Featured By: Fadzlena Jafar April 24, 2020 @ 6:57pm

Jangkitan COVID-19 boleh kembali meningkat jika tidak berwaspada

Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan penularan jangkitan COVID-19 kembali meningkat sekiranya semua pihak mengambil sikap sambalewa terutama apabila Kerajaan memberikan kelonggaran pergerakan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata meskipun kes jangkitan harian COVID-19 semakin berkurangan, semua pihak perlu kekal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutama apabila Malaysia melangkah ke fasa empat PKP.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian perkembangan COVID-19 di Putrajaya, hari ini. (Gambar BERNAMA)

“Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, kita mendapati Malaysia mencapai puncak pada 3 April apabila jumlah kes jangkitan harian dikesan sebanyak 217 kes. Kita menjangkakan kemuncak kes pada 14 April dengan 6,300 kes, tetapi tidak berlaku, mungkin PKP fasa satu dan dua sudah meratakan lengkungan graf.

“Kini Malaysia berada pada fasa pemulihan, bukan fasa puncak, justeru kita perlu meneruskan momentum dan memastikan dapat mengawal serta mengurangkan kes jangkitan dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Ramadan mengumumkan Kerajaan mengambil keputusan untuk melanjutkan PKP sehingga 12 Mei 2020, namun memberi sedikit kelonggaran membabitkan pergerakan pelajar IPT dan warga kota yang terperangkap di kampung untuk pulang ke rumah masing-masing.

Kerajaan hanya memberikan kelonggaran pergerakan kepada pelajar IPT dan warga kota yang terkandas di kampung.

Dr Noor Hisham berkata, KKM menyambut baik keputusan Kerajaan untuk melanjutkan PKP kerana tempoh dua minggu lagi itu amat penting bagi memastikan Malaysia mampu mengawal penularan dan melakukan saringan berdasarkan pendekatan berfokus.

“Kita melihat tanda kejayaan PKP apabila lengkungan graf dapat diratakan, selain mampu mengawal kes jangkitan. Tetapi kita belum menang sepenuhnya kerana kes kebolehjangkitan dan jangkitan dalam komuniti masih ada, walaupun sudah berkurangan.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggariskan enam kriteria yang dijadikan sebagai petunjuk menandakan sesebuah negara itu sudah berjaya dalam memerangi wabak COVID-19 dan kita sudah mencapai lebih separuh daripada kriteria berkenaan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: PKP boleh ditamatkan jika Malaysia capai 6 kriteria ini

Sementara itu, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan sehingga jam 12.00 tengah hari tadi terdapat 88 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 5,691 kes.

Daripada 88 kes jangkitan baharu itu, 13 kes adalah kes import daripada warganegara Malaysia yang pulang dari luar negara dan 75 kes membabitkan penularan tempatan.

Jumlah kes sembuh yang dilaporkan sebanyak 121 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh dan dibenarkan keluar daripada hospital sebanyak 3,663 atau 64.4 peratus. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,932 kes.

Sehingga kini, seramai 41 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 18 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,932 kes.

Bagamanapun, terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 96 kes  atau 1.69 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Fri, 24 May 2019

Tak rasa lapar walaupun saat berbuka, ini rahsia Yasmin Hani kekal bertenaga dan aktif

Panduan Yasmin Hani ini amatlah sesuai bagi mereka yang hendak berdiet!

Featured Tue, 6 Dec 2022
Eat Travel Sat, 23 May 2020
Featured Thu, 26 Apr 2018

5 Tips Yang Perlu Dipraktikkan Sebelum & Ketika Mengundi. Jadilah Pengundi Bijak

Wanita memainkan peranan penting dalam proses pengundian, justeru jangan sesekali abaikan tanggungjawab kepada negara.

Featured Wed, 30 Nov 2022

“Dia Pernah Masuk Lokap, Tapi…” – Dakwa Dianaya Selama 3 Tahun & Dipukul Hampir Separuh Nyawa, Bekas Isteri Afiq Muiz Tunjuk Bukti Mata & Badan Lebam

Allahh, teruknya lebam dekat mata tuu 🥵😭 Perkara macam ni takkan nak dibuat main kan? Hmm apapun semoga dipermudah segala urusan buat mereka

Featured Fri, 11 Aug 2023
Featured Mon, 6 Mar 2023