Featured By: Shaidah Shafie December 27, 2019 @ 12:04pm

Kakak realisasikan pelamin ‘Ponytail’ untuk adik, cantik sangat!

Majlis sambutan hari kelahiran atau majlis makan malam lazim mengingatkan kita mengenai tema yang ditetapkan oleh penganjur dan kita sebagai individu yang dijemput akan berusaha untuk memenuhi undangan mengikut tema ditetapkan bagi menamban kemeriahan majlis berkenaan.

Namun begitu, apakah yang tercetus di fikiran apabila majlis pertunangan diadakan dengan tema watak animasi  kuda padi atau Ponytail bernama Applejack, Pinkie Pie, Rainbow Dash, Fluttershy dan Rarity yang memiliki tanduk serta kesukaan kebanyakan kanak-kanak perempuan?

Anida Remimurni Mohd Ali (empat dari kiri) dan Atika Remimurni Mohd Ali (tiga dari kanan) bergambar bersama keluarga di hadapan pelamin Ponytail pada majlis pertunangan Anida. Foto: Atika Remimurni Mohd Ali.

Inilah yang dilihat pada majlis pertunangan Azida Remimurni Mohd Ali, 23, di Lubok Cina, Alor Gajah Melaka baru-baru ini apabila pelamin dan barang hantaran dihias dengan watak daripada siri animasi Ponytail.

Anida ketika dihubungi berkata, beliau memang sudah lama meminati kartun yang dihidupkan dengan watak kuda padi itu kerana watak berkenaan sangat comel serta menarik.

“Walaupun sudah lama tidak melihat cerita animasi Ponytail ini disebabkan kerja, saya meminati karakter kuda kecil ini kerana ia cantik dan bersifat keperempuanan. Tidak dapat dinafikan saya juga gemar warna merah jambu sejak kecil lagi. Saya fikir semua kanak-kanak perempuan suka warna ini, saya juga tidak terkecuali.

“Jadi, apabila mahu mengadakan majlis bertunang, saya menyuarakan pada kakak bahawa saya suka kalau pelamin saya ada hiasan watak animasi Ponytail,” katanya sambil ketawa.

Anida mengabadikan kenangan di atas pelamin Ponytail yang direka kakaknya, Atika Remimurni. Foto: Atika Remimurni Mohd Ali.

Beliau yang bekerja dalam bidang farmasi di Kuala Lumpur menyatakan sangat terkejut dan gembira kerana tidak menyangka kakak-kakaknya sanggup memenuhi impiannya pada majlis pertunangannya walaupun pada mulanya berasa risau jika dipandang aneh oleh masyarakat, terutama keluarga tunangnya.

“Saya terkejut tapi sangat gembira dan berterima kasih kepada lima adik beradik saya yang sanggup merealisasikan impian pelamin fantasi saya dengan tema kuda comel ini. Pada mulanya tunang saya juga agak pelik dengan apa yang saya ceritakan, tapi apabila tiba hari majlis, mereka gembira dan ceria kerana cantik sangat tema ini.

“Yang penting, saya seronok dan menghargai apa yang dilakukan adik beradik untuk majlis saya ini. Perkara yang membuatkan semua orang ceria dan meriah, jadi tiada apa yang pelik,” katanya.

Anida dan Atika bergambar di hadapan pelamin Ponytail. Foto: Atika Remimurni Mohd Ali.

Sementara itu, Atika Remimurni Mohd Ali, 29, yang juga kakak kepada Anida berkata beliau sendiri tidak sangka tema Ponytail ini akhirnya berjaya dilaksanakan dengan meriah dan cantik.

“Kami sepakat merealisasikan impian adik yang juga anak ke-3, jadi saya membeli bahan-bahan untuk gubahan dan pelamin sedikit demi sedikit. Ada yang dibeli menerusi dalam talian dan ada juga saya perolehi di kedai barangan perhiasan rumah sekitar KL sebelum membawa balik ke kampung di Lubok Cina, tempat majlis diadakan.

“Berkat muafakat kami adik beradik, siap juga usaha ini dan saya tahu ia akan jadi kejutan untuk Anida yang banyak mengumpul barangan Ponytail termasuklah baju tidur dan perhiasan lain. Ada juga gubahan yang Anida siapkan sendiri seperti bebola kecil itu, dia yang buat berdasarkan ilhamnya sendiri,” katanya yang juga pengusaha Butik Pengantin City Murni Collections di Danau Kota.

Bunga tangan bertema Ponytail yang digubah Atika. Foto: Atika Remimurni Mohd Ali.

Bagi Atika, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat adiknya gembira dan seluruh ahli kelurga juga ceria melihat majlis berjalan sempurna, lebih-lebih lagi dengan tema ceria yang diketahui umum ramai gemar watak berkenaan.

Jika sebelum ini, khalayak mungkin pernah mengetahu mengenai penggemar Hello Kitty yang menghias kediamannya dengan motif watak berkenaan, kini ada pula Ponytail dan tidak mustahil jika ada yang mengangkat Elsa dan Anna daripada filem Frozen untuk dijadikan tema majlis penting mereka.

Label papan tanda majlis juga dihias dengan Ponytail. Foto: Atika Remimurni Mohd Ali.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 9 Apr 2022

‘Sekuntum’ Kepada ‘Harirose’ – Sharifah Rose Tukar Jenama Elak Dituduh Penciplak

Nama jenama baru pun comel… Tahniah buat Sharifah Rose!

Eat Travel Sat, 1 Dec 2018

Hampir 300K Pengikut Di Instagram, Seni Ukiran Lelaki Ini Memang Awesome!

Kena tahu teknik ukiran yang betul barulah menjadi!

Featured Mon, 26 Jul 2021

“Saya Jadi Peminat Program Ini Semenjak Kecil…” – Ganti Daiyan Trisha, Sissy Imann Jadi Hos Baru Muzik Muzik 36

Penyanyi Sissy Imann membuat kejutan apabila bakal menggantikan Daiyan Trisha sebagai  hos baru rancangan Muzik Muzik 36 yang akan disiarkan di TV3 bermula 1 Ogos ini. Walaupun baru menapak dalam bidang pengacaraan, Sissy yakin tanggungjawab […]

Featured Mon, 4 Dec 2023
Featured Thu, 3 Jun 2021

“Kulit Gelap Juga Cantik”- Yuna Mahu Orang Ramai Henti Diskriminasi Warna Kulit & Beauty Standard

Penyanyi kelahiran Malaysia yang kini semakin dikenali di Hollywood, Yuna mengajak orang ramai untuk berhenti mendeskriminasi dalam meletakkan standard kecantikan seseorang. Beliau akui terkesan apabila menonton sebuah video yang tular yang menunjukkan tiga orang gadis […]