Featured By: Fadzlena Jafar March 12, 2020 @ 5:30pm

Jangan pandang remeh apabila telinga berdengung atau berdesing

Telinga berdengung atau berdesing, selain kurang pendengaran lazimnya dikaitkan dengan beberapa perkara, antaranya telinga dimasuki air selepas mandi atau berenang. Bagaimanapun, jika gejala itu berlaku bukan disebabkan perkara berkenaan, mungkin telinga mengalami jangkitan atau petanda penyakit yang lebih serius.

Masalah yang dikenali sebagai tinnitus itu akan menyebabkan telinga berdengung dan ada kalanya seseorang itu mungkin mendengar bunyi yang perlahan atau kuat seperti berdesing, nyaring, ngauman atau mungkin juga denyutan jantung kedengaran di telinga.

Gejala ini boleh menjejaskan mutu kehidupan seseorang kerana lazimnya seseorang yang mengalami tinnitus akan rasa tidak selesa apabila kedengaran bunyi berdengung atau berdesing sepanjang masa, malah boleh juga diserang migrain atau pening kepala (vertigo).

Dalam keadaan tertentu, seseorang yang mengalami tinnitus mungkin kurang pendengaran dan sukar untuk tidur lebih-lebih lagi jika gejala yang dialami berterusan.

Tinnitus menyebabkan telinga rasa berdengung atau berdesing dan rasa tidak selesa apabila mendengar bunyi lain yang nyaring. Gambar hiasan/ Sumber Sehatq

Menurut portal MyHealth, sepertiga daripada sesuatu populasi akan mengalami gejala tinnitus sekali dalam hayat mereka dan berdasarkan pemerhatian, gejala itu lebih banyak berlaku pada usia 40-an hingga 70-an.

Tinnitus bukan penyakit, sebaliknya adalah gejala kepada penyakit tertentu seperti jangkitan, namun jika berterusan mungkin juga tanda awal penyakit yang lebih serius seperti tumor di telinga dalam atau otak.

Mereka yang mengalami gejala tinnitus perlu mendapatkan rawatan bagi mengenal pasti punca sebenar. Antara rawatan yang disarankan doktor akan bergantung pada punca, misalnya antibiotik dan ubat titis telinga sekiranya berpunca daripada jangkitan.

Bagaimanapun, doktor mungkin menyarankan alat bantuan pendengaran dan ubat penenang bagi mengurangkan keresahan selain memudahkan untuk tidur. Jika tinnitus disebabkan penyakit yang lebih serius seperti tumor, maka doktor akan menyarankan pembedahan.

Dapatkan rawatan segera bagi mengenal pasti punca telinga berdesing. Gambar hiasan/Sumber Doktor Sehat

Punca tinnitus:

  1. Jangkitan dalam telinga (jangkitan dalam telinga tengah)
  2. Saluran darah tidak normal
  3. Saluran Eustachian gagal berfungsi (saluran yang menghubungkan hidung ke telinga tengah untuk mengimbangkan tekanan)
  4. Masalah telinga seperti tahi telinga keras dan tersumbat
  5. Presbyacusis (masalah pendengaran disebabkan oleh faktor usia)
  6. Masalah pendengaran disebabkan bunyi bising
  7. Kecederaan kepala
  8. Pendedahan telinga pada bunyi bising yang kuat
  9. Pengambilan ubat seperti ubat penahan sakit atau antibiotik yang tidak bersesuaian dengan seseorang itu
  10. Faktor psikologi seperti kemurungan, tertekan dan keresahan

Punca lebih serius:

  1. Tekanan darah tinggi dan aterosklerosis
  2. Tumor dalam telinga dalam (acoustic neuroma)
  3. Angin ahmar
  4. Kekurangan sel darah merah serta buah pinggang yang tidak berfungsi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 17 Mar 2020
Featured Thu, 18 Feb 2021
Featured Sat, 14 Jul 2018
Featured Sun, 14 Mar 2021
Featured Mon, 12 Nov 2018
Featured Wed, 6 Mar 2019

Cinta pasangan China-Malaysia ini berputik melalui laman Friendster, bacalah kisah romantik mereka!

Mereka bertuah kerana bukan semua hubungan cinta atas talian berkekalan.

familuv Tue, 24 Jul 2018

Ini Antara Punca Yang Anda Tidak Tahu Tentang Kenapa Bayi Boleh Tersedak Susu

Jangan disebabkan kelalaian kita, nyawa anak tergadai!

Featured Mon, 29 Jan 2018

Elak 5 Makanan Ini Jika Mahu Kurus

Bagi sesetengah individu, berpantang makan untuk kurus bukan satu benda asing dalam diari diet.

| Live TV