Featured By: Ad Ops June 15, 2018 @ 10:00am

Jika Anda Rasa Stres Atau Bimbang, Makan 6 Makanan Ini Untuk Beri Ketenangan

Bila anda berhadapan dengan tekanan atau kerisauan, kadangkala anda rasa macam tiada benda yang boleh menenangkan fikiran anda.

Salah satu cara lazim untuk cuba hapuskan perasaan yang tidak enak ini adalah dengan makan. Selalunya “comfort food” orang ramai adalah seperti ais krim atau keropok ubi.

Tapi jika itulah cara anda untuk pulih, kenapa tak makan saja makanan yang bukan saja berkhasiat tapi boleh betul-betul bantu anda hilangkan stress menurut kata sains?

Ada beberapa jenis mineral dan vitamin yang melahirkan perasaan gembira dari dalam otak anda. Antaranya adalah magnesium dan tryptophan yang mengeluarkan serotonin, bahan kimia penting yang mengawal selia perasaan bimbang, gembira dan mood dalam diri anda. Omega-3 dan vitamin B juga boleh memperbaiki mood anda.

Yang menariknya, mineral dan vitamin ini terkandung dalam jenis-jenis makanan yang biasa anda temui di pasaraya. Jom kita check out apakah makanan ini.

1. Oat

Bahan ini adalah snek sebelum tidur yang bagus kerana kandungan tryptophan di dalamnya menghasilkan perasaan tenang, dan kandungan melatoninnya pula membolehkan anda tidur dengan lena. Oat juga mengandungi kandungan vitamin B6 dan magnesium yang tinggi, menjadikan ia sebagai makanan yang melegakan.

2. Tauhu

Foto: Popsugar Photography / Jenny Sugar

Ia mengandungi vitamin B1, banyak tryptophan, magnesium dan omega-3. Daripada makan begitu saja, cuba gunakannya sebagai base untuk protein shake berperisa vanila. Manalah tahu, mungkin rasanya sedap?

3. Biji chia

Ia mengandungi lebih banyak tryptophan daripada ayam belanda, dan kaya dengan magnesium. Ia boleh dimakan sebagai sarapan atau pencuci mulut.

4. Salmon

Ikan ini dikira sebagai superfood untuk menghilangkan stress, kebimbangan dan kemurungan. Ia kaya dengan asid lemak omega-3, vitamin B dan magnesium, dan juga mengandungi sedikit tryptophan.

5. Udang dan kerang

Sama seperti ayam belanda, shellfish juga kaya dengan tryptophan. Udang juga penuh dengan asid lemak omega-3.

6. Edamame

Foto: Popsugar Photography / Lizzie Fuhr

Sama juga seperti tauhu, kacang soya boleh menjadi snek yang bagus untuk hilangkan kebimbangan. Hanya dengan 100 gram, anda boleh mendapat lebih dua kali ganda pengambilan harian tryptophan yang disyorkan, dan ada juga kandungan 300 gram omega-3 di dalamnya!

Sumber: Popsugar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Feb 2021

Cara Tukar Kata Laluan Bantuan Prihatin Rakyat Secara Dalam Talian – LHDN

Berita gembira buat pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)! Dalam satu kenyataan rasmi, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) mengumumkan mereka yang ingin menukar kata laluan BPR boleh melakukannya di laman web BPR tanpa perlu ke […]

Events Fri, 24 Jun 2022

“Takkan Lupa Asal Usul” – Wings Bakal Adakan Konsert Tour Untuk Marhaen?

Wah! Mesti ramai sayap-sayap Wings yang tak sabar nak pergi konsert kan 😍

Featured Wed, 10 Aug 2022
Eat Travel Sun, 2 Dec 2018

Manfaatkan Cuti Sekolah Bersama Anak-Anak Dengan Mencuba Resipi Pizza Gebu Ini

Anda boleh pilih topping pizza yang anak-anak suka!