Featured By: Yanie Baharom October 26, 2018 @ 1:00pm

Anak Yang Bertubuh Montel Terdedah Risiko Penyakit Kencing Manis

Segelintir ibu bapa menganggap anak yang berbadan gempal ini comel. Jadi mereka menggalakkan anak makan berlebihan, makan makanan ringan atau tidur lama pada waktu siang. Tapi adakah anda tahu yang ia boleh menyebabkan risiko diabetes pada anak?

Perkara ini juga penyebab kenapa tahap obesiti di Malaysia semakin meningkat. 5.5 juta rakyat Malaysia menghidap obesiti dan 38% dari mereka adalah kanak-kanak.

Foto: dailystar.co.uk

Faktor diabetes pada anak

Menurut Dr Dante S.Herbuwono, kanak-kanak yang obesiti dari kecil berpotensi untuk mendapat diabetes apabila meningkat dewasa.

“Kanak-kanak yang sudah gemuk dari kecil boleh mengalami diabetes. Ini kerana, mereka akan membentuk sel lemak yang besar dan mereka cenderung untuk gemuk apabila meningkat dewasa.

Sebab utama yang boleh menyebabkan berat badan berlebihan adalah kerana makan benda-benda manis. Manis adalah rasa yang disukai anak.

Selain itu, ibu bapa yang mempunyai sejarah diabetes juga boleh diturunkan pada anak.

Kenali 2 jenis diabetes pada anak

Diabetes jenis pertama dan jenis kedua adalah dua penyakit yang berbeza. Tapi kedua-duanya memberi kesan pada insulin dalam badan.

Diabetes jenis satu dipanggil diabetes juvana. Ia terjadi apabila pankreas tak boleh menghasilkan insulin.

Kerana tiada insulin, gula tak boleh berpindah dari darah ke sel dan akan menyebabkan gula dalam darah tinggi melainkan jika ia dirawat.

Rawatan termasuk penggunaan insulin seumur hidup dan memantau kadar gula dalam badan dengan diet dan senaman yang akan membantu tahap gula dalam darah terkawal.

Diabetes jenis kedua pula kurang berlaku pada kanak-kanak tapi ia boleh berlaku apabila insulin tak bekerja dengan betul dan menyebabkan kurang pengeluaran insulin.

Hasilnya, glukosa akan menguasai saluran darah.

Diabetes jenis kedua biasa dikesan pada kanak-kanak berusia antara 13-14 tahun. Tapi ada juga yang boleh mendapat penyakit ini sejak usia empat tahun.

Lebih dari 90% kanak-kanak yang menderita diabetes jenis kedua ini adalah kanak-kanak yang mengalami obesiti. Ini terjadi kerana gaya hidup yang tak sihat dan menyebabkan kegemukan.

Waspada simptom diabetes pada anak ini

Untuk mengesan penyakit ini dari awal, ibu bapa perlu tahu beberapa gejala diabetes yang boleh dilihat pada anak:

  • Anak mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti
  • Sentiasa haus
  • Sering buang air kecil terutama di waktu malam
  • Rasa lapar yang ekstrem
  • Berat badan turun tanpa sebab
  • Jisim otot berkurang
  • Cepat penat
  • Penglihatan kabur
  • Luka ambil masa yang lama untuk sembuh
  • Sering mengalami jangkitan pada gusi, kulit, vagina dan saluran air kencing

Cegah diabetes pada anak

Untuk mencegah, ibu bapa perlu menjaga pola makanan anak, terutamanya anak yang ibu bapanya mempunyai sejarah kencing manis.

Penting untuk sentiasa pastikan anak anda mendapat sarapan tepat pada waktunya kerana tidur semalaman akan meningkatkan paras gula dalam darah.

Untuk makanan ringan pula, pastikan ia dari bahan yang sihat seperti epal, oatmeal atau yogurt tanpa gula.

Jangan lupa untuk galakkan anak bersenam dan bermain di luar rumah.

Sumber: The Asian Parent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 16 Jan 2023

Terpalit Dengan Lelaki VIP? Ini Respons Anna Jobling

Anna cantik sebab tu jadi tumpuan ramai

Acara Fri, 24 May 2019

400 vendor dan 60 selebriti di Star Vendors Mega Raya Fest 2019

Peluang beli keperluan Aidilfitri 72 jam tanpa henti

Featured Thu, 23 Mar 2023
Featured Sun, 5 Sep 2021

Aktif Dalam Pementasan Teater Di Australia, Raja Emina Ashman Warisi Jiwa Seni Ibu

Personaliti dan jiwa seni yang dimiliki Raja Emina Aliyyah Raja Ashman Shah menjadikan beliau lebih menyerlah. Kini bergiat aktif dalam pementasan teater, puisi karya wanita yang dikenali dengan nama Emina Ashman ini semakin mendapat perhatian […]

Featured Thu, 16 Sep 2021

Jom Semak 5 Filem Patriotik Yang Buat Anda Bangga Jadi Rakyat Malaysia!

Selamat menyambut Hari Malaysia! Ada pelbagai perkara yang patut kita syukuri sebagai rakyat Malaysia. Negara kita masih aman tanpa rusuhan atau peperangan dan rakyatnya juga berbilang kaum. Bersempena sambutan Hari Malaysia, pastinya pelbagai seleksi filem […]

Sihat Sat, 10 Nov 2018

Kenali Sentuhan Baik Dan Tidak Baik Bagi Memastikan Kesihatan Mental Bebas Trauma!

Sentuhan tidak baik boleh memberi kesan kemurungan dan menjejaskan kesihatan mental kanak-kanak.

Featured Sat, 11 Apr 2020