Featured By: Fadzlena Jafar June 12, 2020 @ 4:31pm

Jenama fesyen terkenal Zara tutup 1,200 butik di Asia dan Eropah

Jenama fesyen terkenal, Zara akan menutup kira-kira 1,200 butik jenama itu di seluruh dunia dan menggantikan dengan perniagaan dalam talian bagi meningkatkan jualan yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19, sejak Mac lalu.

Syarikat yang berpangkalan di Sepanyol itu turut mempunyai beberapa jenama lain seperti Bershka, Pull & Bear dan Massimo Dutti.

Menurut The Guardian, Inditex, peruncit yang mengedar jenama berkenaan dalam satu pengumuman baru-baru ini berkata, penutupan itu dijangka membabitkan butik di Eropah dan Asia.

Bagaimanapun, media di Eropah difahamkan 107 kedai Inditex di United Kingdom (UK) tidak akan terkesan dengan perancangan terbaharu itu.

Meskipun butik ditutup, Inditex akan menawarkan semua kakitangan di butik-butik terbabit untuk memegang tanggungjawab baharu menerusi perniagaan secara dalam talian termasuk mengendalikan media sosial dan jual beli dalam talian.

Dengan penutupan itu, jumlah butik Zara yang kini sebanyak 7,412 di seluruh dunia akan berkurangan kepada 6,700 hingga 6,900 selepas penstrukturan semula. Jumlah itu termasuk pembukaan 450 kedai baharu Inditex.

Penularan wabak COVID-19 memberi kesan pada kebanyakan syarikat di Eropah termasuk Inditex, yang juga antara jenama peruncit fesyen terkenal di dunia. Jualan Inditex dikatakan turun 44 peratus kepada RM15.93 bilion (Euro 3.3 bilion) pada suku pertama 2020.

Rekaan Zara yang bersifat minimalis mempunyai ramai peminat di seluruh dunia. (Gambar hiasan/ Kredit Fashion Law)

Syarikat itu melaporkan kerugian RM1.975 bilion (Euro 409 juta) pada suku pertama tahun kewangannya, malah sehingga 8 Jun 2020 lebih ¼ butik jenama itu di seluruh dunia masih ditutup berikutan COVID-19.

Bagaimanapun, Inditex melaporkan jualan dalam talian meningkat sehingga 50 peratus pada suku pertama tahun ini dan meningkat sehingga 95 peratus pada April 2020 berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Tindakan Inditex untuk menutup lebih 1,000 butik, tetapi mengekalkan kakitangan dengan menawarkan pelbagai kerja lain menerusi perniagaan dalam taliannya dipuji media Eropah.

Penularan wabak COVID-19 di Eropah menyebabkan beberapa jenama fesyen terkemuka Eropah terpaksa menutup sebahagian besar butik di beberapa negara, sekali gus mengakibatkan ratusan pekerja kehilangan pekerjaan.

Antaranya jenama fesyen Monsoon Accessorize dan Quiz yang mengumumkan penutupan sebahagian besar butiknya pada 10 Jun lalu dan menghentikan pekerja di butik yang terbabit dalam penutupan itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 14 Nov 2019

10 makanan yang tidak patut dimakan ketika perut kosong

Ketahui juga 10 makanan yang selamat untuk dimakan.

Featured Mon, 19 Dec 2022

“Sampai Hati Kau Kenakan Orang Buta…” – Caliph Buskers Merayu Minta Bayaran

Macam mana boleh jadi macam ni? Semoga dapat diselesaikan dengan baik

Featured Tue, 16 Aug 2022
Featured Tue, 24 May 2022
Featured Tue, 17 Oct 2023

Tiga Bulan Rangka Persiapan Konsert, Fourtwnty Akui Banyak ‘Berehat’

Tak sabar nak pergi konsert Fourtwnty Ahad ni gaissss!🙌

Featured Wed, 27 Mar 2024

Khatam Al-Quran Lebih 5 Kali, Netizen Bitter Gelar Lisa Surihani Riyak

MashaAllah, moga tips yang diberikan Datin Lisa dapat dijadikan pengajaran😊

Acara Tue, 2 Apr 2019