Eat Travel By: Yanie Baharom October 25, 2018 @ 5:00pm

Jom Picnic Bersama Keluar Di Taman Metropolitan Kepong, Boleh Main Layang-Layang!

Siapa yang suka main layang-layang semasa waktu kecil?

Seronoknya bukan kepalang lebih-lebih lagi jika layang-layang milik kita tu terbang paling tinggi berbanding kawan-kawan lain. Rasa bangga!

Mana tak bangganya, layang-layang bukannya boleh terbang begitu saja. Ia memerlukan teknik selain faham tentang logik bacaan angin.

Secara tidak langsung ia mengajarkan kita apa itu stabiliti.

Permainan layang-layang ini baik untuk diketengahkan kepada anak-anak zaman sekarang yang biasanya menghabiskan masa lapang dengan bermain games dan gajet. 

Aktiviti luar seperti bermain layang-layang bukan saja satu amalan gaya hidup sihat tetapi mengeratkan hubungan kekeluargaan di antara anak dan ibu bapa.

So, mulakan kehidupan aktif dengan mengunjungi Taman Metropolitan Kepong yang juga dikenali sebagai Taman Layang-layang.

Foto: Utusan Online

Foto: Harian Metro

Setiap petang terutamanya hari hujung minggu dan cuti sekolah, lokasi ini menjadi pilihan warga kota dan para penggemar permainan layang-layang untuk beriadah bersama keluarga sambil bermain layang-layang.

Keterujaan bukan saja jelas terpapar di wajah kanak-kanak, malah ibu bapa juga apabila berjaya menerbangkan layang-layang menghiasi angkasa taman ini.

Peniaga juga turut mempamerkan dan menjual peralatan dan pelbagai bentuk layang-layang. Ada yang berbentuk burung, kapal terbang, ular dan yang paling menarik sekali adalah layang-layang dihiasi ilustrasi seperti gambar watak komik seperti Batman dan Spiderman.

Harga layang-layang dijual serendah RM5 hingga mencapai ratusan ringgit bergantung kepada reka bentuk dan saiz.

Taman ini juga dilengkapi trek joging, trek berbasikal, taman permainan kanak-kanak, padang bola sepak, kawasan bersenam dan sebuah padang yang luas untuk permainan layang-layang.

Selain itu, acara sukan, sukaneka atau hari keluarga sering diadakan di sini kerana persekitaran taman ini sangat sesuai untuk aktiviti yang melibatkan masyarakat.

Foto: The Crowd

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 Nov 2022

“Terkejut! Cinta Muka Buku Kita Dah Off Market!” – Peminat Teruja Najwa Latif Dah Kahwin Dengan Akwa Ariffin

Wahhhhh! She dah kahwin! Selamat pengantin baru Najwa & Akwa ❤️❤️

Featured Mon, 19 Dec 2022

“Sampai Hati Kau Kenakan Orang Buta…” – Caliph Buskers Merayu Minta Bayaran

Macam mana boleh jadi macam ni? Semoga dapat diselesaikan dengan baik

Featured Thu, 11 May 2023

[VIDEO] Comelnya! Gelagat Anak Emma Maembong Mengigau ‘Coco Train’ Buat Ramai Geram

Alahai comel sangat ni! tak boleh bawak bincang.🤣🤣🤣

#LaguXTRA Thu, 27 Apr 2023
Eat Travel Sun, 19 Aug 2018

Ini Rahsia Resepi Ayam Panggang Madu Yang Paling Sedap!

Cuti sekolah dah mula, jom panggang ayam bersama keluarga tercinta!

Featured Fri, 25 Jun 2021

Kebenaran Majlis Akad Nikah Di Selangor Mulai 1 Julai & SOP Terkini

Berita baik buat bakal pengantin! Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengumumkan kebenaran pelaksanaan Majlis Akad Nikah di negeri Selangor mulai 1 Julai 2021. Menurut hantaran terkini di Facebook rasmi JAIS, kebenaran majlis akad nikah

Featured Wed, 17 Aug 2022
Featured Wed, 23 May 2018

Meghan Markle Tak Dapat Menahan Gelak Bila Seekor Lebah Menganggu Harry Berucap

Punyalah manis si pengantin baru, sampai lebah pun nak hinggap.

| Live TV

error: Content is protected !!