Eat Travel By: Ad Ops December 24, 2018 @ 12:00pm

Jom Buat Cream Puff Versi ‘Cookies & Cream’! Ini Resipinya

Wah, sedapnya cream puff! Penulis dapat bayangkan rasanya yang lembut, lazat dan penuh nikmat.

Bebola pastrinya dah cukup sedap tapi bila dimakan sekali dengan isi krimnya yang manis… fuuuh! Satu saja memang tak cukup.

Secara tradisionalnya, bebola choux pastry ini diisi dengan sama ada whipped cream, custard, krim pastri ataupun ais krim. 

Tapi kalau anda kreatif dan berani, resipinya boleh saja diubah suai. Daripada perisa vanila biasa, tambah sikit serbuk coklat untuk berikan kelainan. Menarik, kan?

Resipi di bawah ini tidak menggunakan serbuk coklat tapi sebaliknya ia melibatkan perisa cookies and cream! Anda pernah dengar, kan?

Jadi untuk membuatnya, bahan utama yang anda perlukan adalah biskut coklat berinti krim. Ia takkan mengubah rasa dan bentuk asli cream puff, jadi anda tak perlu risau. Yang penting, gerenti sedap dan berkrim enak!

 

Bahan-Bahan

  • 25 keping biskut coklat berinti krim
  • 2 biji telur kuning
  • 2 cawan half & half (campuran seimbang susu penuh krim + light cream) (475 ml)
  • ¼ cawan gula halus (50 gram)
  • ¼ cawan tepung jagung (30 gram)
  • 1 cawan air (235 ml)
  • 8 sudu besar mentega 
  • ½ cawan tepung serbaguna (60 gram)
  • 4 biji telur

Cara Penyediaan

  1. Panaskan oven ke suhu 220°C.
  2. Dengan menggunakan pisau, asingkan krim daripada biskutnya, dan masukkan ke dalam mangkuk berasingan.
  3. Hancurkan biskut dengan mesin pengisar atau food processor hingga halus. Letak di tepi.
  4. Di dalam periuk di atas api rendah, campurkan 2 telur kuning, half & half, gula dan tepung jagung. Kuatkan api ke sederhana tinggi dan sentiasa kacau untuk elakkan ketulan daripada terjadi.
  5. Bila campuran itu menjadi pekat, masukkan separuh daripada krim biskut dan kacau hingga halus.
  6. Pindahkan campuran krim itu ke dalam mangkuk. Cover dengan plastic wrap dan tekankannya ke permukaan krim supaya ia tak mengeras. Sejukkan di dalam peti sejuk.
  7. Di dalam periuk, gabungkan air dan mentega dan biarkan mendidih. Masukkan tepung dan ½ cawan (40 gram) serbuk biskut hancur. Kacau hingga dough bergabung menjadi bola. Alihkan daripada api.
  8. Tambahkan telur satu demi satu sambil kacau hingga dough menjadi pes.
  9. Pindahkan dough ke dalam piping bag dengan muncung bulat besar.
  10. Di atas kertas minyak di dalam loyang, pipe bentuk bulatan sebesar 1 inci. Pastikan ada ruang yang secukupnya di sekeliling setiap bulatan.
  11. Bakar selama 20 ke 25 minit hingga pastry mengembang dan bahagian tepinya kering.
  12. Pindahkan krim yang disejukkan tadi ke dalam piping bag dengan muncung bulat kecil.
  13. Tebuk lubang di bahagian tengah bawah setiap bulatan cream puff dan isikannya dengan krim.
  14. Cairkan lebihan krim biskut di dalam microwave oven selama 30 saat dan kacau hingga halus.
  15. Celupkan bahagian atas setiap cream puff yang dah berisi di dalam krim cair tadi.
  16. Taburkan serbuk biskut ke atas setiap cream puff.

Enjoy!

Sumber: Tasty

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 19 May 2020
Eat Travel Thu, 17 May 2018

Terumbu Karang Hampir Musnah, Maya Bay Akan Ditutup Buat Sementara

Bagi anda yang belum tahu, Pulau Maya Bay akan ditutup sementara selama 4 bulan.

Featured Sat, 16 Mar 2024
Eat Travel Sun, 25 Nov 2018

Resipi Cream Puff Paling Senang Nak Buat. Yang Penting Sedap!

Anda pasti makan berbiji-biji cream puff ini. Sedap gila!

Featured Thu, 18 May 2023

“Dia Sihat Walafiat” – Tular Berita Kematian Suami, Isteri Toki Kesal Dengan Berita Palsu

Jangan bimbang kerana Daddy Toki berada dalam keadaan sihat walafiat – isteri Toki

Featured Mon, 9 May 2022