Featured By: Fadzlena Jafar April 15, 2020 @ 8:34pm

Jumlah kes jangkitan baharu COVID-19 pertama kali di bawah 100!

Jumlah kes positif COVID-19 yang pertama kali turun di bawah angka 100 pada hari pertama fasa tiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan membuktikan inisiatif penguatkuasaan PKP fasa satu dan dua berkesan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kes positif COVID-19 hari ini yang dilaporkan hanya sebanyak 85 kes menggambarkan kejayaan Kerajaan mengekang penularan wabak COVID-19  di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. (Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH)

“Setelah hampir sebulan pelaksanaan PKP fasa satu dan dua, kita dapat melihat arah aliran jumlah kes baharu COVID-19 sedikit terkawal dan tanpa kenaikan yang mendadak, manakala jumlah kes harian yang dibenarkan keluar hospital meningkat saban hari ini.

“Ini menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan hasil pelaksanaan PKP seperti yang dapat dilihat pada arah aliran jumlah kes aktif harian,” katanya.

Meskipun masih awal untuk meraikan kejayaan menurunkan kes jangkitan baharu COVID-19, jumlah 85 kes yang dicatat hari ini sekurang-kurangnya memberi harapan kepada rakyat.

Lebih-lebih lagi jumlah kes harian yang sembuh adalah dua kali ganda daripada kes baharu COVID-19 , iaitu sebanyak 169 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh di negara ini kepada 2,647 kes atau bersamaan 52.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19, iaitu 5,072 kes.

Sehingga kini jumlah pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) terus menurun kepada 56 kes berbanding 60 kes, semalam dan daripda jumlah itu sebanyak 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) turut melaporkan hanya satu kes kematian dicatat hari ini, menjadikan kes kumulatif kematian sebanyak 83 kes atau bersamaan 1.6 peratus.

Pematuhan orang ramai terhadap PKP dianggap masih kurang apabila terdapat banyak kenderaan di jalan raya ketika tinjauan Bernama di sekitar Bandaraya Seremban, hari ini. (Gambar BERNAMA)

Dr Noor Hisham berkata, penguatkuasaan PKP yang lebih tegas diumumkan Kerajaan semalam diharap bukan sahaja dapat mengurangkan jumlah kes positif COVID-19, tetapi juga menghentikan kes baharu sepenuhnya.

“Kepatuhan masayarakat terhadap arahan ini amat penting ketika ini, namun berdasarkan pemantauan yang dijalankan pihak berwajib dan juga keadaan trafik di jalan raya kebelakangan ini didapati masyarakat semakin tidak akur terhadap arahan PKP.

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) memeriksa dokumen perjalanan seorang pemandu sebelum membenarkannya melepasi sekatan jalan raya di Plaza Tol Jalan Duta hari ini. (Gambar BERNAMA)

“Sehubungan itu, KKM menyambut baik keputusan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar tindakan yang lebih tegas diambl terhadap ketidakpatuhan segelintir masyarakat. Ini diharap dapat memberikan impak yang positif dalam meratakan lengkungan dan seterusnya memastikan kemudahan KKM dapat menampung bilangan peskait COVID-19,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Jul 2021

Pergerakan 3 Orang Dalam Satu Kereta Dibenarkan

Penduduk yang tinggal di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang mempunyai urusan perubatan dan vaksinasi dibenarkan untuk melakukan pergerakan tiga individu dalam sebuah kenderaan. Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, […]

Featured Wed, 21 Jul 2021

“Kalau Letak Orang Cakap, Tak Letak Pun Orang Cakap”- Tak Kongsi Foto Di Media Sosial, Siti Nurhaliza Dah Terima Vaksin

Isu selebriti dan suntikan vaksin semakin hari semakin mendapat perhatian ramai. Terbaru, penyanyi no 1 negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza memberitahu bahawa dirinya telah mendapatkan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Walaupun sudah menerima suntikan, […]

Cahaya Mata Fri, 23 Dec 2022
Featured Sun, 29 Mar 2020
Featured Sun, 30 Apr 2023
familuv Wed, 1 Apr 2020