Featured By: tex_admin June 20, 2018 @ 11:00am

Jika Anda Selalu Letih Ketika Hamil, Sila Makan 5 Jenis Makanan Ini!

Jika anda baharu saja disahkan hamil, tahniah kami ucapkan! Memandangkan anda bakal menjadi ibu, pasti anda tertanya-tanya tentang apa yang boleh dan tidak boleh dimakan. Mungkin di awal kehamilan anda tidak begitu berselera, terutamanya jika anda mengalami mabuk hamil pada waktu pagi. Mesti letih kan?

Walaupun begitu, cubalah makan secara sihat agar dapat mengatasi masalah keletihan yang anda alami itu. Diet yang sihat juga dapat membantu anda berasa lebih cergas dan akan membantu bayi mendapat kesemua nutrien yang diperlukan untuk membesar. Kami kongsikan antara makanan yang berkhasiat dan yang pasti makanan ini dapat membantu mengurangkan keletihan anda ketika hamil.

1. Daging Tanpa Lemak

Daging adalah sumber protein berkualiti tinggi. Sebaiknya, ketika hamil ini anda makanlah daging tanpa lemak. Anda juga perlu mengurangkan pengambilan daging seperti burger atau sosej kerana ianya kurang segar dan cenderung untuk kehilangan nutrisi yang baik.

2. Kekacang

Kebiasaannya apabila hamil akan mudah mengantuk. Bagi anda yang sering mengantuk ketika di pejabat atau pada waktu siang, elakkan mengambil kudapan yang tidak berkhasiat seperti asam dan jeruk. Sebaliknya, anda perlu mengambil kudapan yang berunsurkan kekacang seperti kuaci, kacang badam, almond, pistachio dan walnut. Seeloknya, carilah kekacang daripada sumber yang asli dan tidak bergaram atau berperisa.

Kekacang mengandungi pelbagai nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Minyak kacang walnut misalnya mempunyai omega-3 untuk perkembangan otak bayi di samping membantu menangani stress ketika hamil.

3. Sayuran Hijau

Sayuran sememangnya mempunyai khasiat yang sangat bagus untuk wanita hamil. Anda boleh makan sayuran yang berwarna hijau tua misalnya sayur bayam, sawi, dan sebagainya. Contohnya, sayur bayam mempunyai khasiat vitamin A, C dan K. Sayuran juga membantu melancarkan sistem pencernaan anda agar semua toksin dalam badan dapat disingkirkan.

4. Buah-buahan

Untuk pengetahuan anda, makanan bagi ibu hamil perlu diambil daripada pelbagai sumber warna buah-buahan seperti hijau, merah, oren, kuning, ungu dan putih. Hal ini kerana, anda dan bayi akan mendapat pelbagai nutrisi kerana setiap kelompok warna yang berbeza akan memberikan vitamin, mineral dan antioksidan yang lebih terperinci untuk tubuh badan masing-masing.

Anda tidak perlu risau tentang kiraan kalori kerana buah-buahan adalah diet yang sihat. Ia amat sesuai untuk dijadikan snek semasa mengantuk di siang hari!

5. Susu

Susu sememangnya minuman yang amat sinonim untuk ibu hamil kerana mengandungi kalsium yang tinggi. Apabila hamil, tubuh wanita memerlukan 2 kali jumlah kalsium berbanding biasa. Jika anda kekurangan kalsium, tubuh anda boleh berasa letih, tidak sihat, dan akan berisiko kepada anemia.

Tetapi, tidak semua ibu hamil boleh menelan susu kerana mungkin akan berasa mual, muntah dan sebagainya. Oleh itu, anda boleh mendapatkan sumber kalsium ini melalui pelbagai jenis makanan lain seperti ikan, tauhu, keju dan yogurt. Kesemua jenis makanan ini memiliki nilai kalsium sama seperti susu!

Jadi, anda perlu mengambil makanan yang kami cadangkan ini agar anda dan bayi dalam keadaan sihat dan cergas sepanjang tempoh kehamilan. 

Sumber: Zuriat.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 28 Sep 2018

Hijab & Heels Kini Di Program Wanita Hari Ini, TV3

Mulai Oktober ini, jangan lupa tengok ya!

Featured Fri, 15 Sep 2023
Featured Wed, 3 May 2023

Isu Serang Kamal Adli, Mahkamah Singapura Beri Kebenaran Tangguh Kes Selama 4 Minggu

Kes ditangguh 4 minggu untuk melengkapkan siasatan ke atas tertuduh

Featured Wed, 22 Dec 2021

“Saya Rasa Sangat Bersalah Kalau Tak Tolong” – Haqiem Rusli Turun Padang Beri Bantuan Di Kampung Halaman

Tatkala negara sedang dilanda banjir, ramai selebriti Malaysia mengekspresikan rasa empati menyalurkan bantuan dengan memberikan makanan, pakaian dan peralatan mandian kepada mereka yang terjejas. Penyanyi Haqiem Rusli juga tidak ketinggalan melawat ke kampung halamannya di […]

Featured Tue, 24 Mar 2020

Baju kurung potongan klasik tak jemu mata memandang

Tampil eksklusif dan menawan pada Aidilfitri

Featured Thu, 26 Apr 2018

Kecederaan Di Kaki Punca Bagaimana Ummi Nazeera Tahu Dirinya Hamil

Perkhabaran gembira berhubung kandungannya yang memasuki empat bulan dikongsi pelakon Ummi Nazeera, 28, semalam, melalui akaun Instagram miliknya.

Featured Wed, 6 Apr 2022

Beli Rangka Ayam Tak Cuci Bersih Di Bazar Ramadan, Netizen Berang – “Nak Meniaga Biar Ikhlas!”

Nak marah tapi kena sabar hm.. Sampainya hati peniaga bazar Ramadan buat macam ni