihan diri termasukkan pada bahagian telinga.

Mungkin anda percaya bahawa telinga yang tidak dibersihkan setiap hari akan menyebabkan telinga tersumbat dan pekak gara-gara tahi telinga yang terkumpul. Sebenarnya, anda tidak perlu membersihkan telinga anda setiap hari! 

Kebiasaannya putik kapas adalah alat yang biasa digunakan. Tahukah anda, penggunaan putik kapas hanya menarik keluar lebihan tahi telinga yang melekat pada permukaan kapas sahaja. Ia tidak dapat membersihkan secara menyeluruh kerak tahi telinga yang melekat di sekeliling rongga.

Selain itu, penggunaan putik kapas juga menyebabkan kapas menolak sisa-sisa tahi telinga yang terkumpul ditolak lebih dalam sehingga ke kawasan rongga paling dalam, lalu akan menyukarkan lagi proses pembersihan telinga.

Foto: Informasi Kesihatan

Menurut pakar, anda tidak perlu kerap membersihkan atau mengorek telinga kerana telinga mampu membersihkan dirinya sendiri kerana kulit pada bahagian dalam akan tumbuh ke arah keluar.

Keadaan ini akan menolak tahi telinga anda secara perlahan-lahan dan ia akan terkeluar dengan sendirinya. Bukan itu sahaja, kekerapan anda membersihkan tahi telinga juga akan mencederakan salur dan gegendang telinga.

Kalau anda nak tahu, air yang masuk ke bahagian telinga ketika anda mandi atau sebagainya dapat membantu melembutkan tahi telinga yang keras!

Jika telinga anda berasa sakit kerana ada tahi telinga yang keras, jangan sesekali mengeluarkan tahi telinga tersebut kerana ia akan menyebabkan kesakitan itu menjadi lebih serius seterusnya menyebabkan kecederaan.

Foto: Alodokter

Sebaiknya, anda perlu pergi ke klinik dan dapatkan rawatan yang akan membantu mencairkan tahi telinga anda. Doktor akan mencampurkan peroxide serta beberapa cecair alkohol lain dan seterusnya akan menyuntik ke dalam rongga telinga anda yang bertindak sebagai agen pencuci. Cara ini akan memberikan keselesaan dan kembalikan pendengaran anda. 

Jika sekiranya anda mahu mengorek telinga juga, anda haruslah menggunakan besi pengorek telinga kerana ia mempunyai penghujung yang boleh menarik keluar kotoran yang terperangkap dalam telinga. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda. Hindarilah menggunakan putik kapas agar telinga anda kekal sihat.

Sumber: HealthlineHealthyhearing

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 10 Jan 2023
Featured Wed, 19 Apr 2023
Featured Mon, 14 Jun 2021

“Selalu Tanya Abang Ahmad..”- Fedtri Yahya Dedah Kesungguhan Pelajar Raih A+ Subjek Tasawwur Islam Dalam SPM

Kisah seorang remaja berbangsa India, V Easwaran yang memperolehi keputusan cemerlang dalam subjek Tasawwur Islam  ketika menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tempoh hari mendapat perhatian ramai. Menurut  V. Easwaran yang ditemui di sidang media secara […]

Featured Sat, 25 Mar 2023

“Kami Mohon Puteri Sarah Berdamai Dengan Bersyarat, Tapi Dia…” – Patimah Ismail Mohon Henti Buat Spekulasi

Kasih sayang ibu mentua tiada penghujungnya ❤️ “Puteri Sarah menantu kami dunia akhirat, tiada pengganti” – Patimah Ismail

Featured Thu, 10 Aug 2023
Featured Wed, 17 May 2023