Featured By: Ad Ops July 20, 2018 @ 3:00pm

Jika Anda Alami Kemurungan, Makan 7 Jenis Bahan Ini Untuk Melawannya

Penulis buku ‘Overcoming Binge Eating For Dummies’ dan ‘The Belly Fat Fix, Marjorie Nolan Cohn, berpendapat yang apa yang anda makan boleh mempengaruhi mood anda.

Sama ada positif atau negatif, terpulang kepada pilihan makanan anda.

Contohnya, jika anda makan banyak ikan dan kekacang, anda boleh melawan tanda-tanda kemurungan dengan efektif.

Depresi kini telah menjadi salah satu masalah kesihatan yang paling biasa dihidapi oleh ramai orang di dunia setiap tahun.

Jika anda mengalami kemurungan dan anda rasa macam tiada pengubat untuk anda, jangan risau! Anda boleh cuba perbaiki mood anda dengan makanan!

Yang paling penting, anda perlu banyak makan makanan sihat dan jauhi makanan atau minuman yang mengandungi banyak lemak tepu, kafein, ramuan yang diproses serta gula halus.

Jom ketahui 7 bahan makanan yang boleh membantu:

1. Coklat

Bahan ini adalah makanan yang paling berkesan untuk baikkan mood. Itu sebabnya orang selalu makan bila mereka rasa tak best. Apabila ia memasuki badan kita, ia akan dipecahkan dan diproses menjadi hormon yang boleh menambahbaikkan mood iaitu serotonin. Tapi jangan makan banyak sangat pula!

2. Cendawan

Ciri-ciri kimia dalam cendawan melawan insulin maka ia merendahkan kandungan gula dalam darah. Jadi fikiran anda akan lebih tenang. Ia juga menggalakkan pembentukan bakteria sihat dalam usus. Memandangkan serotonin dibentuk oleh sel-sel saraf dalam usus kita, kita kena beri perhatian kepada kesihatan dalaman badan kita.

3. Kacang walnut

Foto: www.organicfacts.net

Sumber dalam bentuk tumbuhan yang paling kaya dengan asid lemak omega-3 ialah kacang ini. Sudah ada beberapa kajian yang membuktikan asid lemak ini boleh mengurangkan tanda-tanda depresi dan menyokong fungsi otak. Diet yang kurang dengan sumber ini boleh meningkatkan risiko terhadap gangguan psikiatri.

4. Epal

Sama seperti buah beri, buah ini kaya dengan antioksida yang boleh bantu perbaiki dan hentikan kerosakan pengoksidaan serta inflamasi pada sel. Kaya dengan serat larut yang boleh seimbangkan kadar gula dalam darah.

5. Ikan berminyak

Foto: Thinkstock images

Ikan berminyak seperti sardin, salmon, makerel, tuna dan herring memang kaya dengan asid lemak omega-3. Oleh kerana badan kita tak menghasilkan asid ini, kita memang kena makan sumbernya. Omega-3 boleh wujudkan neurotransmitter (bahan kimia yang menghantar signal dari neuron ke sel-sel) serta serotonin yang mengimbangkan mood kita. Ada kajian yang menunjukkan bahawa pesakit kemurungan bertambah pulih setelah diberi supplement omega-3.

6. Tomato

Ia mengandungi asid folik dan alpha-lipoic acid yang memang elok untuk membanteras depresi. Menurut kajiam satu pertiga daripada pesakit depresi kekurangan folate. Lebihan homocysteine menghalang pengeluaran neurotransmitter penting seperti dopamine, serotonin dan norepinephrine. Asid folik bertindak untuk melawan proses itu.

7. Avokado

Bahan ini mengandungi lemak sihat yang otak kita perlukan untuk berfungsi dengan lancar. 3 suku daripada kalori avokado adalah daripada lemak ini dan sebiji avokado biasa mengandungi 4 gram protein, lebih daripada buah lain. Ia juga penuh dengan vitamin B, K, C dan E-12, serta rendah gula dan pada masa yang sama kaya dengan serat.

Sumber: Daily Entertainment

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 May 2021

Semua Sektor Ekonomi Ditutup, Kerajaan Laksanakan Total Lockdown Bermula 1 Jun

Sejak dilanda gelombang ke tiga COVID-19 bermula Mac tahun ini, negara terus menyaksikan pertambahan kes COVID-19 secara mendadak, dengan 8,290 kes baharu dicatat. Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bersidang awal hari ini telah memberi […]

Gaya Hidup Fri, 30 Nov 2018

Nikmati Kek Kegemaran Anda Dengan Hanya 1 Klik. Wah Hebat!

Eat Cake Today, portal pesanan dan penghantaran kek pertama atas talian di Malaysia.

familuv Thu, 22 Dec 2022

Pandainya! Gelagat Anak Saharul Ridzwan Selawat Curi Tumpuan Ramai

Perkongsian video pelakon Saharul Ridzwan bersama dua anaknya, Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra sedang berselawat sambil memegang kompang menarik perhatian. Apa yang mencuri perhatian ramai adalah kepandaian dan kesungguhan Ali dan Fateema yang menghabiskan […]

Featured Wed, 18 May 2022

“Saya Dah Lama Nak…” – Baby Shima Dedah Wajah Dan DM Lelaki Ajak Lakukan Seks

Aduhai… Dah takda kerja lain ke? Harapnya ada tindakan yang diambil ke atas individu macam ni 😤

Featured Tue, 7 Nov 2023
Drama Thu, 25 Aug 2022
Events Fri, 5 Aug 2022

Gara-Gara ‘Jobless’, Aril Pilus Akui Pernah Kena Anxiety – “Nak Kekal Lama Dalam Industri Kena…”

Siapa je yang tak terkesan kan bila takdak kerja 😌 Semoga Aril dikurniakan dengan rezeki yang tidak putus-putus 🤲

Gaya Hidup Mon, 29 Jan 2018

Berbuat Baik Panjangkan Usia

Menghulurkan tangan membantu mereka yang memerlukan bukan sahaja sesuatu yang mulia, malahan boleh memanjangkan usia juga, menurut satu kajian.