Featured By: Yanie Baharom April 3, 2020 @ 3:00pm

Jom belajar buat anting-anting, tidaklah bosan terperap di rumah saja

Masuk minggu ke-3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), boleh jadi tepu duduk di rumah hingga buntu memikirkan apa yang boleh dibuat lagi, menu harian pun makin lama makin sendu.

Bagi anda yang mula dibebani perasaan sebegini, apa kata cuba sesuatu yang boleh meningkatkan kemahiran, contohnya menghasilkan kraf tangan seperti anting-anting.

Untung-untung boleh digayakan pada Aidilfitri nanti. Selain itu, mungkin juga permulaan yang baik untuk berjinak-jinak dalam dunia perniagaan, sekali gus memulakan karier sebagai usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Tetapi bagaimana untuk memulakannya memandangkan tidak pernah mengikuti kursus seni kraf tangan?

Apa yang susah, YouTubekan ada! Menerusi saluran YouTube, banyak benda yang boleh dipelajari, termasuk menghasilkan aksesori anting-anting menggunakan bahan-bahan murah dan tampak mahal.

Tinggal lagi hanya memerlukan anda berimaginasi kreatif dan teliti supaya hasil kraf tangan tampak halus dan cantik.

Melalui saluran YouTube juga, ada dikongsikan video panduan mengenai teknik solekan terkini, variasi makanan dari seluruh dunia dan macam-macam lagi.

Bagaimanapun, fokus Hijab & Heels kali ini lebih kepada pembuatan anting-anting DIY (Do It Yourself).

Bagi memudahkan wanita di luar sana, kami kongsikan beberapa video menarik menghasilkan aksesori anting-anting.

Kalau Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, pandai seni kraf tangan crochet (merenda) anda juga pasti boleh!

Sumber: YouTube

 

Sumber: YouTube

 

Sumber: YouTube

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Dec 2022
Featured Sun, 6 Jun 2021

SPM 2021 Ditunda Pada Mac Tahun Depan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk melaksanakan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 pada Mac tahun depan. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pengalaman menguruskan SPM 2021 membolehkan kementerian menganjakkan peperiksaan itu. “Ujian

Featured Sun, 24 Oct 2021

“Macam Harga Emas 916” – Video Gadis ‘Seludup’ Roti Gardenia Viral Di TikTok

Sebut sahaja roti jenama Gardenia, pasti semua orang tahu kan? Malahan, pelbagai perisa boleh dipilih, menjadikan roti ini kesukaan ramai. Kebiasaannya, sekiranya warga Sarawak dan Sabah pulang dari Semenanjung, mereka akan membawa bekalan roti jenama

Oh Lawa Thu, 1 Feb 2018

Tutorial Hijab by Nabila Razali

Penyanyi yang kini popular dengan lagu Pematah Hati, Nabila Razali berkongsi tutorial pemakaian tudung bawal yang dievolusikan menjadi gaya shawl. 

Featured Fri, 17 May 2019
Featured Thu, 15 Dec 2022

[VIDEO] PU Riz ‘Buka Mata’ Neelofa Erti Kesyukuran & Keberkatan Rezeki Dalam Kehidupan 

Kebahagiaan akan datang daripada keberkatan dalam punca rezeki dan sifat yang ada rasa syukur – Neelofa

Featured Sun, 4 Dec 2022
Oh Lawa Tue, 1 Jan 2019

11 Of The Weirdest Fashion Moments Of 2018

You couldn’t have predicted most of these fashion trends.

| Live TV